Sunday, March 6, 2011

Pagi Ahad Saya

Selamat hari Ahad..,

Minggu ini merupakan minggu yang akan menjadi sibuk, persiapan untuk ke boot camp masih belum dibuat secara sepenuhnya :)

Tetapi apa yang penting rancangan untuk tidak kelihatan 'bodoh' di boot camp telah tersedia

Untuk setiap pagi ahad aku akan menikmati se'mug' nescafe atau milo panas sambil menikmati kolum pilihan tulisan Johardy Ibrahim, Zin Mahmud, Noraini Abd Razak dan beberapa orang lain. 

Aku suka baca ruangan kelolaan mereka sebab mereka hanya berbicara persoalan yang kita anggap remeh dan tiada nilai.Sebagai contoh untuk hari ini Johardy bercerita tentang Lagu 'Kau Tinggi Di Awan Biru' dan TUDM. Tulisan beliau ringkas tapi ia mampu memberi aku impak ke atas aku untuk lebih menghargai orang lain.

Untuk menghargai orang dengan kata-kata manis adalah kerja yang mudah bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan 'bermulut manis' tapi untuk rasa penghargaan itu merupakan suatu perkara yang subjektif. 

Oleh itu cubalah hargai setiap perkara dan mereka yang ada disekeliling kita. Tidak semestinya bila seseorang itu berkorban atau membantu kita yang di dalam kesusahan baru kita ingin menghargai.
Aku kongsikan link untuk mendengar lagu "Kau Tinggi Di Awan Biru" klik disini.
 
*Selamat bergembira dihujung minggu 
**Johardy Ibrahim itu sangat cool


10 comments:

DanieL AdiE said...

Thanx 4 sharing

░♥si lampu neon♥░ said...

alamak sape diorang ni...huhu


Jeng3x…
# Suami Kaki Pukul !#
# Buffered Earnings Nuffnang Edisi Mac#
# Akuarium Ikan Comel #
# Tikus Tinggal Dalam Rumah Diperbuat Dari Roti !#

NUke_Rude said...

writings ko dah jadi macam dalam surat khabar. apa dah jadi?

Afir said...

merasa dihargai adalah impian semua org..
menghargai org lain adalah impian sesetengah org...
menyatakan dgn mulut kita menghargai seseorg adlh sgt senang...
menunjukan penghargaan pada org yang dihargai adlh susah....huhu

n@m@n said...

jangan banyak sangat minum nescafe ;)

tengku_fir21 said...

to : adie
tq :)

tengku_fir21 said...

to : si lampu neon
diaorg journalist :)

tengku_fir21 said...

to : nuke
ahaha..betul-betul ader mirip-mirip sikit :)

tengku_fir21 said...

to : afir
betul ia merupakan 1 perkara yg besar

tengku_fir21 said...

to : naman
cikgu nescafe sedap..huh tapi bahaya...