Saturday, July 14, 2012

Sudah 1/2...

Selamat hari Sabtu..,

Sumpah, hati dan minda tidak percaya bahawa saya telah melalui fasa pertama tahun ini dengan mencabar. Dari kerja sehingga masalah jiwa yang tidak berkesudahan.

1. Kerja
Syukur kepada Allah telah melepasi tempoh 6 bulan sekarang masih menunggu penilaian dan tawaran. Jika masih punya rezeki disitu saya bersyukur jika rezeki di tempat lain, saya redha kerana saya percaya ada hikmah dan yang lebih baik Allah sediakan untuk saya.
Perjalanan selama 6 bulan memang tidak terduga perlu memahami dan berhadapan dengan Head, GM,GD adalah sesuatu yang besar dalam hidup saya. Ada lagi 6 bulan untuk diteruskan. saya hanya beri yang terbaik selebihnya saya serahkan kepada Allah.

*Jadual untuk bulan Julai ini. Saya ambil cuti untuk sambut puasa bersama keluarga. Kalau diperhatikan ada seminggu dilihat kosong. Minggu itu saya perlu lakukan kerja yang tertangguh dan kerja untuk minggu akan datang.


2 comments:

Faizal Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Faizal Sulaiman said...

bizi betul ni =)