Saturday, December 20, 2008

Seminggu internship...

Aloha…

Pejam celik- pejam celik dah semingu aku buat intership. Huhu…dalam seminggu tue macam-macam kejer aku buat. Dalam masa seminggu nie aku sempat ler juga menziarah man(jasman) yang terkena denggi ingat nk ge tengok dekat hospital tetapi dia dah balik umah jadi aku ziarah kat umah je lah. Miza plak baru jer lepas ujian kecergasan untuk jadi PTD…dari raya haji aritu sibuk Tanya aper tugas-tugas PTD tak cukup dengan itu post kat blog plak untuk dapatkan maklumat yang sahih lagi tepat untuk interview PTD kat KL…

Aku dan coffeeboy

First day aku keluar awal dengan penuh semangat membonceng motorsikal ke tempat kerja tapi terlajak ler plak…Gabara giler beb!!! Sampai jer aku terus lapor diri dan ditempatkan di Jabatan Korporat dan Latihan. Pastu diorang suruh punch card jer. Aku pun pergi lah tapi aku tak pandai guna mesin punch card tue sebenarnya walaupun mudah sangat-sangat hanya masukkan card kite jer tapi rupe-rupenya dekat card tue dah ader tarikh aku pun tak fikir yang sususnan nombor 1 hingga 31 itu adalah haribulan. Dah lar first day merah…huhuhu…pagi tue aku buat kejer-kejer coffeeboy memang penat dan tak best bila petang baru boleh rehat lega rasenya.

Bila petang plak boss aku suruh hantar surat taklimat KPI kepada Tuan Zaiunuddin. Uncle Din nie boss dekat Jabatan Cukai Antarabangsa, barang keluar masuk dia lar yang kena jaga. Masa aku pergi bilik dia nak bagi surat tu dia tengah bersembang dihujung talian telefon dengan saper pun aku tak tahu lah tapi yang penting lama giler aku tunggu nak bagi surat tu. Lepas dia letak gangang telefon, aku terus ketuk pintu ,dia pun suruh masuk aku pun bagi lar surat tue. Kemudian, bermula sesi perkenalan lar plak:

Tuan: kamu staff baru ker?

Aku : tidak… saya student praktikal tuan.

Tuan: kamu course per?

Aku : pergurusan perniagaan antarabangsa

Tuan: kamu ada belajar akaun?

Aku : ada…tapi tak detail cuma basic jer

Tuan: kamu nak kejer dekat jabatan saya?

Tiba-tiba plak datang seorang lage boss dari jabatan cukai industry

Boss: saper nie tuan? sambil mata dia melihat aku…

Tuan: pelajar praktikal…dari uum

Boss: ohhh…tanpa memperdulikan Tuan, dia terus tanya...nak keja dengan saya???

Tuan: berdehem beberepa kali sebagai isyarat kepada boss tue sebab

potong line” dia nak amik aku duduk dekat jabatan dia.

Dan dengan kuasa Tuhan, Boss aku datang menyelamatkan aku….

Puan: maaflah Tuan, dia staf saya untuk minggu nie…Tuan tunggu jadual

roster yer! Nanti Personel keluar roster untuk dia Tuan boleh lah bekerja dengan dia. Saya nak bawa dia balik jabatan dulu ye…

Aku tersenyum jer melihat muke boss dua orang tue yang tersenyum kelat.

Aku dan second boss

Masuk hari kedua aku dah blh kenal lah beberapa orang besar kat office nie tapi hari nie aku jumpa somebody yang memang kejer dia memang aku tak jangka memang teruk.yer lar buat report senarai nama pemenang Sukan kementerian kewangan teruk giler…tak tersusun bengkang- bengkok macam ular kena ketuk! Hari kedua jer dah jadi boss sebab duk baca report quality management jer. Rasa macam boss no 2 sebab yang baca report terima report nie kerja boss no 2…hahahaha bahagia nyer hidup boleh buat kerja macam boss tapi penat ler bertimbun-timbun report nak ken abaca dah lah ader report yang data dia aku langsung tak faham satu pun! Aku call Nuar (roommate awie) ingat nak tanya dan pinjam buku quality management dia tapi dia terlebih awal sedekah buku dia dekat orang lain!!! Aku jadi second boss sampai ari khamis sebab boss aku ge Langkawi sudah tentu office dia aku punya!!! Hahahaha…syoknya!

Aku dan results yang gempak

Nie yang aku malu nak cerita tapi aku nak cerita gak sebab shira, sha comel, man, husna, alif dan akhir sekali orang yang baca blog nie bahawa results aku memang memang mengejutkan sebab aku FAIL microekonomi! Subject yang aku study bagai nak giler tue aku fail…Ya ALLAH tension nye tapi aku budget lulus jer tak sangka FAIL plak lecturer tu bagi aku. Sunject yang susah seperti International Finance, Law, Math, tue aku boleh lulus cemerlang plak yang hairan finance aku study last minutes… tue tak kira lage ponteng kelas 3 kali, missed quiz 2 kali, midsem fail tapi aku boleh dapat B+…Shira dengan Sha yang study mati-matian dapat C+…tapi final aku boleh jawab sebab sehari sebelum exam tue aku lepak library dengan Shira dan Shawn study sampai malam!!! Aku syukur sangat-sangat kepada tuhan. Sekarang aku Cuma nak tahu jer HEA bagi aku amik replacement exam ker tak untuk microekonomi. Untuk seminar dan strategic management memang dijangka gred dia memang ++…(bukan bongkak) tapi berbaloi dengan usaha aku untuk subject tue.

Aku dan kad kahwin suriati

Sebelum aku dapat kad jemputan tu man yang cakap dia nk kahwin sabtu nie (20hb Disember 2008) lepas aku balik dari umah man terus aku tengok peti surat mana tahu dia jemput aku tapi aku kecewa tak der so aku simpulkan dia tak akan dan tidak akan menjemput aku. Namun pada pagi sabtu tue aku tengok ader sampul surat berwarna pink sama seperti yang man tunjuk dekat aku jadi aku ucapkan Selamat pengantin baru, aku tak sempat nk pergi sebab:

· Kad kahwin yang dihantar salah alamat tak samapai dekat umah aku tapi umah orang lain pagi tadi baru dapat.

· Aku malas nak pergi sorang-sorang lagipun dah lama terputus hubungan lebih kurang 3 tahun.

Tapi lepas dapat kad kahwin dia pagi tadi (10.00pagi) aku call dia masa tue dia ada dekat butik nak make-up lar kot agaknya!!! Aku cakap dekat dia selamat pengantin baru sembang 2,3 minit, mintak maaf untuk dosa yang lepas-lepas. Hilang rasa kecil hati aku sebab dia menjauhkan diri dari aku dulu masa sama-sama menuntut di universiti dulu.

ADIOSA…

11 comments:

Anonymous said...

huhuhhu...
tk per...
sabar ler...sorry lamer tk komen busy...

Anonymous said...

kak joyah in da House...
amboii....meletup you...dh abis study...kak joyah pun tk pandai math..tk pe lar kot k pandai ekonomi..
ahahaha...

Anonymous said...

sabar ler....
rindu i kt u...

Anonymous said...

ohh....
aku doakan mu berjaya..

Anonymous said...

huhuhuh...
fail ker..
tk per..itu lah hidup...

Anonymous said...

hmm..
sabar ler at least ader A gk...

Anonymous said...

tk per aper yg kita nk tk blh dapat serentak....

a.b geldofg said...

:) salam

dumdum said...

siot mengutuk aku! oit bila nak update ni..

theblabber said...

selamat berinternship..
amek kesempatan ni, utk belajar sebanyak mungkin.

Unknown said...

terima kasih...
dh update...
bukan mengutuk...memuji ler...