Tuesday, December 16, 2008

Ketika merindu kawan-kawan

SALAM SEJAHTERA

Rasanya aku dapat lihat tempat budak jatuh dari tingkat atas dari tingkap bilik aku, kes bebudak bergaduh masa tua aku ingat lagi Yoe gaduh depan bilik dia. Takut aku tengok sebab diaorang masuk bilik Yoe kemudian tutup pintu dan kawan-kawan bebudak tue berdiri kat luar, depan pintu bilik Yoe, dengan kes budak perempuan mati gantung diri kat toilet dan yang paling aku tak dapat lupakan peristiwa paranormal yang terkena kepada aku tapi sampai sekarang aku tak pasti sama ada itu mimpi atau betul sebab masa tue aku mampu melihat dengan jelas.

Kalau hendak cerita memang banyak seumur hidup pun tidak cukup sebab nanti cerita pasti akan berkait dengan orang lain sudah pasti cerita itu jadi semakin panjang dan menarik. Namun meniti tahun – tahun terakhir dengan kawan –kawan memang best di mana aku,Wan,Ayie,Shark,Zaf,Epi dan Wanie.

Kitaorang melancong ke Langkawi walaupun agak tertekan kerana timbul perselisihan masalah dengan ahli rombongan yang lain tapi kami tetap enjoy sebab kami pegang apa yang dijanjikan oleh penganjur iaitu kami tidak terikat dengan sebarang aktiviti, kami bebas hendak pergi kemana, pukul berapa kami hendak balik ke bilik tapi bebudak lain yang join tu lah kecoh tak boleh tengok group kitaorang “happening” .Dan untuk jalan-jalan pusing Langkawi kami semua sepakat lantik Zaf sebagai supir(pemandu van)kami.

Kita orang pusing satu Langkawi walaupun dalam 3 hari 2 malam itu sebenarnya tidak cukup. Hmmm…ke mana kita orang pergi ehhh…Kota Mahsuri, Langkawi Cable Car(tiga kali pergi), Beras Terbakar, Telaga 7,Dataran Lang, Pekan Kuah, Taman Buaya(kegemaran Wan dengan Zaf) Telaga Harbour Park(kegemaran aku) kat maner lage eh…!!!pantai sudah wajib ler kita orang keluar bilik jer dah nampak pantai. Aku pun tak ingat sebab kita orang hanya berpandukan signboard jer tu pun susah nak jumpa walaupun orang cakap ala Langkawi tue kecik jer tak besar manapun. Bagi aku Langkawi sentiasa dekat dengan aku sebab aku suka suasana pulau.

Di university jugak lah aku belajar lebih 1001 benda yang selama ini mungkin aku tak tahu, tak amik tahu, atau terlepas pandang. Namun aku tak boleh lupa 4 prinsip kehidupan manusia yang aku belajar dari Che Su, lecturer ko-k aku. Katanya manusia nie ada 4 jenis iaitu:

* Manusia yang belajar dari kesilapan diri sendiri

* Manusia yang belajar dari kesilapan dari orang lain

* Manusia yang belajar dari kesilapan diri dan orang lain

* Manusia yang enggan belajar apa –apa atau ambil iktibar atas apa yang terjadi pada diri sendiri dan orang lain


Mungkin 4 prinsip nie benda “common” bagi korang tapi bagi aku ketika itu, ianya patut menjadi teras prinsip hidup kita dalam merancang masa depan untuk mencapai cita –cita yang digantung di bintang. Lagipun aku banyak terhutang budi pada Che Su sebab dia seorang lecturer yang satu kepala dengan aku walaupun ramai student logistic and transport kata dia “second killer” lepas Cik Emy. Aku dan dia banyak berkongsi cita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan dan Che Su juga banyak membantu mencorakkan idea aku dengan lebih baik siap dengan contingency plan dan logistic and supply chain management. I’ll miss you Che Su…thank you so much.

Hmmm…walaupun hati aku sedikit lega setelah berjaya selesaikan hampir keseluruhan pengajian aku, sekarang tinggal nak buat internship je selama 4 bulan dapat plak Pn. Sabariah. Dia pun ok gak tapi aku masih baru dengan dia tak macam aku dengan Cik Sue, yang kerap aku jumpa sebab dia pun relaks dan sempoi dan yang paling penting transparent. Pn Sabariah nie pun sempoi gak tapi aku tak berani nak buat lawak lage lar dengan dia sebab takut dia tak dapat terima lawak aku tu! Dia banyak membantu aku dalam seminar pelbagai pendedahan dia bagi kat aku yang paling best tue macam special sikit lar. Ada sekali tue dia cakap aku “the good writer and presenter” Wanie, Epi, Shira, Shawn, Lin Zhen, Dalilah, Ku Min, dan ramai lagi lar cakap aku macam tu. Kekadang aku terfikir kat mana bagusnya aku? Aku rasa cara aku present biasanya!

Aku pasti akan merindui semua kawan-kawan aku yang lain Alimi,Awie,Nuar, K.A.,Fauzi,Sonic,Akhir,Wong,Adi panjang,Aim,dan member paling rapat dengan aku semester akhir Alif…I’ll miss you guys! Dan pada mereka yang masih study lagi Ham, Azhar, Jay, Hairul ,Ayu and the geng(BankRakyat&Kachi2), dan tak lupa juga kepada Husna(PROTON), Fazli(PERWAJA),Asrul(TNB)…I wish all the best. Enjoy your life at campus.Sebelum mengundur diri aku ingin mengucapkan :

“SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA”

Semoga Segala Pengorbanan Kita Di Berkati Oleh

ALLAH S.W.T.

Selamat pengantin baru kepada Zura dan pasangannya, semoga kekal bahagia ke akhir zaman. Jaga diri elok-elok.

No comments: