Sunday, January 4, 2009

2 Minggu Internship

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 1430/2009. TANPA DISEDARI DAH DUA MINGGU AKU BUAT INTERNSHIP.DAN AKU MULA MELALUI HARI-HARI YANG SANGAT SIBUK.KERJA-KERJA MENGAUDIT SEGALA URUSAN YANG BERLANGSUNG SEPANJANG TAHUN 2008 UNTUK PEMERIKSAAN KUALITI OLEH SIRIM AMAT MEMENATKAN DAN MENCABAR.

DI UNIVERSITI ADA BELAJAR TAPI AKU TAK AMIK PUSING SANGAT. PADAN MUKA AKU…! KENAPA AKU CAKAP PENAT SEBAB SEMUA DATA KENA AUDIT SECARA MANUAL HUHUHU…PENAT SAKIT PINGGANG TU DUDUK LAMA-LAMA ATAS KERUSI. AKU RASA PENAT AKU NI TAK LAH SEHEBAT PENAT MIEZA YANG KENA URUS KES “LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR DI PENANG” YANG DIARAHKAN BERHENTI SERTA-MERTA. KALAU AKU JADI DIA MESTI ANGIN 1 BADAN BILA DAH START BUAT KERJA TETIBA NAK SURUH BERHENTI PLAK PROJEK TU.

SAMBUTAN TAHUN BARU BAGI FAMILY AKU BERMULA AWAL DENGAN KEHADIRAN “MUHAMMAD ALIF SYAZWAN” PADA DISEMBER 23, 2008. AKU YANG BAGI NAMA TU DEKAT ANAK BUAH SULUNG AKU TU SEBAB SELAIN MAKNA NYER YANG BAIK, NAMA TU JUGA MERANGKUMI NAMA TEMAN-TEMAN RAPAT AKU DARI SEKOLAH SAMPAI UNIVERSITI KALAU DIPUSING-PUSING SERTA DITAMBAH DAN DITOLAK ABJAD DALAM NAMA DIA.ANTARANYA IALAH:









ALIF, ALIMI, ANUAR, AWIE, AYIE, AYIEN, AZHAR, EPI, HAM, HUSNA, IKA, IS, JASMAN, JAY, LAN, MAN, MIE, SHAH, SHARK, SHIRA, SHAUWAL, SURAYA, SYAMIEZA, SYAZWAN, WAN, WANIE, ZAF DAN RAMAI LAGE LER.

DENGAN KEBETULAN NYER PLAK TARIKH LAHIR ALIF MELENGKAPKAN TURUTAN TARIKH LAHIR KAKAK, AKU DAN MAK IAITU PADA 20, 21, 22, 23. PERGHHH MEMANG BEST NANTI BOLEH CELEBR8 SEKALI.

JANUARY 1, 2009 AKU PUN KEMBALI KE KAMPUS UNTUK MENDUDUKI “REPLACEMENT EXAM”. UNTUK EXAM TU AKU TAK STUDY SANGAT SEBAB BALIK KEJER MEMANG PENAT TIPU LAH KALAU CAKAP TAK PENAT WALAUPUN AKU BUAT INTERNSHIP JE TAPI BILA KENA BUAT AUDIT MEMANG MELETIHKAN. BEBAN KEJER MACAM STAF PERMENANT KAT SITU. AKU INGAT RABU LEPAS KEJER NAK GERAK BALIK KOLEJ KONON-KONON NYER NAK OVERNIGHT DEKAT BILIK HAM TAPI HUJAN TURUN PLAK MAKA SECARA OTOMATIK NYER TAK JADI LAH.

TIBA HARI EXAM AKU PUN GERAK GE CAMPUS DARI RUMAH. SETIBANYA DI KAMPUS AKU TENGOK TAK RAMAI LAGE ORANG BILA JAM SUDAH MENUNJUKKAN PUKUL 8.15 MINIT PAGI. MUKA-MUKA YANG AKU KENAL MULA MUNCUL DI DEPAN MATA AKU. DAN PERTAMANYA IALAH OFFICEMATE AKU (FAIL BAHASA SPAIN) INDI (FAIL INTERNATIONAL FIANANCE) KESIAN GAK DEKAT INDI DATANG MALAYSIA SEMATA-MATA NAK EXAM IF SEHARI TU JER. NUAR [COM/MAS (FAIL INTERNATIONAL LAW)] BUDAK KELAS LAW AKU SEM LEPAS (FAIL MACROECONOMIC) MAAMT SORANG TUA AKU TAK TAHU NAMA DIE (FAIL LOGISTIK) AKU TENGOK MACAM STUDENT CIK SUE SEM LEPAS YANG TAK AMIK MIDSEM PASTU TAK SUBMIT ASSIGNMENT. RAMAI LAGE LER MUKA-MUKA YANG AKU KENAL.

LEPAS EXAM JER HUJAN TURUN PLAK, PERUT AKU PULA DAH MULA BERDANGDUT. AKU PUN CAPAI HANDPHONE DALAM POKET SELUAR SAMBIL FIKIR SIAPA YANG AKU NAK CALL UNTUK AJAK LUNCH DAN AKU TERUS CALL HUSNA SEBAB DIA MESTI FREE DAN MEMANG DIA FREE TIME TU KEBETULAN TGH BUAT ADD/DROP KAT COB. AKU DGN DIA MKN DEKAT LAVENDER CAFÉ SAMBIL MEMERHATI CAFÉ TU YANG PERTAMA KALI AKU JEJAK DAN HUSNA MULA BERTANYA MCMANER EXAM? AKU JAWAB DENGAN SELAMBA…BOLEH LER JAWAB TAPI AKU TAK TAHU AKU JAWAB APA…SECARA TEKNIKAL NYER DIA PUN MENGOMEL DEKAT AKU…GILA KER HANG TAK KAN HANG TAK BOLEH JAWAB? HANG TAK JUMPE LECTURER HANG KER? HANG NIE BOLEH LULUS KE TAK? HUH…MACAM PELURU TUE! TAPI AKU PUN EXPLAINS LER SEMUA YANG DIA CAKAP AKU DAH BUAT. AKU PUN HARAP LULUS JER BERBALOI DENGAN USAHA AKU YANG STUDY MALAM SEBELUM EXAM TUE SAMPAI SUBUH. KEMUDIAN PERBUALAN AKU LEBIH TERARAH KEPADA PERKEMBANGAN UNIVERSITI YANG AKU LIHAT PELIK TAPI REASON PERUBAHAN RADIKAL TU BOLEH DITERIMA AKAL.

LEPAS MAKAN JER AKU PUN NAK BALIK.DALAM PERJALANAN NAK KER CAR PARK JUMPA PUAN SABARIAH AKU PUNYE LECTURER SEMINAR MERANGKAP INTERNSHIP SUPERVISOR. DIA TANYA BUAT PER KAT SINI BUKAN DAH ABIS? AKU PUN CAKAP ADER EXAM.DIA NAIK HAIRAN PLAK EXAM? AKU PUN KATA I FAIL MICRO. DIA PUN RESPOND OHHH…ECONOMI MEMANG SUSAH MICRO, MACRO PERGHH…INGATKAN DIA NK MARAH AKU TAPI TAK MEMANG RESPEK GILER LAR AKU TAPI AKU TERLUPA NAK CAKAP TERIMA KASIH SEBAB BAGI “A” UNTUK PAPER SEMINAR. PERGHH BANGGA BEB DAPAT “A” PALING HIGHEST PLAK TU. LEPAS JUMPER DIA AKU TERUS BALIK OFFICE UNTUK SIAPKAN AUDIT YANG TERBENGKALAI ATAS MEJA KAVITHA TAPI BILA SAMPAI KAVITHA CAKAP BOSS CUTI YANG LAIN HALF DAY…AKU PUN MENANGGUHKAN KAN DULU KERJA TU.KORANG JANGAN BUAT PERANGAI BURUK MACAM AKU YANG SUKA MENAGGUH KERJA.

OK….CUKUPLAH SETAKAT INI…SEMOGA TAHUN BARU KITA LEBIH BAIK.AZAM BARU AKU MASIH SAMA MACAM TAHUN-TAHUN LEPAS CUMA AKU EDIT SIKIT JER BUANG YANG TAK BOLEH DICAPAI DALAM TAHUN NI DAN GANTIKAN DENGAN BENDA YANG LEBIH MUDAH UNTUK DICAPAI TAHUN INI.

ADIOSA…

14 comments:

Anonymous said...

comel nyer anak buah ko.....
moga dapat A micro...

Hazley Jamaludin said...

woahhhhhhhhhhhhh...dah dapat anak sedara. bagus2..dah ader pnngkat PAK skarang..hehehe

a.b geldofg said...

thniah :)

Anonymous said...

tahniah....
comel...

Anonymous said...

nama aku tk der...
aku doakan dapat A++

dumdum said...

perlukah aku terharu dengan statement di atas itu?? hahahah..anyway firul,tahniahh laaa da jadi paksuuuu...aku yang tak berpangkat2 makcik lagi walopun dh bertaon abang aku kawin hehe..takda rezeki..

Anonymous said...

errmm....comel nyer....geram tgk!!!

Anonymous said...

kak joyah in da house...
kelas gitu..naik pangkat jadi pak su....
hmmm...
mesti dapat A punye..

Anonymous said...

huhhu...bucuk2 comel nyer..itu lah adat org bekerja..

Unknown said...

terima kasih atas ucapan tahniah...
maner tahu panggil pak su..?
mieza sudah tentu ler perlu rase terharu...
haahahhaa....
tgk man rileks jer....dlm hati aku tak tahu...

~~~...MenCari PeLAngi...~~~ said...

haha..statement yg dsyat..siap ngata aku lg tu..huhu...xpe2..hope ang dpat la gred yg trbaik yg ang nk..k.!anyway tahniah dpat ank sdara..bapak sbijik cm mka ang..huhu...

(p/s: btul ke nma tu trbit dlm minda ang 2 hsil dr gbungan nma rkan2..ang biar btul?...huhuhu)

Anonymous said...

huhuhuh....maner nama i...???
comel nyer...teringin nak baby plak..

Unknown said...

huh..aku salah type atau hg salah faham...
results dh kuar tap tk sempat nk tgk lagee....

Anonymous said...

huh...
comel...
nk ajak awek kawin ler.