Saturday, January 17, 2009

Sorotan Seminngu

4 MINGGU INTERNSHIP

SUDAH SEBULAN AKU MENJALANI INTERNSHIP, TELAH BANYAK YANG AKU PELAJARI DALAM TEMPOH ITU. KALAU DULU TIDAK PANDAI NAK GUNA MESIN FAKS SEKARANG DAH TAHU DAN CARANYA AMAT MUDAH SEKALI. TAPI KALAU PAPER TERSANGKUT DALAM MESIN FAKS AKU BUAT TAK TAHU JER SEBAB AKU HANYA TAHU GUNA SAHAJA. LAST WEEK JUGA BEBAN KERJA DI OFFICE BERTAMBAH DARI KEBIASAAN. HARI ISNIN CONTOHNYA AKU KENA MENERIMA STAF BARU YANG LAPOR DIRI SERAMAI 20 ORANG LELAKI SEMUA PLAK TU! KEBETULAN PADA MASA YANG SAMA ADER 2 ORANG BUDAK POLITEKNIK BARU MASUK PRAKTIKAL. JADUAL AKU MEMANG PENUH KENA URUSKAN PELBAGAI HAL TAPI MASIH SEMPAT MENYUMBANG TENAGA YANG TAK SEBERAPA UNTUK TOLONG BOSS AKU ANJURKAN “MAJLIS PERPISAHAN” BUAT KAK INA DAN ABG ZAM SEBAB MINGGU DEPAN MEREKA AKAN BERTUGAS DI STESEN DAN TEMPAT MEREKA AKAN DIGANTI OLEH KAT YATI DAN AM. BILA AKU DENGAR NAMA AM YANG KENA GANTI TEMPAT ABG ZAM AKU MACAM NAK KETAWA BIAR 1 KOMPLEKS OFFICE DENGAR! SEBAB KENAPA AKU NAK KETAWA BEGITU AK PUN TAK PASTI! KENAPA EK?

MINGGU DEPAN AKU LAGILAH SIBUK YANG AMAT SANGAT. HARI ISNIN SAMPAI KHAMIS AKU ADA 3 WORKSHOP YANG PERLU AKU HADIRI. MASUK KERJA JER MINGGU TU ADER BENGKEL ISO – REKOD DAN DOKUMENTASI, SELASA DAN RABU ADA BENGKEL UNTUK STARTEGIC PLAN DEVELOPING FOR 2009 DAN LAGI 1 HARI RABU TAK TAHU LER SEMPAT KE TAK NAK PERGI, BENGKEL KEFAHAMAN ISO DAN PADA ISNIN DAN SELASA JUGA AKU KENA IRINGI STAF-STAF BARU UNTUK KE STESEN BAGI SESI TAKLIMAT DAN MAJLIS PENUTUP KURSUS INDUKSI OLEH PENGARAH. BOSS AKU PLAK AKAN KE CAWANGAN IPOH UNTUK LAWATAN KERJA. KENAPA AKU MENJADI PILIHAN BOSS UNTUK SEMUA AKTIVITI NIE? AKU TAK PERNAH TANYA BOSS PUN.

AKU DAN PALESTIN

HARI INI MASUK 22 HARI PALESTIN DISERANG OLEH REJIM ZIONIS, YAKNI ISRAEL NEGARA PAKSI KEJAHATAN YANG MENGAJAR RAKYATNYA MENJADI “BINATANG”(TIDAK MENGGAMBARKAN KESEMUA YAHUDI). TAPI SEBELUM ITU, INI HANYA PANDANGAN PERIBADI AKU MENGENAI BEBERAPA PERKARA YANG TELAH DITIMBULKAN DAN DILAKUKAN OLEH PELBAGAI PIHAK DI MALAYSIA SEBAGAI TINDAK BALAS KEKEJAMAN ZIONIS KE ATAS RAKYAT PALESTIN. SELAMA 22 HARI ITU AKU SEMPAT MENYERTAI 2 SESI “TUNJUK PERASAAN” YANG TELAH DIANJURKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU. TUNJUK PERASAAN YANG PERTAMA AKU HADIRI IALAH PADA SATU PETANG YANG DIADAKAN DI PERKARANGAN MASJID SELEPAS SOLAT JUMAAT. AKU MENDENGAR UCAPAN DARIPADA PIHAK PENGANJUR MENGENAI PALESTIN TAPI SELEPAS 15 MINIT AKU BERJALAN KELUAR KERANA:

1. AKU BERDIRI DI BAWAH PANAS MATAHARI DAN MEMBIARKAN CAHAYA UNGU MEMAKAN DIRIKU. AKU TAK DAPAT MENAHAN KEPANASAN ITU!

2. KEDUA AKU TAK PUAS HATI KENAPA ORANG ITU TIDAK MEMBIARKAN DIRINYA TURUT DIBAHAM CAHAYA MATAHARI ADAKAH DISEBABKAN DIA SEORANG YB MAKA PERLU ADA KIPAS DIBELAKANG DAN KAMI YANG MENDENGAR DIBIAR BERPANAS TANPA BELAS KASIHAN.

3. KALAU SETAKAT MEMBERI PERANGKAAN ANGKA SEMATA-MATA, AKU BOLEH DAPATKAN SEMUA ITU MELALUI MEDIA MASSA. UCAPAN YANG DISAMPAIKAN TIDAK “BERNYAWA”.

SELEPAS SEMINGGU KEMPEN TUNJUK PERASAAN DI TEMPAT LETAK KERETA MASJID TERSEBUT, KAWAN AKU DIN, MENGAJAK AKU MENYERTAI KEMPEN BERIKUTNYA YANG DIANJURKAN OLEH SEBUAH BADAN BELIA. DENGAN UCAPAN YANG BERKOBAR-KOBAR AKU MULA SENANG DENGAN KEADAAN ITU, TAPI BELIA YANG MENGHADIRI KEMPEN TERSEBUT TELAH MEMATIKAN “MOOD” AKU. DAN AKU MENGKELASKAN MEREKA SEBAGAI “BELIA KELAS KETIGA”, SEBAB:

1. MEREKA TIDAK DATANG SEBAGAI SEORANG PEJUANG KEAMANAN TETAPI LEBIH KEPADA MENGHADIRI SEBUAH “PARTI SOSIAL” BERKENALAN DAN BERTUKAR NOMBOR TELEFON DAN BERGAMBAR UNTUK KENANG-KENANGAN UNTUK “DIUPLOAD” DALAM LAMAN SESAWANG SOSIAL MEREKA.


2. MEREKA TIDAK PEKA TENTANG APA YANG DIPERJUANGKAN, BILA AKU BERTANYA APA BEZA KEKEJAMAN INI DENGAN PERISTIWA SABRA SHATILLA, MEREKA MEMBUAT MUKA HAIRAN TIDAK TAHU LANGSUNG TENTANG PERISTIWA SABRA SHATILLA.

3. MEREKA TIDAK RESPEK PADA IDENTITI NEGARA LAIN. SEBAGAI CONTOH “ACARA MEMBAKAR BENDERA AMERIKA DAN ISRAEL”. AKU CUKUP BENCI ACARA ITU, KERANA PERTAMA IA MENYUMBANG KEPADA PENCEMARAN ALAM. TIDAK TAHUKAH MEREKA BENDERA YANG DIBAKAR ITU “MADE IN CHINA” MENGGUNAKAN WARNA YANG RENDAH KUALITINYA. KEDUA SEBAGAI SEORANG YANG MENDALAMI ILMU PENGURUSAN ANTARABANGSA (BUKAN UNTUK BANGGA TAPI UNTUK BERKONGSI), AKU DIAJAR OLEH LECTURER AKU YANG MERUPAKAN SEORANG WARGANEGARA INDONESIA, UNTUK RESPEK PADA SEMUA PERKARA YANG MENJADI IDENTITI SESEBUAH NEGARA TERMASUK BUDAYA, AGAMA DAN SEJARAH TANPA MENGORBANKAN JATIDIRI KITA, ITU KATA PAK OEMAR. KERANA KITA MASIH MEMPUNYAI HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MEREKA KECUALI ISRAEL YANG TIDAK PERNAH TERJALIN DAN KEBANYAKAN PELAJAR-PELAJAR KITA MEMILIH AMERIKA SEBAGAI DESTINASI UNTUK MENIMBA ILMU DUNIAWI DAN KEAGAMAAN. MAKA KITA PERLU RESPEK SEMUA ITU, KAWAL EMOSI DAN TUNJUK PERASAAN SECARA BIJAKSANA.KITA KENA FIKIR MELALUI ANALISIS SEBAB DAN AKIBAT, ITU SEMUA MASIH TERNGIANG-NGIANG LAGI DI TELINGA AKU.

AKU DAN BOIKOT

“BOIKOT” SATU PERKATAAN YANG TELAH DIALIHBAHASA DARI BAHASA INGGERIS IAITU “BOYCOTT”. MUDAH DISEBUT SENANG DIEJA. AKU BUKAN NAK MENGAJAR BAHASA MELAYU MAHUPUN BAHASA INGGERIS WALAUPUN AKU PERNAH MEMBERI MIEZA KELAS BAHASA MELAYU SECARA PERCUMA DAN DIA BERJAYA MENDAPAT GRED “A” UNTUK BAHASA MELAYU KETIKA BERADA DI SEKOLAH TINGGI DULU(RIAK NYER AKU)! BOIKOT, BAGI AKU MUDAH UNTUK DIPERKATAKAN TAPI BUKANNYA PERKARA YANG ENTENG UNTUK MELAKUKANNYA. AKU MINTA MAAF AWAL-AWAL SEBAB AKU TIDAK AKAN MEMBOIKOT SESIAPA DAN ISRAEL DIKECUALIKAN KERANA PRODUK MEREKA TIDAK BOLEH DIBAWA MASUK KE MALAYSIA JADI BUAT APA NAK BOIKOT BARANG YANG TIDAK ADA DI NEGARA KITA. JADI BOIKOT YANG DILAUNG-LAUNGKAN AKAN TERTUMPU KEPADA PRODUCT YANG TERTULIS “MADE IN AMERICA”. DAN KAWAN-KAWAN AKU YANG MEMPUNYAI BLOG PUN TURUT SAMA MENYOKONG KEMPEN BOIKOT BARANGAN AMERIKA INI. AKU HANYA TERSENYUM SINIS SAJA, SORRY KALAU ADA YANG TERSINGGUNG TAPI INI KEBENARANNYA. SEBAGAI CONTOH APA YANG ANDA PAKAI DAN GUNA SETIAP HARI PAKAIAN BERJENAMA SEED, PADINI, DOCKERS, DAN BERBAGAI LAGI. BAGAIMANA PULA HARUMAN YANG DISEMBURKAN DIBADAN KITA SUDAH TENTULAH JENAMA DARI AMERIKA SEPERTI LANCOME, HUGO BOSS, DAN BERATUS LAGI DERETAN JENAMA AMERIKA YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL KEHEBATAN AROMANYA ITU. BELUM DIHITUNG LAGI SELUAR JEANS ANDA YANG BERJENAMA “LEVI’S”, YANG MENJADI KEBANGGAAN SELURUH PERINGKAT UMUR DAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TIDAK KIRALAH ANDA DUDUK DI KL MAHUPUN CERUK RANTAU KAMPUNG, ANDA AKAN TETAP MEMBELI LEVI’S SAMADA YANG TIRUAN IAITU “MADE IN THAILAND” ATAU LEVI’S YANG TETULIS “MADE IN CHINA” MAHUPUN LEVI’S TERPAKAI YANG DIBELI DIKEDAI “BUNDLE” ATAU MUNGKIN LEVI’S ORIGINAL YANG DIJUAL DI BUTIK LEVI’S. BAGI MEREKA YANG GEMAR MEROKOK SEBAGAI SALAH SATU AKTIVITI HARIAN DAN DIJADIKAN SEBAGAI “PEMBUKA SELERA DAN PENCUCI MULUT” BOLEHKAH ANDA MENINGGALKAN ROKOK YANG BERJENAMA ANTARABANGSA ITU DAN MENGHISAB “ROKOK DAUN”? SEMASA KEMPEN TUNJUK PERASAAN BERLANGSUNG HAMPIR DISELURUH NEGARA PERKARA INI SUDAH JELAS TERLIHAT DARI PANDANGAN MATA AKU SEBAB ITU KITA BERANI MELAUNGKAN PERKATAAN “BOIKOT” KERANA KITA TAHU ORANG KITA TIDAK AKAN MEMBOIKOT PRODUCT “MADE IN AMERICA” MALAH BERBANGGA KERANA MEMILIKINYA. KHAMIS LEPAS, AKU MENERIMA PANGGILAN DARI K-RUL YANG MENGIKUTI KEMPEN TUNJUK PERASAAN DI BALING, KEDAH. YANG DIANJURKAN OLEH BELIA 4B KAWASAN BALING,PENGERUSI PERTUBUHAN BAGI CAWANGAN TERBABIT MOHD KHAIRUL AZHAR ABDULLAH (PETIKAN UCAPAN DIA BOLEH DIDAPATI DALAM HARIAN METRO EDISI JANUARY 15TH 2009), MENCADANGKAN AGAR JAKIM MENARIK BALIK SIJIL HALAL BAGI SEMUA PRODUK AMERICA. JADI DIA BERTANYA PENDAPAT AKU, SECARA JUJUR DAN SELAMBA AKU CAKAP MINDA ORANG KELAS KETIGA BEGITULAH. K-RUL BERTANYA KENAPA PULA? AKU PUN BERKATA PERTAMA, TIDAK SEDARKAH DIA YANG BEKERJA KFC, MC’ DONALD, PIZZA HUT, KENNY ROGERS, DAN BERDERET LAGI JENAMA MAKANAN SEGERA DARI US ITU, YANG MENJADI “ORANG KECIL” ITU ADALAH ORANG YANG SAMA AGAMA DAN BANGSA DENGAN DIA. KEDUA, KAYA SANGATKAH PENGERUSI ITU? ANDAI KATA JAKIM MENGHARAMKAN SEMUA MAKANAN SEGERA ITU SIAPA YANG INGIN MEMBERI PEKERJAAN KEPADA MEREKA DISAAT EKONOMI DUNIA DALAM KEADAAN TIDAK MENENTU INI DIAKAH YANG AKAN MEMBANTU? SUDAH TENTU TIDAK! K-RUL PUN DIAM MUNGKIN MEMAHAMI APA YANG AKU KATAKAN ATAU TIDAK DAPAT MENERIMA KRITIKAN TERBUKA AKU YANG TIDAK BERLAPIK LALU DIA PUN KATA “OK” DAN MEMATIKAN TALIAN.

JADI AKU DAPAT SIMPULKAN, ORANG KITA TIDAK AKAN MEMBOIKOT BARANGAN “MADE IN AMERICA” DAN IA HANYA UNGKAPAN DIBIBIR SEMATA-MATA. DIHARAP ISU “PALESTIN” DIPANDANG SEBAGAI ISU KEAMANAN. SORRY TO SAY, KITA MENJADIKAN ISU INI SEBAGAI ISU “ORANG ISLAM” SAHAJA. MENGIKUT K-RUL , SEPANJANG DIA “COVER NEWS” DIA SUKAR UNTUK MELIHAT PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA YANG TURUT SAMA DALAM KEMPEN TUNJUK PERASAAN ITU. OLEH ITU, BAGI AKU PEMIMPIN PATUT MEMAINKAN PERANAN AGAR ISU PALESTIN DILIHAT SEBAGAI PERJUANGAN KEAMANAN DAN BUKAN ISU “ORANG ISLAM SAHAJA”. SEBAGAI CONTOH LIHAT AMERIKA, UK, RUSSIA, TURKI, MEREKA TURUT MENOLAK KEKEJAMAN ISRAEL DAN YANG PENTING MEREKA BUKAN ISLAM TAPI BERJUANG ATAS NAMA KEAMANAN. DOAKAN KEAMANAN UNTUK PALESTIN ITU LEBIH BAIK DAN DERMAKAN WANG ANDA KEPADA MEREKA YANG BETUL-BETUL DIIKTIRAF DAN BUKAN PADA TABUNG-TABUNG YANG DILETAK DI PASAR MALAM ATAU DIMINTA PIHAK-PIHAK TERTENTU JANGAN MUDAH MENDERMA DAN TETIPU.

ADIOSA.

12 comments:

a.b geldofg said...

bumi arab tk akan pernah aman...walaupun tanpa zionis

Anonymous said...

hmm...
memang sikap mereka begitu...

Anonymous said...

huh...
u mcm prejudice plak...

Anonymous said...

kak joyah in da house...
halooo...haloo...
u punya idea mcm samer mcm dalam newspaper semlm...tapi u post ari sabtu kn...

Anonymous said...

halooo...
tk samer ler tapi mirip-mirip jer...kebetulan lar...
padan muke u "coba" tk menang...

Anonymous said...

hmm...
betul2 orang kite memang mcm tue...ckp blh...

fadzil hafiz said...

pendapat anda sungguh bernas..!!!gua dah mula rasa kagum ni...hehe...

Anonymous said...

satu luahan pandangan yg jelas dan mantap..

Anonymous said...

huhu...
ader unsur2 prejudice...tapi pandangan ko jujur gles babes...

Anonymous said...

naper kata kitaorang "belia kelas ke-3"

Anonymous said...

kitaorg support tunjuk perasaan pun kira ok!!!

dumdum said...

haa..macam ni baru laa segar mata nak membaca bro..hehehe..tapi kan firul,hang kena ubah la tulisan tu.jangan bagi besaq semua,berpinau mata aku nak baca sampai abis.pasal isu yang hang tulis tu,aku faham pandangan hang dan tak ada nak kritik atau komen.sebab bagi aku,kalau kita dok bergaduh pendirian mana satu yang betul atau salah,last2 kita yang berperang hahaha..mcm parti politik negara kita. yang paling PENTING,titik persamaan antara kita iaitu : sama-sama merasa penderitaan saudara kita di sana dan berusaha untuk kurangkan beban mereka.
macamana? terpulang pada cara masing2.kalo rasa nak derma,dermalah.kalo rasa boikot tu membantu,boikotlah.

semudah itu sebenarnya...=)