Thursday, July 9, 2009

SaTu Harapan dan ucap selamat untuk AKU

Salam yang penuh kasih sayang yang berlemak lagi bekrim namun tidak memudaratkan kesihatan korang aku hulurkan.

Kali ini kita akan lihat 3 perkara yang bermain di kotak pemikiran aku serta melintas lalu ketika aku termenung seorang diri.

1. selamat tinggal PPSMI dan selamat datang MBMMBI
semasa berita ini bergema di seluruh negara, aku rasa Malaysia sudah terbelah lebih dari 3 kompenan. cadangan dan idea "bagus" ini dikatakan di sambut baik semua lapisan masyarakat. aku tidak tahu kita mempunyai wang banyak untuk mencetak semula buku teks dan ini lah kerugian yang akan ditanggung oleh penerbit buku rujukan negara yang akan menghantar buku yang tidak akan digunakan lagi ke pusat kitar semula (itupun kalau dipraktikkan di negara ini). aku tidak tahu apa tujuan keputusan ini diambil (berdasarkan slogan pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan agaknya) tapi bagi aku inilah saat melayu akan "melayu". dan 1 Malaysia akan jadi 2 Malaysia, 3 Malaysia atau mungkin lebih. aku sedih seperti tun sedih. mungkin silapnya kita tergesa-gesa ketika melaksanakan sehingga para guru dan "orang kampung" tidak bersedia untuk menerima perubahan namun ia tetap perlu. kesimpulannya kita tidak dapat membentuk 1Malaysia dari sistem pendidikan dulu sekolah wawasan ditolak mentah-mentah, kewujudan sekolah 1 aliran iaitu aliran kebangsaan juga di tolak membabi buta tetapi kita bermimpi untuk mempunyai "Malaysian" yang patriotik dan bersatupadu dan dapat berkawan dengan pelbagai keturunan dan ia hanya wujud di kawasan urban dan masyarakat yang tidak hidup dalam falsafah ortodoks. dengan membenarkan sains dan matemetik diajar dalam bahasa ibuanda masing-masing sudah cukup menjarakkan lagi meritokrasi melayu nanti. semasa di universiti nanti terkial-kial lah anak keturunan kita belajar semua itu dalam bahasa inggeris dan korang rasa ada ke lecturer korang akan tolong translate everything untuk korang jangan mimpi!

2. nasinolisme
ketika menbaca tulisan ZA, aku fikir 2 kali untuk memahami akhirnya aku dapat "tangkap" siapa yang dimaksudkan dengan tepat dan ditujukan kepada siapa tapi orang malaysia terutama melayu ini tidak sedar apa yang ditulis terkena batang hidung sendiri! memang sukar hendak bentuk nasionalisme dan patriotik dikalangan kita, sebab kita tidak bermula awal seperti Thailand dan Indonesia mahupun India Korea, Jepun walaupun ada rusuhan kaum mahupun etnik mereka masih menggunakan barang tempatan untuk kegunaan harian tetapi kita...(sambung sendiri) tapi nak buat macamanakan terpaksa akui ada cabang tertentu malaysia memang "out" terus. perlukan contoh? sukan...cukup? tidak cukup ada lagi handphone...tak cukup lagi? hiburan termasuk lah filem, drama dan muzik. (sebahagian besarnya tidak ada jiwa dan idealogi serta tidak merangsang pemikiran bukan CGI yang ditagihkan).

3. satu harapan & wIsH mE lUcK
ahad ini aku akan pergi exam pukul 8 pg!!! sudah 3 hari berturut-turut membelek buku dengan harapan aku ada peluang untuk berjaya dan berharap sangat-sangat ia akan menjadi batu loncatan untuk aku. walaupun kawan-kawan aku bertanya exam apa yang akan aku ambil, aku hanya "senyum" belum sampai masa untuk mewar-warkan ke seluruh dunia. ucapkan "selamat" untuk aku.






pesanan ringkas tapi bermakna dan mempunyai tafsiran emosi yang berbeza;

* welcome home syukcruz.
** mieza anak jiran sebelahrumah hang masuk TV! nanti dia mesti bergelar pelakon.
*** harap baca perkara 1 tanpa rasa perkauman dan politik sebab itu hakikat sebenar. terima kasih (jangan sesekali fikir aku melayu tidak sedar diri atau orang bandar bongkak; parents aku dari kampung tapi tidak ortodoks.
**** nasionalis terlalu subjektif di negara ini kerana "ia" bermula dari dalam (lihat semula pendidikan negara dan pemikiran kita)
***** sorry tidak sempat nak membalas msg2 anda di laman sesawang sosial aku.
****** runsing sebab icon dekat dekstop tak boleh nak drag! aper kes pula nie...?

21 comments:

julie said...

kali turn i pula 1st!
patriotik tak boleh nak diukur melalui apa yang kita guna sahaja mcm you ckp subjektif ianya memerlukan perincian keran perkataan itu terlalu luas dan tafsiran kita adalah berbagai dan pemahaman kita juga beperingkat.

julie said...

ohh luper good luck utk exam

DanieL AdiE said...

best of luck dude 4 ur exam...
nape lak ko xnak bgtau ape exam yg ko amek ek??
mmm..its ur right kn..
chaiyok2!!

iyllienaz said...

good luck n all the best..

~~~...MenCari PeLAngi...~~~ said...

selamat berjaya...
aja..!aja..!fighting..!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

do the best n gud luck...

jgn lupa baca doa...

nYUn said...

format je PC tuh..
Masyarakat melayu nih pon nak kena format jgak otaknyer..

cousin_ko said...

1.good luck cousin
2.aku setuju dengan ko kenapa math &sains tidak boleh dlm bahasa melayu / malaysia di semua sekolah! adakah guru2 tidak dapat bertutur melayu dgn baik?
3.nasionalisma mmg subjektif dude

@Ra^Da PiNko StoRy said...

setuju~~~~~~

baim_wong said...

good luck "usaha tangga kejayaan"
dulu aku bljr sains dgn math kt u dlm english mmg susah ler sbb aku bljr dlm bm mase sekolah dulu tapi bahasa apa pun tk jad masalah cuma org yg nk belajar tu kuat semangat atua tidak tapi aku blh kuasai english dgn baik lorr...nasionalisme tu susah nk tunjuk sekarang nie

Kotak Hati said...

banyak pendapat tentang ppsmi nie..
but for me...
bagus sebenarnya..
tapi mungkin terlampau cepat perlksanaannya..hu3

Kotak Hati said...

banyak pendapat tentang ppsmi nie..
but for me...
bagus sebenarnya..
tapi mungkin terlampau cepat perlksanaannya..hu3

kak joyah said...

kak joyah in da house...
kak joyah rase elok ler tu tapi lebih baik kite mengajar sains dan math dlm bm utk semua sekolah baru lah memartabatkan bm

bukan fasha_sandha said...

i nak ucapkan googd luck all the best

Anem Arnamee said...

salam.

semoga berjaya ea dalam apapun di lakukan-jangan perna mengalah^^

(^_^)

Anonymous said...

gud luck bro.. ekeke.. do the best.. aja aja fighting.. ekekeke

LavENDer Wind said...

**salam
aku ucap selamat juga

zetty said...

cmnerr exam...xde khabar berita pun...bg tau laa...huhuhhu

zetty said...

hye...nk bg tau...amik laa tag kat umah org...amik..jgn x amik plak yerr....

NUke_Rude said...

hm.. ppsmi. entahla. huhuhu

Unknown said...

julie-->
kamu memang laju & terima kasih

adie-->
thank q adie

illyniez-->
terima kasih

mencari pelangi-->
aja..aja..fighting

lil devil-->
terima kasih bagi idea tu dan kini pc kembali normal malah lebih baik :)

cousin_ko-->
ko memang faham isi hati aku

@rada^pinko story-->
saya pun turut setuju

baim_wong-->
errmmm...sebab ko fluent english

kotak hati-->
hah..anda pun sependapat dgn saya

kak joyah-->
betul
itu point terselindung

bukan fasha_sandha-->
thank you so strong

arnamee-->
yer terima kasih

amirezka-->
thanks ya!

lavender wind-->
terima kasih ya

zetty-->
results tak kuar lage
tag..??
nk kena jawab ker....

nuke rude-->
errmmm..berdiri tgh2