Saturday, November 21, 2009

CeRiTa SATU : Episod 2 [ikhlas]

Salam seantero untuk kawan-kawan semua. Diharap kita semua masih sihat untuk melalui hari-hari yang mendatang.




"ikhlas itu ibarat prisma kaca"
-tengku fir, bradford-

Ikhlas merupakan 1 perkataan yang senang diungkap dan ia mempunyai definasi yang sangat luas serta amat sukar diukur mengunakan 1 skala yang tepat. Namun kita manusia akan berusaha mencipta 1 sistem pengukuran yang boleh diguna pakai untuk mengukur tahap keikhlasan seseorang.

Aku kebelakangan ini cuba mencermin sisi diri untuk melihat sejauh mana aku ikhlas terhadap sesuatu perkara. Semakin aku cuba mencari bagaimana rupa keikhlasan dalam erti kata sebenar,semakin kabur aku dengan ciri-ciri sebuah keikhlasan itu.

Jika diselongkar kotak "James Bond" kembali, pasti terdapat pelbagai cenderamata dan hadiah kenangan pemberian ikhlas kawan-kawan dan ini merupakan salah satunya:


pemberian Hidayat Zahir...tidak dijual di pasaran!!!

Sekeping wang kertas RM 1 yang dilipat menjadi 2 bentuk hati. Sudah berusia lebih 5 tahun dan masih begitu sehingga ke hari ini.

Situasi: Hari Terakhir Persekolahan Bertempat Di Lab;

"weih nak singgit."
"nah...amik lerr."

Kemudian Hidayat melipat duit itu sehingga menjadi 2 bentuk hati dan kembalikannya pada aku.

"weihhhh...nape lipat duit tue..ruge-ruge! blh buat beli aiskrim larr..."
"owhh yer kerr? sorry la...buka lar balik."
"huhuhu...aper kes lipat jadi love pastu bagi aku?"
"sebab hubungan kita istimewa."
"hah...!!!"
"aku bersyukur sangat ko kawan dengan aku, tolong aku masa susah, tolong ajar aku sejarah, bm, english,bagi aku pinjam duit, belikan aku baju, wish happy birthday tiap-tiap tahun dan aku ucapkan terima kasih untuk semua tue. aku tak mampu nak belikan hadiah untuk ko ini jer aku mampu beri kan pada ko dengan hati paling ikhlas"
"weih aku ikhlas ler buat semua tu...aku pernah belikan ko baju ker?"
"t-shirt merah yang aku pakai nie aper...!!!"
"aku belikan ker?...hahaha tak ingat ler dowh..."
"kalau ko tak suke hadiah aku tue ko boleh bukak buat beli aiskrim."
"thank q."
"untuk aper...?"
"sebab bagi kebenaran aku buka duit nie."
"benggong ler ko."
"pesal plak..duit aku kan?..lagipun ko yang cakap boleh bukak tadi."
"suka hati lar.."
"weihh...touching ker?...hahaha...jom ge depan sekolah beli rojak buah."
"aku..."
"aku belanja lar kalau tak cukup duit kite guna duit yang ko lipat tadi."


Adakah kita ikhlas dalam menjalani kehidupan kita?
Menerima apa yang mendatang dengan hati ikhlas?
Adakah kita ikhlas dalam sesuatu perhubungan?
Ikhlaskah hati kita ketika bibir melafazkan "aku ikhlas"?


Tapi Faiz ada bertanya, kalau orang cakap macam ini "kita jumpa dulu baru you tahu apa perasaan i"...ikhlaskah seseorang itu kepada kita? Sampai ke hari ini, aku tidak jawab pertanyaan Faiz sebab aku pun tidak pasti bagaimana harus aku jawab soalan dia itu.

p/s; note penting:
*dimanakah encik hidayat zahir
**encik saiful sila siapkan research anda!!!
***encik jasman minggu depan dah nak raya qurban.

menurut laki cikgu kimia, "sayu gua dengar lagu nie", manakala gjoul pula mengatakan "lagu yang sayu tapi tak sampai tahap sayur"
****sayu sangatkah lagu yang berlegar-legar diruang blog aku ini? (jawab dengan ikhlas)
*****terima kasih kepada ustaz suhail, ana pinjam gambar "jika ikhlas" tanpa izin.
******2009 berlalulah dengan tenang dan bawa semua gelisah aku bersama mu.



Terima kasih sudi membaca
Semoga jumpa lagi
Jaga diri anda
Adiosa




56 comments:

syaf said...

ikhlas 2 kene dtg dri hati kite yg betyi2 dalam n pas2 x pikir agi... para sahabat cakap pernah cakap, ikhlas ni ibarat semut hitam yang berjalan di tengah malam gelap, di laluan yg sangt gelap hingga x nampak ape2 pown..lebih kureng cam 2 r

aZizoL said...

oit syaf, tu ayat aku tu..bukan mcm tu la bunyik die.tp mcm ni "ikhlas tu ibarat semut hitam di atas batu hitam dimalam yg gelap..".. apepon dalam ape yg kite buat biarlah satu je niat kite.. mencari keredhaan dariNya..semuga kite semua diberi hati yg IKHLAS.

cik haa.. said...

ternampak keikhlasan anda menyaman entry inih...
btoi x....??
hehehe..
apepon..
"ILMU IKHLAS" mmg susah utk dipelajari mahupon
berguru apatah lgi tuk dicari..hehehe..
ianya hadir tanpa di push or pull laa...
bukn cam pintu senang di PUSH OR PULL..
ngee~~


hahaha..
dgn IKHLASS gua ckp lagu neh mmg sayur..
sayu jerk..but nice...;)))
lau leh kasik tajuk nyer..
2pon lau ikhlas nak bg...
hahahaha...

Bintang Hati said...

hye awk,

aah..
baru hani sdar..
hani wt sume tu atas dasar ikhlas ke?
sume bnda hani ikhlas..
erm..
pasti ada tidak kn..
thnx mngajar hani ikhlas..
agak terharu baca entry nih..
yup..
persahabatan tu ukhwah istimewa..'
kekal hingga akhr hayat..

NUke_Rude said...

i actually like this entry.

:)

iyllienaz said...

agree with nuke..like this entry too..

tengku_fir21 said...

syaf-->
yerr..ikhlas perlu datang dari hati yang dalam

tengku_fir21 said...

azizol-->
oittsss...jgn gaduh-gaduh!!!
owwhh...terima kasih atas kata-kata itu...
semoga kita dapat temui hati yang ikhlas

tengku_fir21 said...

cik haa-->
yer ikhlas itu memang tidak boleh dipelajari...


p/s:lagu tue sedap ehh...

tengku_fir21 said...

bintang hati-->
sama-sama kita belajar aper itu ikhlas

tengku_fir21 said...

nuke_rude-->
thank q en. nuke

tengku_fir21 said...

iyllienaz-->
terima kasih (*_*)

Tunjuk Bintang said...

ikhlas tapi jauh. camner plak tu?

zetty said...

ikhlas....
susah nk diperkatakan diri ini betol2 ikhlas ke x dlm menerima ape shaja y berlaku...
sebab..mulut ckp ikhlas...hati ckp ikhlas..tp pstu..dlm sudut paling jauh kat dlm hati ckp...x ikhlas...mcm mne tue...mcm mne leh brlaku..sebab..syaitan y mghasut..jd nya..kuatkan hati..

lagu nie memang sedih laa...adakah lagu ini mewakili perasaan awk??..sila jwb...

rAy jR...@...Aliff said...

ahakz..nsib bek la aku ni masih seorg jejaka hnsem yg ikhlas...wakakkakaa...adehhh...hehehe

arnamee said...

salam fir, memang lagu sedikit sayu, romantis ;p
erm, ikhlas itu anugerah, tbe2 kita rase demikian pde org itu, insyaallah mereka pun ikhlas, nak buat jahat pun kena ikhlas, bru jadi niat itu,ehehks;p

aZizoL said...

sgt sayu rsnye mlm ni bile dgr lagu ni..

tengku_fir21 said...

tunjuk bintang-->
kalau betul seseorang itu ikhlas mungkin tuhan akan memberi kite peluang untuk rasai keikhlasan dia itu

tengku_fir21 said...

zetty-->
hurmm...mungkin itu jugak sebabnya kita sukar untuk ikhlas



p/s:ya..hahahaha..10 markah

tengku_fir21 said...

ray Jr @ aliff-->
hahahaha...ok...tak perasan pulak ko hencem!!!


p/s:haha lepas nie mak cik-mak cik kat kuantan nak amik ko buat menantu...

tengku_fir21 said...

arnamee-->
huhuhu..sayu ker lagu tue....
betul setuju dengan anem

tengku_fir21 said...

azizol-->
huhu layan perasaan


p/s:baru blk kejer kerr...

AdiE said...

begitu mendalam tajuk entry anda kali nie...

*semakin menyukai lagu dlm blog anda...

tengku_fir21 said...

adie-->
mungkin ya dan mungkin tidak bergantung kepada diri kita sejauh mana kita melihat "ikhlas" itu.


*semakin suka lagu nie...huhuhu..terima kasih

una210 said...

lo0l...
kalau zamanskolah dulu plus muda2 dulu sgt ikhlas wat keje
tp skunk,,,
huxxxx,,T_T

niEna hailani said...

aku pun ada camtu gak....
duit rm1 lama bentuk baju....
ada member bg....

wahhh...
rindunye kt die

tengku_fir21 said...

una210-->
tak per belum terlambat untuk kita cari keikhlasan itu

tengku_fir21 said...

niena hailani-->
huhu..duit singgit bentuk baju..nak tgk...



p/s:rindukan kawan-kawan lama kn..

sI tEDI said...

aku masih tercari2 keihlasan hati aku sendiri dalam memaafkan orang yang menyakitkan..

aZizoL said...

mmg sayu beb..mlm ni..sayu bangat..ni dah sampai tahap sayur dah ni sayunyeerrrr..('-_-)

esok aku keje pagi..jgn cari aku ye..huhuhu

♥z@z@♥ said...

Ikhlas mengikut hati kita x semestinya ikhlas pada pandangan orang lain..cukup sekadar kita tahu sejauh mana ikhlasnya diri kita...

tengku_fir21 said...

si tedi-->
ia sesuatu yanh sukarkan..??? walau kita tahu memberi kemaafan itu umpama rahmat kepada orang lain

tengku_fir21 said...

azizol-->
aaa..lah weih dah sayu hati nie macam sayur kangkung goreng belacan..wakakaka


huh..kejer page ker...mati ler pagi aku

tengku_fir21 said...

z@z@-->
itu ler masalah nyer zaza...klu hati sendiri tak pasti ikhlas ker tak..

eiza in the house.. said...

nice n3...byk fikir bila baca ttg ikhlas nie..moga aku ikhlas dlm semua pekerjaan ku dan kehidupanku amin..

aZizoL said...

tukar lagu????? aaaaa tidakkkk!!!

tengku_fir21 said...

eiza in the house-->
terima kasih...
aku doakan keikhlasan datang untuk kite semua

tengku_fir21 said...

azizol-->
owwwhhhh...
aku ker ko..??
ko kan...hahaa

*weih buhsan pagi2 nie

aZizoL said...

esok aku cuti..huhu..kot.

ko x online ke malam??

xremaja la tido awal..

merahitujambu said...

ikhlas??ssh nk dikatakan pasal ikhlas..papepo ikhlas nk jengok blog kamoo..salam singgah

rAy jR...@...Aliff said...

hahaha..
siot je..ni aku xpuas ati ni..knpa msti setiap posting, de pnutup..:



Terima kasih sudi membaca
Semoga jumpa lagi
Jaga diri anda
Adiosa


cisss..bdget leh dpt hadiah n0bel r..haha

tengku_fir21 said...

azizol-->
hahaha esok cuti..???
esok maner rayer lage
wakaka

tengku_fir21 said...

ray Jr @ aliff-->
hahaha...
nie adalah serangan balas memandangkan tak der bomb;

"bagus dari ko "just me: ray jr @ aliff"

hahahaa...ini nama nyer interpersonal skil;

hans said...

hurm...
tetiba tingat member skolah rendah baca entry ko nih
pelik tul otak aku malam nih
adoi

aZizoL said...

lame ko hilang..

hans said...

eh,thanks sudi blog aku yg entah apa2 tu

cik EPAL said...

ikhlas itu penting ;)

e. indah said...

tenkuFir ...

maaf ya nak tanya ...lagu kat blog ne lagu sepa? plz reply me on my blog....
suka dgr lagu ne~1st tym dgr ...

tengku_fir21 said...

hans-->
huhu
otak itu setiasa bergerak dan pelik itu adalah pemikiran

tengku_fir21 said...

azizol-->
ader jerrr...

tengku_fir21 said...

hans-->
huhuh..sama-sama

tengku_fir21 said...

cik epal-->
betul-betul ikhlas itu penting

tengku_fir21 said...

e.indah-->
owwhh
blh2..ok jer

KizZ said...

Salam,and Hi!!!

Kehadiran kiz kat sini adalah nak mempromote blog sendiri dan menjenguk sesama blog..

Jadi kalau sudi tu datanglah jenguk2 kat blog kami di
www.kizgarden.blogspot.com

Da datang tu jangan lupa jadi follwers kiz juga ya..Dan klik2 nuffnang kami juga,t bagitau kiz and kiz akan balas balik klik2 tu OK..

TERIMA KASIH

日月神教-任我行 said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片