Monday, May 10, 2010

TERHENTI dititik yang SAMA

Isnin datang lagi, dan kita masih diberi peluang untuk bertemu pada hari isnin ini.

Tetiba diwaktu begini, aku terfikir akan kitaran hidup aku yang terhenti pada titik yang sama buat kali keduanya. 

Apa yang harus kita lakukan apabila perjalanan hidup kita terhenti seketika di satu titik yang sama dan kita sendiri tidak pasti untuk berapa lama kita akan terhenti di titik tersebut.

Bagi aku secara individunya,aku akan terus berusaha dalam kondisi yang senantiasa berubah. Untuk bergerak sedikit dari titik itu bagi aku bukanlah suatu perkara yang mudah. Orang lain mungkin melihatnya suatu perkara yang sangat mudah tapi bagi aku ia merupakan cabaran besar namun aku tetap tanpa rasa jemu untuk bergerak walaupun nisbahnya amat kecil.

Kadangkala, aku pun terfikir kenapa takdir aku begitu perlahan dan tidak sama seperti orang lain. Aku faham, aku tahu takdir setiap manusia itu berbeza-beza tapi...entahlah mungkin sudah tertulis perjalanan hidup aku untuk mengecapi impian adalah perlahan. Aku tidak pernah menyesal. Mungkin ada perkara yang patut aku selesaikan dahulu.

Jujur aku cakap, aku tidak tahu apa aku perlu lakukan lagi untuk menghampiri impian seperti orang lain.Adakah aku meletak impian yang terlalu tinggi? Aku rasa tidak, sama sahaja seperti kawan-kawan yang lain. 

Sejauh manakah ketabahan hati

Menempuhi dunia

Hidupku berombak

Mengapa...dunia ini begini
Ku cuma manusia biasa
Yang hanya inginkan hidup
Seperti yang lain

Mengapa harus begini

Sejak hari itu hatiku terluka

Namun ku sembunyi
Oh Tuhan...
Tunjukkanlah jalanMu
Padaku untuk bahagia
Selamanya
Kuatkanlah diri menjalani semua ini

p/s:nota peribadi;
*dunia aku terputus bekalan elektrik..kelam jer rase.
**apakah syarat-syarat untuk menubuhkan suruhanjaya diraja?
***dimanakah "tembakan amaran" ketika berhadapan kecemasan!
****aku "sebagai teman"?




21 comments:

sI tEDI said...

Allah pasti sedang merencana sesuatu buat kamu!

Chem5007 said...

skew lagu tu..sebagai teman..CTKD...

una210 said...

ohoho,,kamu tulis 4 perkataan TITIK dalam entry nih,,^_^..hee~~
berenti di titik yang sama?..
bukan kamu berenti..
penah dengar pasal.."the real university is the real world" n kamu bukan berenti,,tp sedang repeat course itu,,
gotta move on!,,chaiyookk..^_^

k.A said...

keep moving on.

zetty said...

TERUSKAN BERJALAN DIHARI-HARI INDAH INI...
jgn pernah berhenti....setiap y kite lalui pasti ada sesuatu disebaliknya...sentiasa bergembbira..jgn berhenti berharap...(mcm tajuk lgu jerr)..lalaala

i'm shin... i'm inesen said...

chaiyoooooooookkk!

tengku_fir21 said...

to:si tedi
Yer..Hanya tunggu masa untuk ketahuinya...
terima kasih

tengku_fir21 said...

to:chem 5007
saya suka liriknya...ada erti sahabat di situ

tengku_fir21 said...

to:una 210
yer..saya pernah dengar pepatah tersebut,saya ulangi kursus yang sama tapi dalam nafas yang berbeza.

tengku_fir21 said...

to:k.a.
Thanks k.a.
tetiba nk dgr lagu "the climb" bila ko ckp mcm tue

tengku_fir21 said...

to:zetty
saya tak akan berhenti...

tengku_fir21 said...

to:i'm shin...i'm inesen
baiklah shin..mari berusaha bersama-sama

AkU said...

pok cik..aku windu ko...muackkksss...
nge...~

tengku_fir21 said...

to:aku
huh..saya pun rindu tok wan...

n@m@n said...

yang ada pada kita adalah terbaik walaupun kadangkala kita tak boleh menerimanya ;)

tengku_fir21 said...

to:naman
owwhh...saya setuju dengan cekgu...
selamat hari guru

hans said...

wah
betul juga tu

p/s: sorry lama xsinggah...aku skrg tak sihat sangat lah

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

kau pernah dgr teori wormhole?tahu bagaimana dua titik yang berjauhan ditemukan dalam satu masa?ok kalau xtahu pegi check bila dah tahu applykan!

tengku_fir21 said...

to:hans
betulkan...

tengku_fir21 said...

to:razi
pernah dengar...belajar dalam buku fizik.ia mengenai spacetime... :p

AkU said...

nenek mne??