Tuesday, August 24, 2010

Tiada Yang Istimewa Tapi Masih Bererti

Salam ramadhan untuk anda semua,

Maaf kerana sudah lama tidak post entri terbaru disini. (macamlah ada orang kisah, aku update atau tak!). Kita sudah masuk 2 minggu berpuasa, kalau aku tidak salah hitung.

Pada hari minggu yang lepas aku telah sambut ulangtahun kelahiran aku untuk tahun ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang hantarkan ucapan melalui facebook, e-mail dan khidmat pesanan ringkas, aku sangat-sangat menghargai dan senang dengan setiap ucapan yang aku terima. 

Untuk tahun ini tiada sambutan ataupun acara istimewa seperti yang sudah-sudah. Tahun ini juga tiada hadiah yang diterima. Pendek kata, aku tidak meraikan ulangtahun kali ini samaada secara duniawi atau rohani.

Tapi dalam-dalam banyak ucapan yang aku terima ada 1 yang mampu buat aku tersenyum;

"arini besday ko kan...baru termimpi tadi...hepi besday!"

Apa-apapun, usia sudah bertambah 1 angka lagi, Masih banyak benda yang belum dicapai dan masih belum tercapai. Beberapa perancangan yang diatur juga tergendala di dalam planner  sahaja kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Cinta. Untuk tahun ini masih lagi single dan available. Aku memang tidak fikir sangat tentang cinta sebab bagi aku ada perkara yang lebih penting perlu aku uruskan.

Wang. Syukur kepada tuhan, bekalan kewangan masih tidak putus.

Kerja. Masih mencari yang sesuai. Aku tidak akan berhenti mencari sehingga aku ketemui apa yang aku ingin dan hajati.

Sebagai kesimpulan, memang tiada yang istimewa untuk ulang tahun kelahiran pada kali ini, tapi aku gembira kerana masih ada yang ingat birthday aku. Itupun sudah memadai bagi aku. Terima kasih aku ucapkan sekali lagi.


p/s ringkas:
*begitu suka lagu "akan ku jumpa"...gilerlah...

12 comments:

ajid said...

ooh, happy belated bday la=p

bnyk2 kmpul duit pstu msti cinta dtg. haha

pizlimw said...

Happy Belated Birthday, kalau tau boleh bagi kek satu slice.. Hehe..

zetty said...

HAPPY BELATED BUZDAY untuk awk....
moga panjang umur n dimurahkan rezeki....sebentar lagi dtg lah cinta....
cinta sy dah dtg....bace laa blog sy ok....hehehe....

NUke_Rude said...

ala.. happy belated birthday bro!

moga pjg umo, murah rezki & dpt isteri2 yg baik! haha.

Afir said...

slamat hari jadi, smoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezki..huhuhhuhuhu..

dh tua dh ko ...hahhaah

una210 said...

sy x tahu besday kamu minggu lepas,,
happy belated birthday,,^_^

tengku_fir21 said...

to: ajid
thank you...
hahaha kumpul duit byk2 utk pergi korea weih...

tengku_fir21 said...

to: pizlimw
ouwhh yer kerr...9ruginya)
thank you

tengku_fir21 said...

to: zetty
terima kasih,atas doa anda

tengku_fir21 said...

to; amir
thank you...
isteri2 yang baik..hahaha..tak mampu kot...

tengku_fir21 said...

to: afir
terima kasih..
belum tua lage..,baru masuk remaja

tengku_fir21 said...

to: una 210
terima kasih...tk per..ucapan anda sudah memadai...