Sunday, August 29, 2010

Hijrahku Ramadhan

"aku nak keluar dari hostel lah."

Itu luahan hati Mil suatu ketika dulu. Sehingga ke hari ini, aku masih ingat setiap butir kata yang keluar dari mulut Mil.  
Semuanya berlaku dengan pantas. Jika dilihat keadaan Mil saat ini dia masih begitu namun aku kagum dengan Mil, dia sentiasa berazam untuk berubah dan dia tidak pernah untuk cuba berhenti untuk berusaha.

Jika disusuri semula rentetan mengapa Mil putuskan untuk pindah hostel mudah sahaja, dia sudah tidak tahan untuk hidup dalam keadaan begitu dengan roomate tersayang dia. Pada awalnya aku cuba bertanya kepada Mil sendiri, apa yang terjadi antara mereka tapi Mil tidak mahu berkongsi dan aku pulak tidak mendesak untuk tahu.

Akhirnya, Mil keluar dari hostel dan dia fikir itu adalah keputusan terbesar yang dia buat. Hubungan yang terjalin dengan roomate terputus begitu sahaja. Andai berselisih bahu di simpang jalan pun sudah tidak bertegur sapa. Aku sedikit hairan, dalam hati ada juga perasaan ingin tahu tapi aku diamkan sahaja kehendak itu, kerana pada hemat aku itu masalah Mil dengan roomate dia, baik aku jangan ikut campur.

Namun.., suatu hari sebelum Mil tinggalkan hostel, dia ada tulis nota ringkas untuk aku.

"sorry.., aku bukan tak nak share apa yang terjadi antara aku dengan roomate aku dekat ko
tapi ia sesuatu yang diluar dugaan aku. 
Jadi untuk selamatkan diri aku dan dia, aku decide untuk keluar dari hostel. 
Ini hijrah aku untuk ramadhan kali ini. 
Ini perjuangan aku untuk merdeka kali ini."

nota penting;
Ramadhan bukan hanya satu peperangan tetapi satu penghijrahan diri kita secara rohani dan etiket untuk menjadi manusia yang lebih baik.

p/s penting:
*ogos hampir berlalu...hati kembali tenang
**mil..,thank q sbb ajar aku ramadhan itu lebih dari peperangan jiwa
***selamat ulang tahun kelahiran kepada anak-anak merdeka amar dan fiq
****sedang makan kuih raya buatan mak!


9 comments:

fahruzzaman.Ismail said...

mungkin sesuatu yg amat besar...
terfikir utk mengetahui juga apa yg terjadi!

hmmmm....

senandung semalam said...

stju ngan fahruzzaman...
;)

Afir said...

hijrah dan perjuangan itu boleh dilakukan spjg masa, tinggal kemahuaan kita jer utk berhijrah atau tidak..tp x dinafikan bulan2 baik macam bulan ramadhan ni menambahkan kekuatan n azam utk berhijrah

moga hijrah kawan mu tu mmbawa pada bnde yg lbih baik..Insyallah

AdiE said...

bestnye mkn kuih buatan mak..
lame x rase kuih buatan mak...
tlg poskn ye..TQ...

Eamat Eusoff said...

citer tergantong la....cam BEST jer citer ni. ABISKAN la story ni plz,huhuhu....

hans said...

moga beliau betul2 berhijrah

P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

Tunjuk Bintang said...

hijrah itu satu pengorbanan, dan ramadhan itu penuh seribu satu rasa. merdeka itu bukan sahaja satu perjuangan...

walau apapun alasan dia, biarlah hatinya puas dek kptsan itu!

hans said...

raya mana tahun nih?

P/S : Aku Maluuu

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang singgah berbuka
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..
Joommmm balik kampung kita berhari raya... Pesanan kami berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang kekampung halaman... ingat orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda...

eeeemmmmm dah ketentuan kena pindah nak wat camner