Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan Sebelum Syawal

Salam Sejahtera..,


Bagaimana keadaan kalian semua di penghujung ramadhan pada tahun ini? Aku berada dalam keadaan baik. 


Ramadhan kali ini memang mencabar bagi diri aku sendiri. Memang ia bermula dengan baik dan sempurna pada mata aku tetapi , jujur ia  berbeza tidak seperti tahun-tahun yang lalu di penghujungnya. Ramadhan kali ini juga penuh dengan cacat-cela dari segala segi. Entah dimana silapnya. Secara tanpa sedar aku protes dan memberontak atas apa yang terjadi kepada aku. 


"Aku harap aku dapat bertemu ramadhan lagi pada tahun depan kerana aku belum  mencintai ramadhan sepenuh jiwa, aku belum serahkan sepenuh diri aku pada ramadhan."


Syawal datang lagi dan syawal akan terus datang walaupun aku sudah tiada atau sudah tidak mempunyai daya untuk meraikan syawal. Apa yang pasti syawal tahun ini amat sederhana tiada yang membazir cuma pada hari pertama InsyaAllah senarai  menu hidangan sangatlah panjang kerana pada pada hari raya pertama keluarga aku memang sibuk melayan sanak- saudara, rakan-taulan dan jiran tetangga yang datang menziarah.Sehingga hari ini jadual untuk bulan syawal sudah mula dipenuhi dengan dengan aktiviti rumah terbuka walaupun masih awal tetapi undangan telah sampai di telinga aku.


"Aku harapkan syawal kali ini memberi seribu erti kepada aku, aku harapkan syawal memberi satu sinar baru kepada aku."



nota penting:
Sebelum bertemu syawal kita akan berjumpa ramadhan. Oleh itu diharapkan segala kebaikkan yang kita lakukan di bulan ramadhan diterima tuhan dan akan berterusan sehingga ke akhir nafas. Aku doakan kita akan diberi kesempatan bertemu ramadhan yang akan datang. Raikan syawal dengan riang dan amalkan sifat wasatiah. Syawal mengajar kita untuk menjadi 'kerdil' di kalangan manusia kerana kita akan saling memohon maaf di atas segala kesalahan dan keterlanjuran yang telah kita lakukan ke atas orang lain.

p/s penting;
* aku ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan yang membaca blog ini
**makan secara baik di hari raya nanti, pastikan anda tahu apa yang anda makan
***kepada mereka yang pulang ke kampung halaman pandu dengan berhemah
****pastikan anda tahu ke mana setiap sen yang anda keluarkan dari poket sebab gaji lambat lagi.
*****maaf, aku belum sempat nak respon komen entry 'Hijrahku Ramadhan" (akan diusahakan)
******aku sekali lagi dengan rendah hati memohon maaf jika terdapat keterlanjuran kata ketika aku komen entry korang semua



8 comments:

fahruzzaman.Ismail said...
This comment has been removed by the author.
fahruzzaman.Ismail said...

salam syawal dr aku buat kamu dan kluarga......

smoga smuanya indah2 blaka..

e. indah said...

salam rayer Fir ... ;)

Afir said...

SLAMAT HARI RAYE

hamzah ian said...

raya!!!

merahitujambu said...

raya jemput ke rumah

Tunjuk Bintang said...

selamat Hari MALAYSIA dan masih berkesempatan untuk mengucapkan salam lebaran, salam aidilfitri. Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Unknown said...

kepada..semua selamat hari raya...hahaha


*kira aci yer reply utk semua dlm 1 entry =)