Selamat hari Selasa..,
Sudah 4 hari pembentangan belanjawan 2011 berlalu, namun cakap-cakap mengenai bajet yang dicadangkan masih kedengaran dimana-mana jua. Ia dikupas oleh mereka yang arif dalam bidang ekonomi sehingga mereka yang berkelulusan SPM melalui pemahaman dan perspektif mereka sendiri.
Terdapat 3 perkara yang menarik minat aku untuk bajet kali ini. Ada cadangan yang perlu dibaca secara paradok dan menuntut kita untuk berfikir dan membuat keputusan secara pembandingan.
1.Cuti bersalin maksimum 90 hari
Jika diamati perberian kelulusan cuti bersalin selama 90 hari adalah sesuatu yang baik. Ia bukan bersifat mandatori tetapi sebagai pilihan. Ini bermaksud penjawat awam boleh bercuti minimum 60 hari atau maksimum 90 hari. Tetapi waspada kepada golongan wanita, cuti keseluruhan adalah 300 hari. Jika anda mengambil 90 hari bagi setiap kali anda ingin melahirkan anak ini bermakna anda hanya layak untuk menikmati cuti bersalin bergaji selama 3 kali sahaja.
Dengan kiraan mudah dan andaian anda melahirkan anak pertama pada Januari 2011
90 hari cuti bersalin x 3 = 270 hari (baki cuti bersalin 30 hari)
Jika anda mengambil cuti 60 hari bagi setiap kelahiran anak
60 hari cuti bersalin x 5 = 300 hari ( tiada baki tetapi anda mendapat 5 orang anak)
2.Program “Rumah Pertamaku”
Ini merupakan ‘ganjaran’ paling besar kepada golongan eksekutif muda yang bekerja di sektor awam mahupun swasta. Pembelian rumah oleh golongan muda tanpa memerlukan merek membayar sebanyak 10 % merupakan 1 rangsangan ekonomi yang cukup bijak dilakukan kerajaan. Namun pada pembentangan lepas, program ini tidak diterangkankan dengar ‘persekitaran yang jelas. Iaitu syarat-syarat kelayakkan tidak dinyatakan dengan jelas.
Sebagai contoh, jika seseorang itu telah bekerja lama disesebuah organisasi tapi sudah berumur layakkah dia menikmati skim ini? Julat umur tidak dinyatakan ketika idea ini dicadangkan. Skim ini juga perlu mempertimbangkan beberapa perkara seperti taraf pendidikan pemohon, jika seorang itu merupakan graduan berkelulusan dalam bidang kejuruteraan gaji bagi tempoh awal pekerjaan adalah RM 2000.00 hingga RM 3000.00 jadi bolehkan mereka ini memohon kerana pada masa hadapan (dalam anggaran 2 tahun) mereka akan menikmati pendapatan melebihi RM 3000.00?
3.Pelupusan duti import ke atas barangan berjenama antarabangsa
Pemansuhan 5%- 30% duti import ke atas barangan pelancongan dan barangan kegunaan harian merupakan suatu langkah yang wajar. Dalam meliberalisasikan ekonomi dan sektor runcit supaya lebih berdaya saing. Strategi serampang 2 mata ini digunakan untuk memberi cabaran kepada pengeluar produk tempatan supaya lebih inovatif dan produktif. Pengumuman ini sudah tentu megembirakan golongan muda Malaysia kerana golongan ini gemarkan barangan yang berkualiti dan berjenama antarabangsa. Tipulah jika anda mempunyai kemampuan untuk membeli pewangi dari jenama terkemuka luar negara seperti Polo, Lancome dan sebagainya tetapi tidak mahu ambil peluang untuk membeli barangan tersebut dengan harga yang ‘rendah’ sedikit.
18 comments:
Cuti bersalin 90 hari aku suka sebab dia bagi limit.
Aku harap duti import tu termasuk video game console supaya cita-cia nak beli PS3 tercapai hehe..
yeah..kupasan yg baek!
i love the 2nd n excited about the 3rd...
http://danieldeadie.blogspot.com/
wah! ini entry yang mcm serius skit pnah aku baca kat blog ni. hahahaha.!
syabas!
waa...memang list betul ni
program rumah pertamaku mmg bagus. tapi kesan jangka panjangnya pula, merasalah nak hutang banyak-banyak (dan makan masa nak bayar)
entri yg bagus. 3 perkara nie ada rasionalnya terhadap naik atau turunnya ekonomi sesebuah institusi..
info info..thnx
to pizlimw :
hahaha.. permainan maya macam tak termasuk jer...sorry for you...
to adie :
hahaha.. the 3rd you blh lar nikmati but for the second you not..hahaha
to nuke:
hahaha 'mcm serius sikit' hahaha..terima kasih
ini bukan entry berunsur serius pertama aku..hahaha
to merah itu jambu :
yang perlu kita nimkati pada tahun depan
to the blabber :
haha..pinjaman perumah mmg panjang..tapi tk ler mcm pnjam dgn govermentnk melangkau 2 keturunan
to naz :
iyer..harap2 ia mampu membantu mereka yg patut dibantu
to ijoy :
sama-sama..info nie terlalu kecil sajer
pakar ekonomi woo~~mantap..hak3..
erkkk..knapa msti jurutera jgak jdik ecxample??...sayer juger nak rumah pertama sayee.....kakakaka
yups.. yg penting rakyat juga kena bijak rebut peluang yg disediakan.. :)
to ray jr :
hahaha..saja nak cakap jurutera tu dah kaya..hahaa
to naz :
betul itu..
Post a Comment