Thursday, October 14, 2010

-Bila call BUSY! Penatlah nak REDIAL banyak kali-

Selamat Petang kepada semua...
     
   Jam di dinding sudah pukul 11.00 pagi. Aku on komputer dengan harapan dapat update blog. Setelah sistem komputer berfungsi aku play lagu “ Kotak Hati” sambil menikmati sebotol air mineral.

   Sambil mengoyangkan kepala mengikut rentak lagu, aku klik KONEK dekat ikon penyedia perkhidmatan internet yang aku langgan. Lampu pun berkelip-kelip seperti lampu raya yang berkelip dalam kondisi ruang yang suram.

   Setelah lebih kurang 10 minit menunggu, internet tak masuk lagi. Lampu pula tak berhenti-henti berkelip. Hati sudah sedikit panas sebab ada beberapa urusan rasmi yang belum diselesaikan.

   Lalu, aku bangun capai telefon dan dail 1-300-***-123. Ikut arahan suara yang diberi kemudian tekan butang 3 dan terdengarlah suara awek lewat 20-an berkata “pegawai perkhidmatan pelanggan kami masih sibuk, kami akan melayan anda secepat mungkin”. Sementara “iman” masih tebal aku isi masa lapang dengar iklan yang sarat dengan informasi tanpa henti.

10 minit berlalu, aku masih tunggu seseorang untuk layan aku yang kesunyian di hujung talian.

15 minit berlalu, aku masih setia tunggu seseorang yang sudi layan aku yang sudah mula mengantuk.

20 minit berlalu, aku matikan talian sebab cerek sedang menjerit dengan nyaring di dapur.

Aku call balik nombor tadi dan terus tekan no 3 tanpa mendengar arahan dengan sempurna kali ini.

30 minit berlalu, “pegawai perkhidmatan kami masih sibuk, kami akan melayan anda secepat mungkin.”

   Malas nak tunggu sebab “iman” dah nak habis. Nanti dah top-up aku akan call balik. Aku taip entry ini dalam word. Sehingga saat ini, aku masih klik butang redial di window dengan harapan internet akan masuk ke komputer aku.

Harapan tinggal harapan.


P/s:
Kalau korang boleh cakap dengan pegawai syarikat tersebut, aku TABIK dekat korang.

Inikah yang dikatakan pelan jalur lebar negara? 

nota penting: internet aku pulih pada jam 3.30 minit petang

10 comments:

nurkaloi said...

sebelum ko tabik org len
aku tabik ko dulu
coz
memang tebal iman ko
menungu dan terus menunggu dgn harapan yg menggunung...huhu

CIKGU NAMAN said...

aku jugak tabik..hehe


kalau aku dah letak, pergi main bola, tak pun makan nasik

fahruzzaman.Ismail said...

tersenyum!!

susunan ayat kamu dh berubah...hehe

Unknown said...

to nurkaloi: hahaha...cepat tabik aku..

Unknown said...

to naman : haha..ikut hati mmg nk buat mcm tue tapi memandangkan internet sangat penting..kena sabar juga..

nurkaloi said...

haikk....wee~~ hahaha

Unknown said...

to fahruzzaman : hehe..perasaan ehh..tak tahu kenapa ia berubah mungkin terpengaruh dengan blog santai orang lain.

syaf said...

aku akan bercakap dengan beliau kelak

syaf said...

aku akan bercakap dengan beliau kelak

Unknown said...

to syaf : yeyeye..ko cakap jugak akhirnya..nie aku suke ko nie..hahaha