Friday, October 29, 2010

" Lelaki Harum sundal Malam"

Salam 1 Malaysia..,

Hari ini sudah 29hb Oktober 2010, November sudah semakin dekat. Tidak mengapa biarkan November hadir kerana walauapapun terjadi kepada dunia November tetap muncul.

Semenjak akhir-akhir ini, bukanlah tapi malam kelmarin.Aku rasa orang sekeliling berkata tentang diri aku.

“semalam datang dengan orang lain , hari nie datang dengan orang lain pulak”

“semalam kereta hitam datang jemput dekat rumah hari nie kereta warna putih”

"pergh..wangi-wangi nak keluar dating dengan sape?"

"weih..jumpa skandal ker?"

"ko nak keluar lepak dengan saper pulak nie?"

"ko nak pergi makan dengan saper pulak?dekat maner? nak ikut boleh?"

Itulah antara ayat-ayat contoh yang  keluar dari mulut mereka.

Kawan-kawan cakap aku nie macam ‘escort man’. Tahu tak apa itu escort man? Kalau tak tahu mari aku berkongsi sedikit tentang escort man. Escort man ini merupakan suatu pekerjaan yang 'baik' pada mulanya tetapi bila terdapat segelintir individu yang ingin 'extra' pekerjaan ini terus dipandang hina. Kerja escort man ini ialah bertindak sebagai peneman kepada seseorang dan mereka dibayar mengikut upah yang dipersetujui bersama. Selalunya escort man nie di'sewa' untuk menemani penyewa untuk membeli-belah atau bersiar-siar.Ok itu saja aku tahu.

Kenapa aku dikatakan escort man? Semuanya bermula apabila aku keluar makan-makan di Secret Recipe dengan Suraya kemudian di ikuti Shira kemudian beralih pula Kay dalam tempoh 1 minggu. di  cawangan kafe yang sama. Dan minggu berikutnya ada orang nampak aku meneman K-rul membeli-belah baju  sempena sale Deepavali dan beberapa hari lepas mereka nampak aku bersama  Johan di Public Bank.

Kekadang aku fikir jugak, aku ni escort man ke? Orang ajak keluar saja aku o. 
Aku cuma coffee boy menemani orang berbual dan berbincang mengenai bisnes bukannya escort man

15 comments:

pizli.mw said...

Mintakla upah dari diaorang haha..`

fahruzzaman.Ismail said...

BETOL!
mintak upah...kompom pas ni xda yg nk kwn.hehehe
biasala...
ada sesetgh kwn yg nk kita selalu dkt dgn dorg.

ZaidFirman said...

SUKA

suka post ni

farhana said...

Anggap lah kamu sbg escort man yg baik hehehe

Seri said...

masa belajar dulu orang lain ajak teman ok saja. sambil teman kawan dapat berjalan sekali

Anonymous said...

ala..biasa la nama pun manusia..bkn semuanya kita blh puaskan hati diaorg..sabar je la..pekakkan telinga..klu dilayan ckp diaorg makin skt hati kita..

Adam said...

nak jadi escortman jugak~~~

Unknown said...

to : pizlmw
itu ler ikut hati nak caj ikut jam..haha ingt siti jer ker blh caj ikut jam..hahaha

Unknown said...

to: fahruzzaman ismail
yang baik kite teruskan..hohoho

Unknown said...

to; enchik seseorang
tq..sebab suka..

Unknown said...

to: farhana
hoho..saya memang baik kot..hahaha

Unknown said...

to: seri
betul-betul..masa study best kan..jalan dengan kawan..berdua pun tk kecoh

Unknown said...

to; anonymous
huhu..takper kita bewrfikir positif dan anggap ia gurauan manja

Unknown said...

to: adam
jom..kita buat bisnes..hahaha

MISS A said...

janji you enjoy *chill