Selamat hujung minggu Malaysia..,
Hari ini merupakan hari minggu jadi banyaklah rancangan bercorak hiburan khususnya siri animasi atau lebih popular dikenali dengan kartun ditayangkan di peti telvisyen pada pagi ini.
Sepanjang umur hidup aku ni,aku banyak luangkan masa menonton tv terutama ketika zaman kanak-kanak. Dan antara kartun yang paling aku minat dulu ialah;Ultraman (semua jenis ultraman),Gaban, Flashman, Maskman, Suria Belalang Hitam (kot), Cyber Cops, Power Ranger, dan Doremon.
Ketika ini kartun buatan Malaysia belum ‘boom’ lagi. Tetapi ketika aku sekolah dulu ada 1 rancangan kartun yang betul-betul jadi ‘hit’ iaitu Kampung Boy. Selepas itu beberapa animasi tempatan mula menjadi tumpuan iaitu;Usop Sontorian, Kluang Man, Kacang, Pencuri Baghdad, Abang Sidiq,Wira, dan sekarang yang paling terkenal Upin dan Ipin yang menjadi kegilaan di beberapa negara asean serantau seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
Namun jika diamati semula, ketika ini produksi dari Eropah dan Amerika sudah kurang keluar dengan kartun-kartun aksi atau adventure untuk siaran televisyen. Mereka lebih banyak menerbitkan siri animasi 2D atau 3D yang bercorak pendidikan seperti Wonder Pets, Dora The Explorer, Go Diego Go. Ini antara siri animasi televisyen kanak-kanak yang betul-betul mendapat tempat dihati kanak-kanak dan ibubapa. Siri ini diterbitkan dalam konsep interaktif dan ia disasarkan kepada kanak-kanak berusia 1- 6 tahun.
Rancangan yang berbentuk begini memberi pengetahuan asas dalam skop antarabangsa yang cukup penting kepada kanak-kanak dan bukan lagi berasaskan fantasi semata-mata yang mungkin menjana kreativiti dengan menggunakan kemahiran imaginisasi. Disamping itu, elemen musik yang diselitkan juga menghiburkan kanak-kanak.
Jadi, aku terfikir bila pula kita akan memiliki kartun seperti ini. Dulu kita ada rancangan berbentuk sebegini dengan meminjam konsep The Sesame Streets dan Barney and Friend’s. Rancangan itu diberi nama ‘ ALONG’. Tetapi entah dimana silapnya rancangan tersebut gagal dalam mengukuhkan jenama mereka pada tahun kedua. (korang pun boleh agak kenapa program tu gagal).
p/s:
* kalau aku ada anak, aku suruh diaorang tengok wonder pets,
**Malaysia Boleh! Kita akan ada kartun bercorak pendidikan kita sendiri nanti.
***spongebob pun best tau. pocoyo lagi best
**** respon yang telah dititipkan pada entry lepas akan aku balas secepat mungkin
20 comments:
suke2!
wah..lame menyepi...lame dh x update new entry...
~ DanieL AdiE ~
vote utk pocoyo. comel la pocoyo tu. ehehe.
ape yang penting,KERJASAMA!
hiks,:)
ayatnya nampak sedih skrg..
ke intonasi aku yg sedih!!
tp pe pun aku giler peminat setia thundercat.
sampai skrg aku simpan pedang thundercat zaman bdk2 aku dulu...
hehehe...
hahah.
dulu aku slalu gak tgk ALONG. Tapi aku suka lagi watak ANGAH. sebab dia lg smart n ade belang2..
aku tgok gak kluang man dulu2..hahaha
KARTUN YG TAK SENONOH : FAMILY GUY..
KARTUN YG AKU SUKE : THE SIMPSONNNNN ! HAHA
wah aku tgk sume jenis kartun lam senarai ko tu..dr uktraman sampai la sang wira..tp sampai skunk masih peminat setia power rangers n flashman..hahah..buleh?
klu kartun Along teringt cik Siti sifir..1 x 1 , 1!!hahha..ade lagu lg..
skung pown ade gak katun2 yg akus uke layan macam naruto...he3, kalu katon lawan nih aku minat sikit tp x suke kalu jenis yg merapek rapek
to: lelaki ini
hahaha..suke ehh..sila ulang baca...hahaa
*tq sbb suke
to : adie
hahaha..sedang sibuk dengan kesibukkan yang dicipta
to :oshinz da senorita
yes..hahaha..pocoyo COMEL..time ketawa tu lage comel
to: una210
hahaa..aper yang penting co-operation..blh...
to: fahruzaman
ermm...sedih dlm ketawa
*wah ader pendang tundercat..tunder2 tundercat..hahaha
to : nuke_rude
ouwhh along tk der belang ker..hahaha
to ; iyllienaz
kluang man...best tue terutama episod putus cinta tue..
to:si lampu neon
yeahh..the simpsons best tapi dekat malaysia mcm kureng popular jer
to :afir
haha..power ranger mmg best tapi masa musim2 awal jer tapi yg movie tu pun best ader power ranger putih..hahaha
to; syaf
hahaha..naruto shippuden..hahaha tapi aku suke seisuke..hahaha
Post a Comment