Monday, December 20, 2010

Cerita Lebuhraya PLUS

Salam Sejahtera..,
Apa khabar kawan-kawan semua..?
Sudahkah menikmati hidangan tengahari..?

Aku sedang menikmati keropok pedas untuk menghangatkan badan.Kita semua mesti pernah menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Di sepanjang lebuhraya itu kita dapat saksikan pelbagai kerenah pemandu kenderaan terutamanya kereta.
Antara banyak-banyak gelagat yang pernah aku tengok dekat PLUS ialah;

1.Parking kereta dekat petak bus, lepas tu bila bus block kereta dia, marah driver bus.

2.Kemudian mesti kita akan berjumpa pemandu yang parking kereta di bahu jalan di kawasan R&R bila ada kenderaan lain bunyikan hon, dia dengan mulut terkumat-kamit mengalihkan kereta dia.

3.Ada pemandu yang suka meludah ketika memandu.

4. Pemandu yang memandu Model Kancil, Viva, dan sewaktunya dengan laju seperi kereta berenjin 2.0 L

Ini antara yang kerap aku nampak, kekadang aku terfikir sejauh mana kita bertolenrasi di atas jalan raya, sejauh mana kita boleh kompromi dengan pengguna lebuhraya yang lain. Jika memandu dengan keadaan begitu di Eropah, sudah tentu pemandu lain akan pandang ita seperti 'alien'.

Inilah uniknya Malaysia.
1 Malaysia 1 Lebuhraya untuk semua, bukan laungan retorik cuma tidak dapat lihat sihat manusia berminda kelas pertama secara menyeluruh.


nota penting: respon anda pada entry lepas akan direply nanti.Sabar yer..
Selamat bekerja

2 comments:

DanieL AdiE said...

yup2..

stuju!

1 MALAYSIA!

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/keras-kaku.html

Mrs Nurul said...

BERHATI HT DI JALANRAYA..BACA DOA, SEMOGA SELAMAT TIBA.