Tuesday, January 25, 2011

Apa Dosa KHURAFAT?

   Ermm...sudah lama jari tak memetik papan kekunci ini..Last post adalah pada 16 haribulan yang lalu. Pada hari minggu yang lepas, aku dengan kawan-kawan telah meluangkan masa untuk menonton filem 'Khurafat'. Memilih seat ditengah antara 'cewek-cewek' memang itu strategi utama tetapi ia tidak berkesan.Sebelum tonton secara langsung di layar perak, aku ada review beberapa blog dan ada seorang blogger itu menyatakan kekaguman dia ketika preview Khurafat.Dan, sekarang aku hendak kongsikan "dosa-dosa filem khurafat". Aku bahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian 1

   Di awal filem ini, para  menonton akan dapat lihat kerja kamera yang tidak kemas iaitu dimana ada scene yang mana 'Johan' berdiri tegak tetapi kameranya bergerak ke kiri dan kanan.Kemudian kita akan lihat Imam yang sangat 'hebat' kerana watak imam digambarkan seorang yang cukup berani dan tidak ada perasaan takut mahupun panic!Dan yang paling penting imam tersebut tahu dimana ada makhluk halus tersebut ditanam dalam masa yang singkat.

Bahagian 2

   Dalam bahagian kedua ini, kita dapat lihat beberapa perkara yang pada kesimpulan aku ianya tidak sempurna.Watak mak cik cleaner itu pada awal memang misteri namun bila misteri itu terbongkar ia menjadi bahan ketawa dalam panggung disebabkan gambar Shamsul Yusof yang nerd. Dan ia diteruskan lagi apabila mak cik tersebut tahu ada sesuatu yang menganggu kehidupan Johan dan isterinya.Tidak logik!Siapa mak cik itu untuk tahu?Macamana mak cik tersebut boleh tahu?

   Watak 'Anna' merupakan pengerak cerita ketika awalnya namun disebabkan sentuhan Shamsul yang tidak menjadi watak tersebut tidak menjadi psiko seperti watak Nasha Aziz dalam filem Trauma. Tidak ada 1 scene yang membuat Anna kelihatan misteri jadi sudah tentulah dia tidak menjadi psiko.Dialog di tengah-tengah cerita in juga kelihatan bercanggah. Ia boleh dilihat pada scene ketika Johan bercerita kepada kawan dia mengenai masalah yagn menghantui dia dan isterinya.

Bahagian 3

    Aku hanya kagum pada babak flashback itu sahaja! Kemunculan hantu sedikit pun tidak mengejutkan atau menakutkan aku. Watak Johan juga seorang yang cool apabila dia tidak pernah menjerit walaupun nampak hantu :) Itu belum lagi kejanggalan situasi dalam bilik mayat yang mana penonton dapat saksikan bekalan elektrik terputus sebab gangguan tapi Johan boleh berusaha untuk switch on lampu lagi.

with love
tengku fir

p/s:
*naskah ini ader cerita tanpa jiwa
**tidak semua manusia sempat bertaubat

nota penting;
siapa tidak setuju tidak mengapa, saya cadangkan anda untuk ambil kursus sains sosial dan film appreciation course mahupun psychology. 




19 comments:

mr.k_boy said...

em... ringkasan yg mantap...aku main tgk je... tak plak aku perhatikan semua tu..hahha

chenta said...

tak tengok lagi,huhh!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

saya kos sains sosial dan terfikir apa kena mengena plak kos ni dengan rasa setuju atau tak setuju??

DanieL AdiE said...

ala..x tgk lg..

senandung semalam said...

hantu muncul je aku terus tutup mate...
hahahahhaa

zetty said...

lame dah xdtg blog nie....windu...hihihihi.....sy lom tgk lg filem tue...padahal...pawagam depan umah jerrr....huhuhu...x berkesempatan....

NUke_Rude said...

hahah. so, lpas ni aku dah takde rasa nak tgk da...

e. indah said...

wahhh pengkritik filem dah mari ne ... ; p

zixol said...

aku plak da xde mud untuk menonton

tengku_fir21 said...

to: mr k_boy
haha..tk per..itu lbh bagus dari berfikir tentang filem tersebut ;)

tengku_fir21 said...

to: chenta
tontonlah..sokong industri filem tempatan:)

tengku_fir21 said...

to: gadis separa kampung
salah satu kayu pengukur filem yg baik ialah kritikan sosial..subjek sains sosial membantu seseorng utk tahu aper itu kritikan sosial

tengku_fir21 said...

to: daniel adie
nk tgk ker..?nanti mejerit taku pulak dlm pawagam..nk peluk saper..??ahahaha

tengku_fir21 said...

to: senandung semalam
huhu..ini betul-betul takut nie..

tengku_fir21 said...

to: zetty
tak per nanti main dekat astro.. hoho..jimat duit..

tengku_fir21 said...

to: nuke_rude
Tahniah..jangan lah tonton..

tengku_fir21 said...

to ; e.indah
tak lah pengkritik sangat pun

tengku_fir21 said...

to: zixol
tk per jgn paksa diri utk tonton..filem utk relaks

W. Hidney said...

tak tengok lagi khurafat