Sunday, February 27, 2011

Penantian - Part 1

Salam sejahtera kepada semua kawan-kawan. 

Setiap dari kita tidak lari dari satu episod penantian, begitu jugalah aku.

Perasaan sebagai seorang penanti adalah sesuatu yang sukar diluahkan dengan kata-kata yang dicantum menjadi sebaris ucapan.

Sebagai seorang penanti juga kita sering berfikir kenapa kita perlu menunggu sebegitu lama untuk mendapatkan atau memiliki sesuatu.

Bagi aku pula dengan amalan memaksa diri untuk sentiasa berfikiran positif adalah terbaik bagi diri aku supaya tidak terbeban dengan status sebagai seorang penanti.

Aku sudah mendapat apa yang dinanti selama ini, walaupun belum boleh berbangga sepenuhnya tapi aku berharap mimpi itu jadi kenyataan kerana itu yang aku inginkan.

Kepada mereka yang masih menanti sesuatu yang tidak pasti aku doakan kalian akan dapat jawapan kepada sebuah penantian itu.

"Terima kasih Ya Allah atas pemberian peluang ini, aku bersyukur kerana aku amat inginkan nya, bukan hanya untuk diriku tetapi untuk mereka yang ada disekelilingku ya Allah"




6 comments:

NUke_Rude said...

dapat keja ke? huhu.

Enchik Seseorang said...

syukur ke hadrat ilahi..setiap rezeki datang darinya

zetty said...

semoga apa yang awk dah dapat nie akan dpt mengembirakan awk selalu..peace...hehehe

tengku_fir21 said...

to : nuke
ahaha..isteri baru..cayer tk :p

tengku_fir21 said...

to :enchik seseorang
yer rezeki datang dari Nya

tengku_fir21 said...

to ; zetty
tq..ahaha..saya pun doa kn awk jgk