Friday, March 25, 2011

Penantian - Part 3 (boot camp episode)

Salam 1 Malaysia :)

Saya baru beberapa hari pulang dari boot camp.  Dan ia merupakan 1 pengalaman baru buat aku. Sebab sekian lama tidak sertai aktiviti begini.

Boot camp betul-betul terletak di tepi pantai. Buka tingkap bilik jer nampak pantai :). And you know how much I love pantai.

Aktiviti hari pertama ialah buat urine test. bila ingat balik kelakar pun ada. Masa buat urine test ini lah aku meroyan-royan dekat tweeter. Siapa yang follow my tweets, dia akan tahu kenapa aku meroyan :p.

Tepat pukul 3 petang semua peserta sudah digerakkan ke stadium untuk ujian fizikal seperti berlari, melompat, sit up, dan lari berbaton. Bidang sukan memang bukan kemahiran aku semenjak sekolah. Jadi aku berazam untuk tamatkan sahaja.

Ujian fizikal memang cabaran paling BESAR  bagi aku tapi bersyukur dapat tamatkan juga walaupun lebih 1 minit bagi setiap acara kecuali sit up, aku berjaya buat 40 untuk 2 minit.

Sebelah malam pula ada ujian bertulis sudah tentu dalam masa 1 jam perlu menjawab 185 soalan. 

Hari kedua pula berhadapan dengan hal-hal semasa. Dan kajian kes dibentangkan untuk diselesaikan oleh 8 orang ahli bagi setiap kumpulan. Memang tidak mencabar sebab case study merupakan makaan harian semenjak dari unversiti lagi.

Selepas tamat kajian kes perlu berhadapan dengan public speaking. Dalam masa 5 minit perlu kemukan pandangan kepada ahli panel. Ia agak mencabar sebab aku dapat tajuk berkaitan pendidikan tinggi negara. Tapi dengan bantuan gjoul dan Tz, aku dapat info yg tepat mengenai perkara tersebut.

Dan perkara paling seronok ialah sesi menyanyi, lagu Faizal Tahir "Hanyut" menjadi pilihan. disampaikan dengan gaya trio ternyata ia menjadi sesuatu yang unik.
Fakta boot camp:
*merupakan calon termuda (ahaha bila tgk senarai rasa mcm comel jer)
**dikelilingi oleh hyung-hyung yang sporting giler
***tak dapat berkenalan lebih lanjut dengan awek-awek yang hadir sebab semua non-available
****makanan di boot camp sangat sedap
*****kena buka baju dekat public sebab tiada pilihan (nasib ada sixpack utk dikagumi :p)
******kurang selesa dengan seorang pemeriksa sebab dia berfikir cara yang susah utk sesuatu perkara
*******hyung-hyung sangat ambil berat terutama masa ujian fizikal apabila gagal melompat dengan jauh

2 comments:

Cikgu Sarah said...

6 bungkus?ha3..

DanieL AdiE said...

sit up mmg kepakaran anda...

Kalo adie, lari2 mmg la bidang adie... tp, sit up.. 40 tu sejam nak abeskan!!