Saturday, April 23, 2011

Bukan cerita Pisang goreng

Selamat petang :) cuaca sedikit panas walaupun ada sebilangan kawasan menerima hujan yang agak lebat.

Untuk post kali ini, aku ingin berkongsi sesuatu yang serius amat kurang sopan bagi aku. Tidak tahulah dalam zaman yang pendidikan sepanjang hayat serta ilmu yang boleh di akses dengan meluas aku ditakdirkan jumpa dengan manusia yang bagi aku sifatkan kurang interpersonal skills.

Semuanya bermula tadi, ketika aku singgah ke sebuah gerai yang menjual pisang goreng. Setelah aku cakap berapa ringgit pisang goreng yang ingin dibeli pak cik itu pun kira dengan gigih sambil memasukan ke dalam beg plastik (walaupun hari sabtu). Aku pun hulurkan duit untuk bayar pisang goreng itu tapi cara pak cik sambut duit itu bukan dengan sopan. Dia seolah merentap duit itu dari aku.

Jujur, aku memang nak tegur cara pak cik tu tapi memandangkan cuaca yang panas aku tak nak hangatkan lagi dunia yang semakin panas (tetiba hujan rahmat turun, Thank you Allah).Tak tahulah hendak cakap apa aku memang sukar untuk berurusan dengan orang sebegitu. 

Sudahlah kerajaan menghabiskan duit membuat kempen budi bahasa yang sebahagiannya membuat orang lain kelihatan bodoh - sebodohnya. For an example kempen "Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan" yang rakamannya diadakan di Kuala Lumpur Sentral (cari dan tonton serta berfikir apa yang kamu rasa).

Tolonglah berbudi bahasa, kepada penjual di gedung membeli-belah yang besar pelancong yang pakai selipar pun boleh layan sampai 5 bintang tapi kalau orang kita sendiri layanan mereka membuat seolah-olah kita tidak layak ke outlet mereka. Peniaga-peniaga kecil pulak tingkatkan kemahiran interpersonal skills anda. Kalau mahu ambil order tak perlulah tarik kerusi nak duduk dengan customer (aku pernah kena macam ni tapi aku cool jer tapi ia memberi imej buruk kepada diri anda sendiri).










10 comments:

pizli said...

Aku faham apa yang kau cuba sampaikan.. Memang sesetengah peniaga macam tu yang buat macam kita tak layak nak beli pun ada kadang-kadang. Akai takda ka, orang bagi rezeki..

FaizalSulaiman said...

ada sesetengah penjual memang tak ada intrinsic value bila berhadapan dengan customer.mereka lupa, nak jana untung customer loyalty kena jaga.customer satisfaction adalah paling utama.u see, kalau penjual Chinese, they are different. layan kita macam raja.

aku tak tahu samada culture kita tak cukup bersopan, manusia yg terlalu mengejar untung atau memang penjual perlu ada kursus melayan pelanggan sewajarnya..

DanieL AdiE said...

Sgt last stuju dgn entry ini...

hana banana said...

same goes with me...xsuka la penjual yg kurang interpersonal skill nie...senyum la ckit...aiya!i xmo bli dah, i xmo bli dah!

Afir said...

ya true..sesetengah org mmg x paham n x reti budi bahasa..menyampah

but then maybe there is a reason behind it, mane la tau pak cik tu letih, hari panas, goreng pisang x bape nk jalan, so dia wat tu atas dasar x sedar..kita mane tau kan

but then, amalan budi bahasa ni kene sentiasa ada pada dri, tol tak?

tengku_fir21 said...

to pizli
tq sebab faham..serius tak tahu kenapa melayu macam tue

tengku_fir21 said...

to faizal sulaiman
betul kekadang keliru dengan budaya sendiri

tengku_fir21 said...

to daniel adie
:)

tengku_fir21 said...

to hana banana
ahaha senyum pun ok kan

tengku_fir21 said...

to afir
aku tgk dia goren g pisang non stop mesti lah laku kan
betul budi bahasa perlu ada pada setiap orang :)