Monday, May 23, 2011

Kontroversi Boot Camp Love Terhenti Disini!

Hello.., aku rindukan blog :)
Sudah 15 hari tidak conteng apa-apa disini.
Untuk entry kali ini, aku cuma nak update apa yang terjadi dalam 2 minggu lepas.

KONTROVERSI!
Mungkin ia akan menjadi KONTROVERSI! Aku baru sahaja update status dekat facebook yang berbunyi:

"KEPADA HATI ITU, AKU SUDAH LUPAKAN KISAH CINTA INI SEPENUHNYA!
KEPADA ORANG MELAKA ITU, TAHNIAH SEBAB BERJAYA BUAT AKU NAMPAK BODOH SEKALI!!!
FOR THE GOD SAKE, DIA AKAN UJI KAU LEBIH DARI APA YANG AKU HADAPI."

 Semua orang di facebook mungkin akan bertanya siapa orangnya, tapi aku awal-awal cakap dekat sini, aku tak akan mention nama orang itu.
Biarlah, aku tak salahkan sesiapa, ini yang aku pilih ketika aku ambil risiko hari pertama aku mendekati dia.
Tapi yang penting aku tahu, dia tahu, siapa antara kami berdua yang biarkan keadaan jadi begini.

BOOT CAMP!
Jumaat lepas, keputusan boot camp telah dikeluarkan secara online, dan kini hanya tunggu pengesahan rasmi.
Aku bersyukur kepada Allah atas kejayan ini.
Aku juga ingin mengucapakan terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi panduan untuk boot camp ini serta kepada kalian yang mendoakan kejayaan aku.
Sumpah aku sangat hargainya! Tak tahu nak balas macamana.
Kini tinggal 1 stage lagi, kalau Allah takdirkan itu untuk aku aku terima dengan hati yang terbuka.
Jika tidak, tidak mengapa Tuhan janjikan sesuatu yang lebih baik walaupun mungkin aku akan rasa down.
Tapi jika Ya, hidup aku akan berubah lagi sekali berpusing 360 darjah.

LOVE!
Serius, aku memang berat hati bila aku decide nak duduk jauh dari family.
Tapi, aku tetap kena buat sebab mahu tidak mahu benda ini tetap akan jadi, walaupun ia bukan pada masa yang sesuai :(
Aku tahu dengan keadaan babah yang tak berapa sihat, darah naik-turun macam pasaran saham wall street, dengan tetiba ada tanda-tanda sakit saraf, dengan mum yang memang tidak berapa sihat since last year.
Aku tahu, aku bukan anak yang baik tapi aku akan paksa diri aku untuk jadi anak yang baik.
Babah and mum jaga diri elok-elok. Adik buat ini untuk kita sekeluarga.
Ini masa untuk kita sekeluarga untuk hadapi semua hal dengan kuat.

TERHENTI DISINI!
Ini adalah entry terakhir buat ketika ini. 
Aku tidak tahu bila lagi aku akan update, memandangkan, bloggers yang seangkatan dengan aku pun sudah mula perlahan di dunia blog.
Tapi, aku akan pastikan aku kembali cuma tidak tahu bila.
Keghairahan aku untuk menulis dan memnbaca blog memang menurun lately
Mungkin it's no enough inspired kot. (I'm not saying I'm a good blogger!).
Kepada kawan-kawan yang masih blogging, keep it up! I will miss entry guys'.



p/s: 28- wedding wanie and afif
      29- wedding afif lagi
      04- wedding shauwal di putrajaya
      11- wedding shauwal di kampung tercinta.
Tahniah, I'm not promise, but I'll try to attend the ceremony.InsyaAllah, If God willing.

3 comments:

FaizalSulaiman said...

at first sekali lagi tahniah weh! buat stage yg terakhir tu dengan terbaik.

a very very goodluck to you!!

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

gudluck bro!!!!!!! jaga diri baik-baik tau! =)

nur fariza basera said...

all da best in everything u do..