Saturday, May 7, 2011

Cinta Seribu Mawar [akhir]


Joff..,Maafkan Nina, kalau I tak berkeras dengan you tempoh hari, tak mungkin you pergi tinggalkan I buat selamanya. Bisik Nina sendirian, sambil menahan sebak dihati bila kenangkan kembali apa yang telah berlaku.

“Nina, awak tak apa-apa?”

“Helmi! Nina ok je.”

“Pasti?”

“Yer, jangan bimbang, Nina ok.”

Helmi menghulurkan sapu tangan kepada Nina. Disambut dengan tidak bermaya. Nina tewas, tidak dapat lagi membendung kesedihan dihatinya.

“Jom Helmi, nanti mak risau pula, Nina hulurkan kembali sapu tangan kepada Helmi.”

“Jom.”

Nina dan Helmi berjalan menuju ke kereta yang diparkir di bahu jalan.

“Isshh, mana pulak kunci kereta ni, bebel Helmi sendiri”

“Helmi letak dekat mana tadi?”

“Dalam poket”

“Abis tu macam mana boleh hilang?”

“Entah. Nina tunggu sini, saya cari dekat kawasan kubur. Tunggu sini tau.”

Assalammualaikum, Helmi betul-betul berdiri di sebelah kubur Joff. Sudah lama aku nak datang tapi aku tak kuat Joff. Maafkan aku. Aku minta maaf atas apa yang terjadi kepada kau dengan Nina sebelum ini. Joff aku janji akan doakan agar kau tenang disini. Aku pergi dulu Joff, aku janji aku datang lagi ziarah kau. Helmi pun  melangkah dengan hati yang berat.

Setibanya Helmi di pintu pagar tanah perkuburan,dia lihat Nina sedang setia menanti dengan senyuman yang penuh rasa cinta. Ditolehnya kebelakang, dilihat pusara Joff dari jauh. Joff, aku akan terus rahsiakan apa yang telah  terjadi antara kita daripada pengetahuan Nina. Aku cintakan kau, Joff

“Jumpa tak kunci kereta? Soal Nina.”

“Jumpa, sambil mengambil kunci kereta yang sememangnya ada didalam poket seluarnya.”

"Jom lah, mak dah call tadi tau."

"Ok, boss, cepatlah naik"

Helmi memandu keretanya menuju ke rumah mak Nina. Rumah bakal mak mertuanya.




2 comments:

hana banana said...

gay???..ouch!kecian kat nina=(

^ Uncle Syaf ^ said...

blog ko dah dinaiktaraf jadi blog yang dibace hari2 oleh aku..he3, insyaalah cube tak ponteng bace blog ni..thanks cuz support aku selame ni..he3