Wednesday, August 10, 2011

Satu Puluh = Sepuluh ("_") Bapa dan anak serta lampu?

Salam ramadhan..,

Hari ini genap 10 hari kita menunaikan puasa. Bagi aku, bulan puasa tahun ini masih sama seperti tahun-tahun lepas tiada perbezaan yang ketara. Masih makan ubat di waktu sahur, masih makan ubat di waktu berbuka. Nasi memang tidak disentuh bulan puasa masih terbawa-bawa lifestyle ketika belajar dulu. Aku lebih selesa minum milo atau horlicks, mahupun susu kacang soya serta cream crackers sebagai pelengkap.

Setakat hari ini tiada iftar diluar semuanya dirumah sahaja sebab lebih senang dan selesa barangkali untuk memakai short pant :) Namun tahun ini ada merancang untuk beriftar bersama sahabat-sahabat ketika di bangku sekolah.

Selama 10 malam kita berterawih ( I'm not telling you I go to terawih) ada 2 perkara yang menjadi perbezaan ketika zaman di kolej dengan sekarang terutamanya di surau;

1. Ketika menunaikan solat di surau, aku akan tertanya kenapa para bapa akan meninggalkan anak lelaki mereka di belakang! Sedangkan ketika di kolej dulu para bapa akan memastikan anak mereka berada di sebelah dan jika anak mereka belum akil baligh mahupun belum berkhatan mereka akan menunaikan solat di saff yang akhir tapi di sini tak.

2. Lampu, jika di surau rumah aku ini masih menggunakan lampu kalimantang. Sadisnya ketika ini ialah musim "serangga terbang yang berjemaah di lampu" (aku tak tahu apa nama binatang tu), di surau aku ini akan menutup lampu di hadapan dan dibuka lampu di bahagian belakang. Jadi siapa yang berada di saff belakang pasti tidak khusyuk kerana serangga terbang terbabit akan mengigit badan! Di kolej dulu lampu-lampu diletakkan di dinding sahaja dan boleh dilaraskan cahayanya. Tapi disini amat sukar, dalam banyak-banyak masjid aku pergi belum jumpa yang sebegitu, yang aku jumpa ada masjid yang memasang lampu chandelier (yang selalunya tidak dipasang), atau lampu mentol yang diletakkan di siling yang tinggi tapi ia menyusahkan pulak bila terbakar tiada siapa mampu tukar menggunakan tangga mudah alih bersaiz normal.

Kekadang aku pun tidak faham apa yang difikir arkitek ketika merekabentuk masjid. Keselesaan, kepintaran, fleksibiliti,kos yang berpatutan? Tapi bagi aku fleksibiliti lebih berbaloi lagipun fleksibiliti tidak bermaksud memerlukan kos yang tinggi tapi di sini fleksibiliti rekabentuk dilihat sesuatu yang mahal.

* Tahun ini tiada kad raya, semua semakin canggih kad raya via facebook je.
** Harap ramadhan kali ini akan dapat hadiah BESAR.
*** Ke sekian kalinya akan sambut birthday di bulan ramadhan lagi (ras kali ke-3)
**** Saya tak suka nak menyeru orang lain lakukan ibadah kerana bagi saya itu perkara asas dan kita pun tahu, jadi fikir-fikir sendiri! saya nak suruh pun saya tak sempurna)

1 comment:

FaizalSulaiman said...

nice

nasib baik skunk kat tempat aku musim panas jadi tak adalah haiwan2 berterbangan.

setakat ini sangat selesa.