Wednesday, November 2, 2011

~Hilang~

Post terakhir di blog ini pada 16 Oktober 2011, Rasa lama juga tidak menulis sewaktu. Perasaan ingin menulis ada namun setiap kali ingin mencoret pasti tidak akan menjadi ekoran melayan laman 'so-sial'.

Hari ini dengan iltizam yang jitu serta padu mahu juga kemaskini walaupun tidak sekerap dulu. Sumpah, hidup aku akhir-akhir ini memang mencabar, penuh dugaan, kalau ada orang rasa hidup dia lebih mencabar dari aku sila angkat tangan!

Memandangkan aku tidak nampak sesiapa yang angkat tangan jadi kesimpulannya "hidup aku memang mencabar". Kebelakangan ini bila membuat sesuatu aku memang tidak tekad. Aku akan rasa 50-50 bila buat sesuatu. Namun dalam 2 minggu lepas, aku menolak diri aku untuk sesuatu yang lebih risiko. Aku pun tidak tahu apa hasilnya tapi aku berusaha yang terbaik untuk aku. 

  • Melihat ramai kawan-kawan yang sudah punyai sarjana menberi suntikan cemburu sedikit.
  • Melihat kawan-kawan yang sudah berkahwin melahirkan rasa untuk menjauhkan diri kerana hidup mereka sudah "sempurna" (bukan semua tapi dari 10, 9 darinya adalah mereka). 
  • Melihat yang terlalu sibuk bekerja di tempat yang besar-besar membuatkan aku rasa aku sangat kerdil!

Tapi tidak mengapa "pelan tranformasi diri" telah aku siapkan. Risiko paling tinggi yang akan aku urus.

"Allah dah rancang segalanya untuk aku, dan aku hanya perlu menyusun agar takdir itu dapat datang."


No comments: