Sunday, November 27, 2011

RM 100.00 dan Maal Hijrah

Hari ini 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah.

Perut terasa sangat lapar sekali ketika ini! Sambil menantikan baju yang dicuci oleh 'robot jepun', hati melonjak-lonjak ingin tulis sesuatu pagi ini. Bila membaca life blog orang lain saya rasa hidup mereka sangat produktif ada yang dulu saya kenal mereka ketika di menara gading tetapi kini sudah bekerja dan ada yang antara mereka dibangku sekolah kini menyambung pelajaran.Tanpa kita sedari kita melakukan "penghijrahan" dari masa ke semasa.

Dan hari ini kita semua umat Islam menyambut tahun baru Hijrah. Dan entah keberapa sekian kali kita meraikannya tapi adakah ia membawa sesuatu yang penuh signifikan kepada diri kita hanya kita yang tahu. Bagi aku Hijrah ini lebih besar maknanya daripada tahun baru masihi. Konotasi hijrah boleh ditafsirkan dengan luas bergantung kepada individu terbabit. Tetapi untuk tahun hijrah 1433, mahu tidak mahu kita harus membuat:
1 HIJRAH WALAUPUN IA HANYA 1 LANGKAH KECIL.

Beberapa minggu lepas aku ada ketika sedang digunting rambut oleh pendandan rambut tetap (untuk ketika ini), dia ada bercerita tentang pemberian wang bantuan persekolahan RM100.00 oleh kerajaan. Dia bercerita kerenah pihak sekolah sangatlah memeningkan kepala ketika hendak memberikan wang berkenaan seperti pertukaran tarikh tanpa notis 24 jam. Lalu aku pun terfikir kenapa pihak autoriti yakni sekolah tidak menyimpan duit berkenaan dan dipotong ketika para pelajar membeli buku tulis ketika bermula musim sekolah. 
Bukankah ia lebih efisien dan "selamat" (yakni wang tidak dibelanjakan pada yang tidak sepatutnya). Aku rasa ianya lebih bagus tetapi pemberian awal kepada ibubapa mungkin untuk elakkan "songlap" tapi 1 mekanisma yang lebih baik diperlukan dari membawa beratus ribu ringgit Malaysia tunai ke sekolah adalah membahayakan. Jika perompak datang ke dalam dewan bagaimana?

2 comments:

Faizal Sulaiman said...

sebenarnya ada pro n cons pemberian wang tunai pada budak sekolah.macam anda katakan bimbang duit itu disalurkan ke saluran yang salah.dan yg pasti belum apa2 sudah ada percetusan kontroversi tentang wang ihsan tersebut.

~~~...MenCari PeLAngi...~~~ said...

lupa utk wish my bufday pd trikh ni..haha...wpn dh lpas..nk ckp jgak sbb bru smpat nk mnjgah ke blog ni...truskn brusaha dgn apa yg anda lkukan skrg k~!