Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu BUKAN TSUNAMI!

Hello..hello..

Memandangkan semua orang telah penat bercakap tentang OMBAK RINDU, jadi aku ambil alih "mikrofon" untuk berkongsi tentang OMBAK RINDU menurut otak aku.

Secara jujur OMBAK RINDU di tangan Osman Ali kelihatan biasa-biasa bagi aku. Walaupun filem ini dipenuhi oleh pemenang anugerah didepan dan belakang kamera seperti;
  • Osman Ali sendiri telah memenangi Anugerah Seni Negara 2009 bagi  Bakat  Muda Seni Filem (kategori Pengarah Filem)  
  • Himpunan tenaga produksi yang pernah memenangi Sinematografi Terbaik,Suntingan Terbaik dan Muzik Terbaik.
  • Pelakon Wanita Terbaik FFAP 49- Maya Karin.
  • Pelakon Lelaki Terbaik FFM 23- Bront Palarae.
  • Pelakon Wanita Terbaik FFM 23- Lisa Surihani.
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ASK 2010- Aaron Aziz.
  • Pelakon Pembantu Drama Terbaik ASK 2008- Normah Damanhuri.
Tapi ia masih belum menjadi karya agung terutama kepada pengikut novel OMBAK RINDU seperti aku. Tetapi pujian harus juga diberi kepada Osman Ali kerana berani untuk adaptasi novel besar ini menjadi sesuatu yang ringan di layar lebar.

Dan mari kita lihat kenapa jalan cerita yang telah diadaptasi oleh Osman Ali sehingga pengikut novel ini sangat kecewa dengar hasill kerja beliau:
  • Osman Ali telah membuat Haris berubah menjadi baik dalam 1 malam
  • Osman Ali tidak membuat Izzah keguguran
  • Osman Ali tidak membuat Izzah hampir setengah mati kena pukul
  • Osman Ali telah menukar apartment mewah kepada rumah banglo melayu
  • Osman Ali telah "padam" begitu banyak perkara penting sehingga buat pengikut novel kecewa
Semua yang Osman Ali lakukan adalah diatas "lesen kreatif" namun keberanian dan kreatif dia itu secara nyata telah mengecewakan pembaca dan penulis OMBAK RINDU itu sendiri.

Kita lupakan Osman Ali dan adaptasinya yang boleh dikatakan gagal membuat pembaca novel mencapai klimaks! Mari kita lihat kepada pemilihan 4 pelakon utama:

Maya Karin sebagai Izzah;
  • Tiada apa mampu dikatakan. Persembahan Maya Karin berjaya kekalkan momentum penonton untuk melihat Izzah hingga ke minit terakhir. 
  • Kerelaan Maya Karin supaya wajahnya langsung tidak disolek ketika terlantar di hospital adalah sesuatu yang berani.
  • Kesyahduan Maya Karin membaca surah Yassin mampu mengundang rasa hiba!!! 
 Aaron Aziz sebagai Harriz;
  • Secara fizikal Aaron Aziz memiliki sifat fizikal yang sama seperti Harriz.
  • Gaya lakonan Aaron Aziz yang sederhana sudah memadai kerana watak Izzah yang ingin ditonjolkan oleh pengarah.
  • Aaron Aziz perlukan busana lebih mewah dari apa yang dia tampilkan untuk watak Harriz.
 Bront Palarae sebagai Mail;
  • Bront Palarae mampu membawa membuat sentuhan melalui lakonannya. Sempurna!
  • Bront Palarae juga tampilkan Mail dalam gaya romantis melayu kampung yang sangat comel.
  • Bront Palarae tidak tunjukkan kekok untuk berada di sungai, atas motor, sawah padi.
 Lisa Surihani sebagai Mila;
  • Lisa Surihani mungkin tidak tepat! Jujur!!! Nur Fazura atau Nadia Aqilah boleh dipertimbangkan.
  • Lisa Surihani dilihat terlalu bekerja keras untuk memberi terbaik dengan mencipta karakter Mila seperti dalam novel tapi ia tidak terlalu berkesan. 
  • Lisa Surihani juga tidak nampak gediks serta teknik lakonan dia masih perlu diperkemaskan lagi.(Abaikan sebutan "R").
Namun lakonan pelakon lain seperti Zaidi Omar, Azizah Mahzan, Normah Damanhuri adalah berada pada skala terbaik dan tiada apa perlu dipertikaikan walaupun sikit. Julia Ziegler? Aku rasa walaupun sesiapa diberi watak itu mampu bawanya dengan mudah kerana watak terbaik tidak ditekankan oleh pengarah.

Sekarang kita lihat kerja teknikal secara ringkas:
  • Hasil sinematografi adalah cantik dan bersesuaian untuk setiap babak walaupun hasilnya tidak seperti Khabir Bhatia yang mana sinematografi hasil beliau mampu menjadi sebahagian pelakon dan dialog.
  • Kerja kamera juga berada ditaraf baik walaupun kekadang kerja kamera menjadi agak kecewa kerana penataan cahaya yang salah pengiraan.
  • Dialog pula adalah sangat sempurna sifatnya dengan penggunaan kata yang baik serta tiada penggulangan kata untuk maksud yang sama.
  • Skor muzik untuk filem ini sempurna kerana ia mampu menaikkan mood untuk setiap babak terutama bagi plot yang menyentuh perasaan.
Babak sempurna dan babak yang dilihat cacat penonton lain:
  • Ketika Izzah menyatakan dia tidak mencintai Mail, dari situ ekspresi Mail berubah dan teknik sangat berkesan.
  • Ketika Mail menghantar Izzah di stesen keretapi, ia sudah boleh menggoncang hati dan untuk babak itu semua dapat "tangkap"perasaan Mail.
  • Ketika Izzah jatuh di tolak Harriz untuk babak pertengkaran di bilik air. Cantik bila Izzah jatuh!!!
  • Ketika Harriz mengusap rambut Izzah. Tiada dialog untuk scene itu.Ia sangat sempurna.
  • Ketika Mila ingin menanggalkan cincin perkahwinan tetapi disarung kembali (penonton ketawa! saya tidak faham) sifat wanita (manusia am) untuk berperasaan begitu.
  • Ketika Zaidi Omar yang membongkar rahsia siapa Harriz yang sebenarnya (sekali lagi penonton ketawa! saya tidak faham) ia merupakan teknik dan sifat manusia yang mempunyai kemahiran bercerita dengan mimik muka dan suara.
  • Ketika Izzah berpelukan mesra bersama Harriz di atas batu tepi pantai dan kelihatan pelakon tambahan berbaju pink (lagi sekali penonton ketawa! saya tidak faham) ia adalah pantai awam.
  • Ketika Harriz  memaksa Izzah untuk bersamanya dan Izzah berdoa "Ya Allah, Kau selamatkan hamba Mu ini"  dan Harriz mati mood untuk menodainya bila dengar Izzah berdoa begitu .(dan lagi sekali penonton ketawa! saya tidak faham) Penonton lihat ia sebagai sarkastik.
Secara kesimpulan OMBAK RINDU boleh menjulang Maya Karin sebagai Pelakon Wanita Terbaik tahun hadapan. Untuk filem adaptasi terbaik tidak mungkin. Tetapi untuk skor muzik mempunyai harapan di situ. Pengarah Terbaik tidak pasti.

3 comments:

FaizalSulaiman said...

wah! pukul berapa taip ni?pantas..pantas

nice review!

oshinz said...

perfecto!! ulasan terbaik bro.

Hafizzuan Ab Wahid said...

Bagus ulasan and sgt setuju mila xsesuai utk Lisa surihani. Fazura would be a good choice !