Wednesday, April 11, 2012

bukan BENCI tapi KURANG SELESA mungkin.

11 April 2012 ,9.00 pagi.

Pagi ini bermula dengan cerah dan hujan mula membasahi bumi kira-kira 30 minit yang lalu. Dan kini hujan itu semakin lebat pula turun, ia seakan menggoda "marilah tidur dalam pelukkan kedinginan hujan". Hati sudah malas untuk bergerak tetapi pukul 12 tengahari sudah dibuat janji untuk bertemu ejen.

Kebelakangan ini (sebenarnya mulai 2 bulan yang lalu) saya hadapi masalah benci melihat muka seseorang tetapi bila difikirkan kembali ia bukan perasaan benci tetapi kurang selesa mungkin! Tetapi apabila difikirkan lagi, saya tidak pasti. Tapi saya yakin saya tiada perasaan ketika memandang, bercakap, walhal duduk sebelah pun saya sudah cap dia, ORANG INI PERLU DIHINDARI.

Terdapat beberapa perkara tentang dia seperti membuat keputusan yang tidak konsisten, tidak boleh ditegur salahnya, tidak boleh dibangkang cakapnya, selalu muncul lambat dan lain-lain yang mungkin saya akan tahu nanti. Buat masa  ini, hanya ini saya dapat kesan dan dengar dari orang sekeliling. Kesemua sikap yang saya senaraikan ini membuatkan saya semakin jelik pada dia, mungkin. Bukan mahu menampilkan sisi buruk orang lain tetapi saya percaya akan prinsip Kepimpinan melalui teladan!

Saya sudah habis fikir untuk membuat diri  berasa selesa bila berdepan,bercakap dan duduk dengan dia tetapi semuanya tidak berhasil. Sekarang saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan bertahan dengan hati yang rapuh tapi cuba dikentalkan oleh teman-teman. 

Dan saya terpaksa menghadapi perasaan ini setiap minggu dan percayalah setiap hari saya melangkah tanpa perasaan dan dengan harapan dia tidak muncul di meja dia. Bila baca tweet dan blog titipan Miezi, saya seperti ingin bertanya dan meminta sebuku nasihat dari dia. Tapi saya pendamkan saja kerana ia hanya niat.

*sambil minum milo panas
**ditemani buku KOPI
***bermalas-malas meletak kepala dibantal.
****selamat nikmati cuti umum kalian.


No comments: