Monday, May 7, 2012

Beruang cinta Buku?

Isnin, 07 Mei 2012

Saya sudah tidak mahu berkira lagi sudah berapa lama saya tidak kemaskini ruang ini. Dahulu diawal penglibatan setiap 2 minggu akan ada entri baru tapi sekarang amat jarang-jarang sekali. Sibuk uruskan waktu, dan kerja yang tidak perlukan tuntutan otak (kalau Man tahu dia pasti akan mengeluh!).

Buat pertama kali saya diberi patung beruang yang sebelum ini tidak pernah terlintas dalam fikiran kerana saya tidak gemarkan patung beruang dan bunga sebagai hadiah! Masih segar dalam kepala otak saya pernah melarang kawan memberi saya bunga dan patung semasa hari konvokesyen tetapi saya dapat juga bunga hidup dan seekor patung katak hijau pemberian Atie!!! Dan ini lah patung beruang yang sangat simbolik pernah saya terima dan harap ia juga yang beruang yang terakhir :p

Kini saya lebih banyak menghabiskan masa menelaah buku yang menjadi rutin wajib pada setiap pagi :) Saya juga merancang untuk belajar asas bahasa inggeris semula (saya tahu saya tidak pandai bahasa inggeris)! Mari saya kongsikan beberapa buku yang sebahagian dari padanya telah saya mula membaca. Maaflah saya hanya membaca buku yang kualiti gred A!!!!(mungkin)

Membaca bukan jambatan ilmu pada saya tetapi membaca bagaikan hormon yang membuka tingkat pemikiran supaya saya dapat lihat dunia dan hidup ini dari pelbagai sudut.Luangkan masa berkualiti anda dengan membaca sesuatu yang menjetik akal pemikiran. 



2 comments:

NUke_Rude said...

adakah KAC 1-3 tergolong dalam 'buku gred A'? kekekek.

tengku_fir21 said...

@nuke_rude
selagi ia punya jiwa,cerita dan bernyawa KAC berada dlm gred A