Saturday, May 12, 2012

GenGGam - stress


"Pendek dan ringkas, tak fahamlah aku dengan dia ni!" keluh Faris.

Ditatap lagi Blackberry putih dan kali ini dia berjalan menghampiri tingkap apartment yang terletak di Wenlock Road. Dikuak sedikit cermin tingkapnya keluar agar angin malam Kota London bisa sentuh tubuhnya ketika ini.

Dia membelek satu persatu sms buah hati yang diterimanya dari pagi hingga maghrib tadi, setiap sms yang dibalas tidak sampai tiga patah perkataan.

"Sudah, belum, dalam tren ,biru. Pundek! Stress lah aku dibuatnya. "

Akhirnya Faris lepaskan juga apa yang bersarang dalam kepala dia.

Faris meraup muka dia, dicapai rokok di atas meja kopi lalu dicucuh dan kembali berdiri di tepi tingkap.Kau kenapa buat aku stress begini! Telefon tak jawab, bila sms pendek saja kau balas. Boleh gila aku dibuat kau.Hari aku pun moody tau!