Sunday, September 23, 2012

22...23... ----> 30!!!





Hai..,

Saya rasa baru semalam baru saya kemaskini laman blog dengan entri. Hari ini saya mahu coret sesuatu yang bermakna. Saya cuba untuk simpan tapi saya tidak mampu untuk sembunyikan "degupan" yang kuat ini.

Semalam merupakan hari ke-22 perkenalan kami. Dan kami berjumpa lagi dan secara kebetulannya pertemuan kedua ini jatuh pada hari yang sama seperti pertemuan pertama iaitu hari Sabtu :)

Kami luangkan masa bersama menyusuri kemeriahan hari minggu Kuala Lumpur tanpa henti. Kami cuba menjadikan masa yang ditempuh se-kualiti mungkin.

Dan dari mana kekuatan datang, saya nyanyikan rangkap pertama lagu Babak Cinta walaupun saya sedar suara saya tidak sebagus dia. Dalam bingit udara Kuala Lumpur dia bisikkan :

"I LOVE YOU"

Saya rasakan bagaikan bermimpi. Dan dia ulang lagi kalimah keramat itu. Saya tanpa peduli rangkul dia untuk berada dalam dakapan saya sambil membisikan;

"THANK YOU"


*Sesungguhnya rasa ini merupakan anugerah.
** Menuju hari ke-30


6 comments:

bukankosong said...

moga aply ever after :)

Shamsul Amri said...

Tumpang gembira bila member2 tgh bahagia.... Berusaha menuju ke-30

enchikseseorang said...

happy eh

Tengku Fir said...

--> Bukan kosong
Terima kasih kawan!

Tengku Fir said...

---> Sham
Terima kasih Sham!!! Sedang berusaha ni

Tengku Fir said...

---> Enchik
Enchik rasa saya happy tak?