Sudah 7 hari berlalu dan semalam telah genap 14 hari tempoh perkenalan saya dengan dia. Dalam menuju ke tempoh 14 hari ini, buat pertama kalinya dia merajuk. Bila dia merajuk saya telah rasa perasaan ketakutan itu. Dapat bayangkan ketakutan saya? Sukar saya gambarkan perasaan saya dengan perkataan kerana ia hanya boleh ditafsir melalui gerak badan dan raut wajah sahaja. Mujurlah rajuk dia tidak berpanjangan. Saya bersyukur sangat!
Semalam saya sudah rasa tanda-tanda tidak sihat. Rasa sakit kepala, suhu badan yang tinggi, muntah-muntah dan cirit-birit mula menguasai diri. Lepas solat jumaat, saya hanya tidur kerana mula rasa lemah. Setelah pulang ke rumah saya sambung tidur lagi. Dan mungkin ini takdirnya, selain dapat kasih sayang dari Dia, saya juga dapat rasa kasih sayang dari dia juga.
Dia akan bertanya keadaan saya setiap jam, saya andaikan itu rasa sayang dia kepada saya. Dia juga minta saya tidak menghadiri acara amal yang dianjurkan petang ini. Saya akur dengan saranan dia, kerana saya yakin dia bimbangkan akan kondisi saya.
Walaupun saya tahu dia masih melindungi hati dia kerana takut terluka lagi. Dan walaupun saya tahu, kekadang dia dibuai memori kenangan cinta lalu. Saya tetap mahu bersama dia.
Saya pun tidak tahu dari mana datangnya kekuatan hati untuk suka, kasih, dan sayang kepada dia. Semuanya mungkin berlaku terlalu pantas tetapi hati ini sangat kuat kepada dia. Saya tidak mahu berfikir andaian, "dia mungkin menolak saya", kerana ia langsung tidak membantu hubungan ini. Saya mahu percaya saya dan dia perlu diberi peluang oleh takdir untuk bersama.
6 comments:
rasa syg mula muncul tuhhh
:)
Tahniah bro....
Sweet! =)
---> Bukan Kosong
Hahaha rasa sayang mula muncul...
---> Shamsul
Terima kasih :) Awal lagi nak ucap tahniah
---> Farhana
Sweet ini tidak bahayakan kesihatan tapi memudakan hati :0
Post a Comment