Monday, October 15, 2012

6 & 4 = 44?

Assalammualaikum,

Bagaimana hujung minggu kawan-kawan? Adakah ia berkualiti dan produktif? Hujung minggu saya agak beremosi tetapi sangat berkualiti!!!

Mesti ada kawan-kawan yang sudah berasa mahu *muntah hijau* dengan entry di blog ini kan? Saya telah secara sedar berkongsi apa yang saya sekarang disini selain bermain angka sebagai tajuk entry.

Semalam merupakan hari ke-43 saya berkenalan dengan #hati. Dan semalam adalah pertemuan ke-6 sepanjang tempoh ini. 

Dan semalam juga, ada "drama" di malam hari, untuk itu saya minta maaf, Saya secara spontan beri reaksi yang kurang senang sebab agak keletihan dan perut yang tidak stabil.

Semalam #hati merajuk buat kali 4, dan ambil masa lama juga nak pujuk. Mujurlah rajuk dia pulih malam itu juga, kalau tak pasti saya tidak pulang ke rumah.

Hari ini genap 44 hari, saya rasa rindu #hati sangat hari ini. 

Esok merupakan hari bersejarah kepada dia, dan semua orang mula meraikan dia hari ini, tetapi saya tidak raikan untuk hari penting dia esok. Maaf untuk ini. 

Malam ini saya rasa, saya macam tak cukup bagus buat #hati.

Minggu depan kami menuju ke-50 hari. Saya mahu semuanya baik-baik sahaja, perselisihan faham itu akan ada cuma cara untuk tangani perlu bijak.

Selamat malam #hati, saya tidak tahu bagaimana mahu tempuhi hari tanpa awak.

6 comments:

Ri said...

moga semuanya baik2 aje :)

Fiza Suhaimi said...

sweetnye, semoga berkekalan :)

NUke_Rude said...

oh... cinta.... :D

Tengku Fir said...

--> Ri
terima kasih! Yg terbaik buat kamu juga!!

Tengku Fir said...

--> Fiza
Thank you!!!! Kurangkan makanan manis :)

Tengku Fir said...

--> nuke
oh..cinta.. :p