Selamat hari Ahad. Adakah anda rasa produktif hari ini?
Semalam genap 50 hari perkenalan saya dengan #hati. Sebelum menjelang hari ke-50 saya dan #hati telah bertemu buat kali ke-7, makan malam bersama. Dan pertemuan ke-7 itu saya rasa romantis sekali kerana angin meniupkan gerimis hujan supaya membasahi kami. Dalam keadaan malam yang sejuk kami relakan ditempias gerimis hujan, saya dan #hati berkomunikasi melalui telefon bimbit walaupun duduk bersebelahan.
Petang semalam kami bertemu lagi buat kali ke-8, mula-mula ok, kemudian sedikit tegang, tapi semuanya kembali seperti sediakala bila kami mula jejakkan kaki ke dalam monorail. Dan langit malam dengan rela menjadi saksi kepada perasaan ini.
Lusa merupakan hari penting untuk #hati dan saya ingin bersama dia tapi apa kan daya saya perlu hadiri in house training selama 2 hari. Dan saya mohon maaf untuk itu. Saya telah rancang untuk pergi sebagai ganti kepada ketidakhadiran pada hari besar dia. Dan kini, apa yang dirancang masih tidak direstui waktu. Maaf sayang :(
Jujur saya cakap, #hati membuatkan saya rasa sempurna. Saya telah berusaha kuat untuk melangkah ke hadapan seperti hari ini. Saya berkerja keras agar tidak diusik oleh kenangan sentimental lepas. Saya delete semua kenangan yang boleh menjentik rasa silam itu. Saya juga dengan senang hati menutup akaun yahoo messenger. Semua ini saya lakukan atas usaha sendiri untuk diri sendiri bergerak ke hadapan dan untuk memberi keyakinan kepada #hati bahawa saya cuba beri yang terbaik kepada dia. Mampu atau tidak, itu soal kedua yang penting usaha dahulu.
*40 hari perkenalan lagi perlu ditempuhi.
** Isnin, 22 Oktober 2012, hari pertama #hati ucapkan "I Love you".
No comments:
Post a Comment