Hari ini kita melangkah ke 15 Disember 2012, Syukur kepada Allah, dengan izin-Nya kita masih ada, masih sihat ,dan bahagia.
Rasa sudah lama tidak kemaskini blog, bukan sengaja dibiarkan tetapi kekadang ada perkara yang perlu saya utamakan dahulu.
Sudah 1 tahun berada dalam transportation industry. Jujur, terhutang budi dengan Man sebab dia banyak kongsi buah fikiran tentang transportation industry. Setiap kali dia travel, Man pasti akan kongsikan pengalaman public transportation system tanpa diminta, dan saya suka keadaan itu sebab tak perlu bertanya kerana Man dengan hati yang senang dan lapang ingin berkongsi.
1 tahun dalam industri ini saya mula menguruskan hal-hal besar dan ia semakin menjadi-jadi di akhir tahun ini, apabila mula jadi "sumber rujukan" bergerak kepada jabatan. saya kena tahu semua benda. Dan mula membetulkan KPI & PMS officemate.
Dan jika masih disitu pada tahun hadapan, saya akan mula menguruskan hal-hal lain apabila beberapa kertas kerja sudah mula dipersetujui. Dan saya tidak pasti samada saya berasa teruja atau takut. Ini kerana saya perlu pastikan saya faham semua perkara asas dengan baik dan tepat.
Semalam mula start coaching untuk company trainee, ada 12 orang semuanya. Jadi untuk 12 minggu berturut-turut saya akan berkongsi pengetahuan "celah gigi" dengan 12 orang trainee. Malangnya semua trainee adalah lelaki :(
Sekarang ini saya membaca novel "DOSA" terbitan FiXi, sumpah buku ini beri 1 dimensi baru kepada saya. Mungkin ada yang akan jijik dengan jalan cerita tapi jujur saya suka buku dari seberang.
Filem terakhir yang ditonton adalah Istanbul Aku Datang. Filem ini ringkas tetapi sweet tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menjentik dari filem keluaran kilang DT.
Peut pun dah menjerit lapar, sebab semalam hanya makan apam balik yang kecil tu 5 keping.
Saya doakan hari kalian indah dan dirahmati
sampai ketemu lagi
xoxo
No comments:
Post a Comment