Saturday, January 19, 2013

Refleksi

Assalammualaikum dan Good afternoon!

Sudah sebulan tidak menulis apa-apa disini. Nafsu untuk mengemaskini blog seperti di awal penglibatan sangatlah menurun. Tapi keinginan untuk menulis itu masih ada. Sekarang saya banyak mengisi masa yang ada dengan membaca dan tidur.

Saya cuba berkongsi pendapat dan apa yang rasa sepanjang 19 hari pada bulan ini dengan ringkas.

Awal tahun sudah diberikan kejutan, penyerapan team saya ke dalam kumpulan komunikasi syarikat memang sesuatu yang mengejutkan. Selang 7 hari, kecoh perpindahan saya ke dalam entiti baru kumpulan membuatkan saya binggung. Maka menyusul status di mukabuku;

 "....saya terima ikhlas dengan semua ini dan berharap kebaikkan dari semua ini"

Ketika itu, saya sedang hadirkan diri untuk training dan bersiap-siaga untuk peperiksaan di hari terakhir training. Namun kini semuanya saya andaikan sudah selesai. Cuma selepas buat KPI saya rasa tidak sedap hati apabila tiada saya tahu career development di organisasi itu. Itu merungsingkan saya ketika ini apabila ia betul-betul terjadi. Jujur saya tidak boleh terima teori;

 "selagi bos tak naik, orang bawah tak boleh naik"

Ini merupakan 1 diskriminasi kepada orang lain. Kenapa perlu menghalang potensi orang lain untuk berkembang? Tapi itulah budaya dalam kebanyakkan organisasi Malaysia. Jika keadaan itu masih berterusan, saya sudah ada perancangan lain kerana saya tidak boleh berkompromi dengan keadaan sebegitu dan juga "budaya kipas". 

Kita sama- sama berdoa semoga kita semua sentiasa mendapat yang terbaik buat diri kita :)



1 comment: