Monday, March 18, 2013

Cubaan untuk kemaskini.

Assalammualaikum..,

18 Mac 2013, Kuala Lumpur
10:10pm.

Pagi

  • Hari ini bangun lebih awal dari biasa. Siap sempat buat sit up, pumping lagi. Pergi office pun awal, sumpah rasa sangat segar ke office hari ini.
  • Hari ini hari kedua Nur dekat section aku. Nampak dia dah semakin serasi dengan team aku. Manja si Nur ini boleh tahanlah.
  • Sepanjang hari dekat office buat slide and notes untuk presentation esok. Keseluruhan slaid yang aku siapkan 109 slide. Aku cuba reduce tapi tak mampu dikurangkan bilangannya. Hari ini buat pertama kali Nur cakap dekat aku mesin fotokopi dekat office tu boeh staple sekali. Aku "wow!!!" Sumpah pertama kali aku dengar mesin tu boleh di"set"kan untuk staple.
Petang
  • Lepas waktu office sahaja, aku pergi concourse Ancasa Hotel nak jumpa Gjoul. Kalau korang perasaan, aku kenal Gjoul ini sudah bertahun dari zaman dia kerja Pizza Hut lagi!
  • Aku pergi jumpa Gjoul sebab nak bagi buku dan Cd yang dia pernah cakap dia nak dulu. Aku pegang Cd tu sudah berapa lama pun tak pasti.
Malam
  • Malam ini macam biasa, dengar radio sambil updated blog. Dah lama tak buat macam ni. Beberapa tahun kebelakangan ni banyak benda yang beri kesan kepada aku. Dan kalau korang perasan aku kembali guna ganti diri "aku" sebelum ini aku guna "saya". Tapi dalam kehidupan sebenar aku hanya guna "aku" dengan orang yang aku kenal rapat macam Man, Suraya, Mieza. Kalau yang lain aku suka bahasakan diri aku "I" atau "saya".
notakaki:
* Aku dah tukar twitter aku! Kalau nak follow aku cool je.
** Aku cuba update blog setiap hari. Sumpah rindu gila.

With love
Fir.

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

ish ish ish.. cobaaannn!!

keep blogging!

Unknown said...

Shin

cobaaaannnn hahaha