Sunday, November 17, 2013

Buntu

Bagaimana mahu aku mulakan!

Aku tak ingat bila kali terakhir aku coretkan hal berkaitan diri aku disini. Tapi malam ini aku ke sini lagi untuk luahkan sesuatu yang tidak terluah secara lisan.

Aku ingat apa yang Man dan Mieza selalu cakap bila dalam perhubungan yang melibatkan 2 insan,

 "Jangan mengharapakan orang itu sama dengan diri kita yang dapat membaca diri kita sepertimana kita membacanya".

Aku fikir ada juga betul apa yang budak-budak cakapkan kepada aku. 

Tapi akal aku ligat berputar bila usikan mesra malam ini menjadi sesuatu yang berbau emosi. Dan secara pantas otak aku mula menyusun kembali satu per satu babak yang telah aku bukukan dalam kotak memori.

Aku tidak sangka jawapan kepada soalan yang pernah dijawab aku dulu dengan ikhlas dilontarkan kembali kepada aku dengan emosi. Dan aku terhidu "amarah dan dendam" mungkin. Aku tidak pasti tapi itu yang aku tangkap bila pertama kali aku baca jawapan yang dicetak dan diolah semula.

Aku pun terfikir adakah selama ini semua salah, kesilapan, khilaf, ketelanjuran aku dahulu dia maafkan? Dan aku terfikir kenapa dia perlu beri aku rasa apa yang dia rasa dahulu? 



1 comment:

i'm shin... i'm inesen said...

"rambut sama hitam.. hati lain lain"