Thursday, November 21, 2013

Aku dan blog

Salam sejahtera,

Ya! Aku kembali menaip di kotak putih ini. Aku cuba untuk menaip secara konsisten seperti dahulu. Bagi aku masa. Aku rasa ini sesuatu yang agak mencabar kerana aku telah lama meninggalkan dunia blog kerana sifat malas dan kepenatan.

Ada sebilangan blogger dan kawan-kawan tahu aku kerja sebagai apa dan di syarikat apa. Tapi ramai yang tak tahu aku ada blog dan aku selesa macam tu.

Ingat lagi di awal penglibatan ke dunia blog. Bermula menulis di laman friendster kemudian bertukar platform ke blogspot. Aku suka ulas tajuk-tajuk besar dengan pemandangan yang aku mudah dan senang difahami ia merangkumi politik dan ekonomi. Aku juga kerap berkongsi perihal kehidupan aku. Aku juga ada selitkan cerita-cerita pendek bersiri kononnya aku ini dianugerahkan kemahiran menulis dengan baik.

Otak dah jem ni! Aku nak siapkan review untuk di emel ke Spain hujung minggu nanti.

Selamat malam.

No comments: