Monday, September 15, 2014

Pertama untuk 2014


Hola!!!


Ouch! Dah lama tak kemaskini blog ;( Sudah ada beberapa perubahan pada write bar .

Sudah setahun dan 25 hari tak kemaskini!!! Kagum betul aku dengan sifat malas aku. Akhir-akhir ini aku sangat aktif mencari kerja. Hari-hari klik dan hantar resume. 

Aku nak kongsi apa sekarang ini? Hahaha...

Pejam celik - pejam celik, sudah menghampiri 3 tahun aku berada dalam bidang transportasi. Secara umumnya industri ini nampak bosan tetapi apabila diterokai ia sangat menyeronokkan.

Dalam industri ini pemainya lebih ramai lelaki berbanding perempuan dari pemerhatian aku yang kabur ini.

Ini merupakan industri kedua aku ceburi, kerana sebelum ini aku pernah ceburi bidang otomobil negara di bawah "payung"  Ford dan Suzuki. 

Aku tidak pernah mimpi untuk ceburi bidang ini, serious, aku lebih membayangkan diri aku sebagai usahawan yang memiliki sebuah kedai kopi di utara semenanjung Malaysia. Dan jika termakbul aku tak kan buat  franchise walaupun di kolej aku habiskan 1 tahun belajar Franchise Business Management. 

Setiap hari aku berfikir, konsep bagaimana yang aku ingin buat untuk kafe aku nanti. Saat ini aku membayangkan kafe aku berkonsep tren.


Dari impian kita membentuk cita-cita
Dari cita-cita kita pupuk usaha.
 

Notakaki:
* Tahniah Mieza sebab dah naik pangkat!!!!
** 17 hari lagi nak balik Kedah. 
*** Doa-doa lah aku rajin update lepas ni! Aku ada banyak cerita :)


 

  

2 comments:

Anonymous said...

Welcome Back. Hahaha.
-Y-

i'm shin... i'm inesen said...

keep blogging~

semoga niat dan impian yak baek tu menjadi doa.. dan doa tu termakbul ek #ameen