Monday, November 3, 2008

Berlalu Hari Semalam - part 2

Assalamuaalaikum...
Hari nie dah masuk 3hb November, pagi kelmarin sebelum aku pergi exam ayie tumpang tidur bilik. aku ingatkan roomate aku tu yang dalam msg aku reply yang merapu-rapu tue...Sorry eh Ayie klu terasa...!!!
Roomate aku dengan ayie dan Zaff stay kat DPP Petronas klu korang nampak mereka sila jauhi terutama perempuan hahaaha....Aduh macam-macam yang aku lalui semalam bermula pukul 12 tgh malam sampai 12 tghari tad.Semalam dh ler aku teman budak TNB tu stay kat Fpau sampai pagi dah ler kepala aku berpusing sebab tak cukup tidur nie cerita last minit punya study lah gara-gara microekonomi...Klu ikutkn aku memang tak puas hati masa jawab paper tue...
Dengan orang call masuk ajak borak-borak sebab nak hilangkan rasa mengantuk.Walaupuan apa cara sekalipun korang study bagi aku tidur waktu malam adalah perlu kerana tidur malam itu lebih menyihatkan berbanding tidur di waktu siang.Good luck pada kepada anda yang masih mempunyai peperiksaan...termasuk ler aku tapi secara jujur hati aku tengah mengira hari,jam,minit,dan saat untuk keluar dari campus nie.Bukan benci atau terpaksa tapi aku ingin merasa cabaran diluar sana.Mampukah aku menghadapi cabaran di dunia luar...??? Itu satu persoalan dan sebab itulah juga blog baru aku bernama "Berlari Mengejar Bintang"
Kenapa "Berlari Mengejar bintang"...??? sebab aku gantung cita-cita,impian dan harapan aku pada bintang di langit.Dari kecil sampai ke hari ini aku masih menggantung cita-cita dan impian serta harapan aku mengenai kerjaya,cinta dan dunia pada bintang kerana bagi aku bintang itu setia.Oleh itu dapat disimpulkan aku perlulah berlari untuk mengejar bintang yakni cita-cita dan impian serta harapan.
Tahniah diucapkan kepada Yasmin Ahmad "Muallaf" menang special Mention Best Asian- Middle Eastern Film Award. Aku nantikan filem nie tapi aku akan lebih tak sabar nak tengok "Talentime"
Ok..adiosa...love u

3 comments:

Anonymous said...

fuhh...
penuh dgn insipirasi

Anonymous said...

mesti byk kan cita-cita hg-
from izah...

Anonymous said...

Hohhooh...
cousin..blog kt fs macamner plak...???