Saturday, January 10, 2009

3 Minggu Internship

Assalammualaikum w.b.t. dan salam hormat,

Pertama sekali aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah memberi responds untuk entry last week tidak kiralah komen mahupun e-mail, terima kasih diucapkan.

Kedua aku ingin panjatkan rasa syukur dan Alhamdulillah kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doa aku. Setelah 9 hari berlalu result microekonomi akhirnya keluar juga dan seperti dijangka dan berpadanan dengan usaha aku selama 1 malam aku lulus juga akhirnya(bangga tu!).



Selalu ku sakiti Engkau dengan dosaku

Ku balas segala kebaikan-Mu dengan kekurangan

Tiada pernah ku menyedari semuanya

Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu

Alhamdulillah ku syukuri semua

Terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup


Alhamdulillah ku syukuri semua

Terima kasih ku Ya Rabbi atas rahmat dalam hidupku

Selalu ku tingalkan Engkau dengan khilafku

Ku balas segala kemurahan-Mu dengan keburukkan

Minggu lepas dapat disimpulkan minggu yang paling sibuk bagi aku dengan internal auditor organisasi aku dan tidak cukup dengan itu, “diimport” pula beberapa orang auditor dari Jabatan Audit Negara yang bertanya berbagai soalan dan minta itu ini. Sepanjang minggu nie juga aku menjadi boss dengan bekerja di bilik boss, duduk kerusi empuk boss, dan bekerja sebagai seorang boss…huh penat sekali rasanya!

Pada suatu petang ketika aku pulang dari office dan dengan kelajuan 40km/j sambil mengerakkan badan aku dan sesekali mengeliatkan badan kerana sakit pinggang kerana duduk terlalu lama, dan tetiba ada seorang perempuan memintas aku, mula - mula aku tak kisah, tapi bila aku tengok no. plat ishhh…macam biasa tengok plak, kemudian aku saing ler motor “amoi” tu dan tengok muka dia…ciss perempuan nie ker!...aku cakap ler kat Mieza “berani nak rempit dengan aku?” Kemudian Mieza pun mengerakkan kepala dia macam Robocop, secara otomotik dia terkejut tapi tak sampai tahap terkejut beruk…“la hg ka!” Aku ingat sapa…lepas itu siap buat pengakuan plak “sorrly la aku mengata hang tadi…!aku kata dalam hati sapa dia naik motor lembab sangat nie”…dalam hati aku mengerutu,hang tu bawa motor laju ker..?lebih kurang aku je!

Pagi khamis, aku ada majlis bacaan Yasin dekat surau. Am datang department aku ajak saing sekali dengan dia tapi bila aku nak cakap “ok”, dia dah turun terpacak depan pintu surau. Dalam hati aku membebel apa fungsi dia datang department aku tadi? ajak saing sekali tapi dia gerak dulu!ceh jantan nie memang senget betul…macamner Hanis cakap dia nie “baik”…nak dijadikan cerita officemate aku pun balik dari breakfast bersama teman-teman office. Dia Tanya aku nak ge maner?aku hanya memberi isyarat tangan dengan jari aku menghala kearah surau. Pastu dia tanya lagi, “nak buat per?”. Salah seorang staff yang keluar makan dengan dia mencelah, “ada majlis baca Yasin”. Dia boleh buat muka hairan cicak pastu boleh cakap plak, “Yasin?”. Ya ALLAH, dalam hati aku cakap baca Yasin pun pelik ker, ingat bila ada orang mati,pergi kubur je ker baca Yasin…! Tu lah orang bila suka cakap pandai macam tu lah…aku ni bukan lah nak cakap aku ni baik sangat tapi aku tak lah macam officemate aku yang terlupa Yasin tu boleh baca bila-bila masa pun tak semestinya bila ada orang meninggal,sakit,nak cari ketenangan hati pun boleh dengan Surah Yasin.

Ketika malam minggu aku pun menghabiskan masa dengan kawan-kawan sementara menunggu Din dan K-rul, aku panjangkan kaki aku untuk ke tapak pasar malam yang femes di kawasan perumahan aku yang memang “elit”. Dalam aku berjalan seorang diri, aku Nampak satu bayangan yang amat familiar sekali bagi aku. Aku pun mendekati bayangan itu dan membisikkan “weih tak kan nak tengok jer derma lah untuk Palestin!”. Mieza pun terkejut (kali ni sampai tahap beruk) dan melatah dengan mulut dia memaki hamun aku bergunung- gunung sambil mengurut dadanya! Bila hilang teperanjat dia pun cakap, “nasib baik tak der sakit jantung!”. Lantas aku teringat jiran sebelah rumah dia yang ada sakit jantung! Dulu bila aku ge rumah Mieza kalau sembang memang kuat, gelak tak payah cakap ler berganda lagi kuatnya sampai jiran sebelah rumah dia terperanjat. Hmmm…cukup ler setakat ini ,aku pun tak tahu ape benda aku merapu nie…hahahah…wokey!


Adiosa…

10 comments:

a.b geldofg said...

jom gi gaza..baling batu...jom

Anonymous said...

tk kan nk baling batu jer...

Anonymous said...

kak joyah in da house...
tahniah ler..
at least pass.....
maner entry azam tahun baru!!!

Anonymous said...

hmm....
tahniah....
nk ge palestin???
nk tempah jet ker..???

Anonymous said...

i tk nk ikut ler....
i takut nk ge palestin...

Anonymous said...

bila u nk bt ramalan juara lagu...

Unknown said...

nextweek...
hari sabtu...
jom pi Gaza...
tunggu komentar aku nanti tapi pastikan anda betul-betul bersedia untuk memebaca...

dumdum said...

sial btul..!! dua cerita dalam satu entry.huhu memang hg lembab pun bawak moto,slow..badan melentik lak tu hahahhaa..tapi arini aku taula yang rupanya hang mengeliat..=P

Unknown said...

tk per bukan selalu...masa sekolah dulu cikgu ajar aku bt summary..jad aku bt summary ler...
hg bawa pun bkn laju mane pun!

Anonymous said...

ok aku tunggu geng...