Wednesday, May 6, 2009

ingatan aku pada A


Salam...

Tetiba jer ingatan aku menjengah kepada kepada kawan-kawan yang bermula dengan huruf "A" yang bererti bagi aku..ini tak bermakna kawan-kawan aku yang bukan bermula dengan huruf "A" itu tidak bermakna dalam hidup aku. Semua orang amat bermakna bagi aku kerana setiap orang menjanjikan pengalaman yang berbeza. Sepanjang 4 tahun di universiti ader 4 orang yang nama timangan mereka bermula huruf "A" amat rapat dengan aku...mereka bertindak seperti seorang kawan, abang, penjaga dan segala yang membawa maksud kepada perlakuan "protect"kepada aku.

dan aku memperkenalkan "A" yang pertama

AzAm

Aku kenal AzAm pada semester pertama di universiti. Dia merupakan jiran sebelah bilik aku. AzAm seorang yang pandai buat lawak, muka hensem, baik hati, dan yang paling penting dia memang pandai petik gitar dan sudah tentu memiliki suara yang sedap untuk aku dengar. Dia nie memang suka tidur kalau kejut bangun tidur susah nak bangun...bayangkan aku kejut dia untuk pergi kelas pukul 8.00 pagi:

aku: AzAm bangun...ko ader kelas pg nie kn...? (sambil mengetuk-getuk pintu bilik dia)
AzAm:yer..yer aku bangun nie.

5 minit kemudian.

aku:AzAm dah bangun blm...?
AzAm:hmm...aku bangun nie (sambil berjalan buka pintu)
aku:bangun pun...cepat ler dah dekat pukul 7.00 nie!
AzAm:berjalan semula ke katil dan tidur balik.
aku:AzAm...bangun ler!ko nk ge kelas ke tak?
AzAm:mengangkat tangan kanan menunjukkan 5 jari yang membawa maksud 5 minit lage.


berlalu 5 minit

aku:dah abis 5 minit.
AzAm:hmm...dah abis ker?
aku:suke hati ko ler! aku kejut ko tadi pukul 6.30...skunk dah 6.40...ko nak pergi ke tak, ikut suke ler...kelas aku pukul 9.30
AzAm:yer..yer...aku bangun dah nie ko nampak kn! (duduk atas katil tapi masih belum buka mata).
aku:nampak! tapi mata ko tue...?
AzAm:ok...ok...aku bangun lah...

pukul 7.00

AzAm:ko ader buat breakfast tak?
aku:atas meja tu.
AzAm:huhu...mcm tahu-tahu jer! nie aku sayang ko!
aku:ko sayang aku...? klu sayang aku...sekali kejut jer ko bangun!
AzAm:sorry boss...ngantuk ler.
aku:dah ler ge kelas...
AzAm:sedap ler roti nie walaupun ko sapu kaya je! nanti lunch sekali ehh...! thanks for the roti...

Macam tu ler rutin aku setiap kali AzAm ader kelas pagi. Aku tak pernah rasa itu 1 bebanan. Aku rase itu 1 pertolongan walaupun pada awalnya AzAm yang minta aku kejutkan dia tapi lama-kelamaan perkara itu jadi habit aku di universiti.
Kalau aku ader kelas sama dengan AzAm, mesti dia panggil aku duduk sebelah dia. Sebagai contoh kelas Titas (kita orang amik Titas mase kitaorang 2nd year kt universiti)

AzAm:pesal ko lambat masuk kuliah?
aku:bus penuh ler...malas ler nak berebut.
AzAm:itu ler alasan ko setiap kali lambat.
aku:bukan alasan tapi kenyataan. dah ler...membebel plk!
AzAm:ko abis kelas pukul 5.30 kan..?
aku:yup...naper?
AzAm:balik dengan aku?
aku:tengok keadaan lah...
AzAm:pulak?
aku:aper?
AzAm:tak kira...5.30 aku tunggu kat bus stand!

tetiba jer..."yang kat atas tu tak abis lagi bincang?"sambil semua org kat bawah tgk atas!

aku:tundukan muka...(malu giler kena sound dalam kelas 500 orang)
AzAm:dalam proses prof...
aku:memandang AzAm...ko nie gile ker per!
AzAm:ko nak blk dgn aku tk?
aku:ye lar...sengal ler ko!

Hahaha...mcm tu lah keadaan aku dengan AzAm sehingga ler tahun ke-3 kami di universiti. Kalau melawak tak sampai terasa hati tak sah dalam sehari. Tapi aku tak kisah sebab AzAm pun tak pernah amik pusing. Banyak benda kami kongsi suka duka, waktu results tak sampai target...waktu tension nak study final. Tapi sebelum tidur, AzAm mesti datang bilik aku...klu roomate aku bukak pintu mulalah diaorang buat lawak ganaz kalau aku tengok mcm nk gaduh pun ader...tapi aku ignored jer...malas nk campur sebab time sebelum tidur aku mesti buat revision untuk kelas esok, masuk otak atau tak belakang kira!

Datang ler Azam terlompat-lompat dekat katil aku

AzAm:ko jgn luper kejut aku sok eh...
aku:hmm...

roomate aku menyampuk tu ler kejer ko!ingat roomate aku orang gaji ko ker...

AzAm:roomate ko tak bising ko plak kecoh...aku tak kira dia kena kejut gak! Lagepun roomate ko sayang aku dia tak sayang ko...
aku:dah ler...ge tidur...
AzAm;jgn luper ehh..good nite!

Sebelum AzAm balik ke bilik dia, mesti dia nyayi lagu "bunga" dendangan exist, aku pun tak tahu naper dia suke nyayi lagu tu dekat aku! aku dengar jer sebab suara dia memang sedap. Aku tak pernah ketinggalan tengok dia perform kalau ader pertandingan...setiap pertandingan AzAm masuk mesti aku tonton bagi aku itu ler moral support sebagai kawan yang boleh aku beri dengan ikhlas. Kalau time exam mesti AzAm mengaji Al-Quran lepas subuh...aku suka dengar sayup jer suara AzAm. Tapi keseronokkan berkawan dengan AzAm tak panjang sebab dia tak daftar untuk final semester...waktu tu roomate aku pun dah abis...AzAm janji nak duduk 1 bilik dengan aku...bila aku call berjawab tapi bukan AzAm yang cakap...sms tak berbalas,kalau dulu time nak masuk semester baru dan AzAm dan perjalanan balik ke campus mesti sms aku,kata nyer boring sorang-sorang atas bus...sedih gile tetiba jer AzAm buat macam tu, kawan baik-baik, last-last jadi macam nie! sampai sekarang AzAm, tak pernah reply atau call aku dah tapi kedengaran cerita disebabkan ader masalah cinta, AzAm tak datang untuk last semester...dan aku tak pernah percaya sebab aku tahu tak kan lah AzAm sebodoh tu.

titik.
pasal AzAm itu yang dia pilih aku harap dia bahagia.

orang kedua yang bermula dengan huruf "A"

Awie

Hmmm...Awie seorang yang lebih berusia dari aku...gerak-geri dia lebih kepada seorang abang bagi aku. Kaya dengan nasihat dan yang paling penting rock tapi hati taman tue(huhuhu), seorang yang pandai, tidak boleh diprovokasi, baik, pandai tentang komputer dan IT, tapi meja study serabut! Ada berapa perkara yang buat aku ingat Awie,

1. Awie selalu tolong aku kalau bila aku dlama kesusahan...sebagai contoh waktu waktu nak exam POM, aku ader tanyer 1 soalan yang susah sangat. Percaya atau tak Awie sanggup bertungkus lumus untuk mendapatkan jawapan bagi aku. Pukul 3.30 pagi, Awie datang bilik aku untuk ajar aku sedangkan time tue aku dah tidur nyenyak sebab keesokkan petang ader exam POM.

2. Aku selalu kemas meja Awie walaupun tak disuruh, tak diminta tolong...sebab aku tak boleh tengok meja Awie yang penuh dengan note, buku, newspaper minggu lepas tapi lepas kemas dia mesti marah kalau dia cari benda tu jumpa. Tapi aku tak kisah sebab aku tahu kat maner aku simpan barang tue jadi Awie pun tak bising lamer-lama.

3. Awie pernah marah aku sebab assignment franchise, dia suruh aku lead...aku lead ler tapi Awie terlalu busy pernah aku mogok tak cakap dengan Awie dalam kelas franchise
macam bodoh kan aku.

4. Awie tak pernah kedekut dengan aku. kalau Awie ge mane-maner mesti ader something untuk aku walupun ia hanya lah sekeping chocolate.
Tapi sekarang Awie busy tak macam dulu lage. Nak ym pun susah. Tak per aku faham...Awie Happy birthday.

AnuAr

AnuAr merupakan roomate Awie...AnuAr lebih faham aper yang aku fikir. Selalunya AnuAr akan bantu kalau aku ader masalah. pinjamkan motor, bagi aku print dengan percuma walaupun banyak helai note yang aku print. AnuAr selalu tidur kt bawah bila aku tetidur atas katil dia. Kekadang aku study atau lepak kat bilik AnuAr sampai lewat malam kekadang dan lebih dari 10 kali aku tidur atas katil AnuAr. Tak pernah sekali AnuAr merungut...tu yang aku suke pasal AnuAr. Kalau bagi nasihat atau pendapat dia dapat faham kedudukan aku dalam masalah tue. Kalau dulu aku tak bertegur dengan jiran bilik aku (bukan AzAm), AnuAr boleh faham aper yang orang lain tak faham. Aku senang bila cerita perkara yang tak puas hati dekat AnuAr.

Alif

Alif...Alif...seorang yang agak childish bagi aku. Nak tengok alif matang susah sekali tapi Alif lah orang yang paling rapat dengan aku semasa di semester akhir. Kalau hari-hari tak bertekak tak sah tapi itu lah aku dengan Alif. Bayangkan esok exam pun boleh rileks lagi, aku pula jadi risau tapi Alif lah selalu aku ajak ke sana ke mari teman aku makan, teman aku ge library, teman aku balik kolej...Alif memang tak boleh nak dipaksa tapi bila time Alif nak something memang desak gilee-gila pastu boleh buat lagak kecik hati. memang enjoy kawan dengan Alif...jujur, ikhlas, dan sedikit perasan hensem...huhuhu! marah ker Alif? aku tak kisah kalau marah pun sebab aku tahu nanti mesti ko cakap kat aku "ko tak sayang aku ker"...Alif...Alif...aku rindu giler kat ko!...lage 1 Alif selalu cakap 'ko jangan nk racun kepala aku dengan teori ko yang tk boleh aku terima"...hahaha itu ler ayat Alif bila aku tegur something yang aku tak suke dia buat. contoh nyer kalau merokok aku memang membebel bila Alif merokok dan mati-mati dia akan nafi bukan dia yang hisab rokok...


*tanda-tanda merindu zaman di campus dulu (dapat ilham semasa balik ke campus untuk 2 hari)
**mieza aku rindu blog hg
***man tahniah dapat interview cikgu


7 comments:

julie said...

huhu...
namer u sorg tk start dengan huruf A...

kak joyah said...

kak joyah in da house...
haloo...ptg2 nie ngantuk ler plk!
nasib baek blog ko ader utk ilangkn ngantuk...
teringat zaman kt u dulu...

baim_wong said...

menghayati minit-minit terakhir seblm balik...
ko buat aku teringat pada ex aku di campus dulu...

cousin_ko said...

aduhh...penat giler baru blk photoshot...
citer pasal kwn2 ler plk...

bukan fasha_sandha said...

errmmm...
bosan btul kerja ari nie...!
kawan fasha aper khabar?

a.b geldofg said...

a
jgn lupa
a.b geldofg

puteri salju said...

aduhhh
zaman universiti yg tk indah...