Saturday, June 20, 2009

C.I.N.T.A. (part 3) - "tanpa aku sedar"

...pada malam aku menyatakan keputusan aku, "dia" kehilangan kata-kata di dalam kesepian malam, hanya kedengaran suara tangisan yang samar-samar bunyinya di hujung talian. aku menjadi tidak keruan apabila "dia" mula menangis. inginku pujuk tapi, tidak tahu bagaimana caranya. takut nanti salah bicara makin kusut pula keadaan nanti. jadi aku biarkan dia menangis sahaja dan malam yang dingin itu kembali seperti sediakala setelah "dia" kembali tenang.

Keesokkan harinya, semua kembali seperti sediakala dan aku telah membuat kesimpulan yang begitu mudah sekali iaitu "dia" dapat terima hakikat bahawa aku tidak boleh mencintainya seperti "dia" mencintai aku.

hari pun berlalu seperti biasa dan "dia" aku anggap sebagai kawan sama seperti kawan-kawan lain untuk mengiktiraf "dia" sebagai sahabat adalah sesuatu mustahil bagi aku ketika ini.

semalam aku telah pergi lagi ke Penang untuk mencari sedikit kedamaian untuk hati aku. walaupun baru sahaja pulang dari Penang minggu lepas, minggu ini aku pergi lagi seorang diri dan aku hanya sms "dia" pukul berapa aku bertolak pergi dan pukul berapa aku sampai disana selepas itu aku terus menyepikan diri tanpa melayan satu sms mahupun panggilan telefon yang masuk.

setibanya di penang terus aku amik public transport dan menyusuri pusat bandar dengan rapid penang...namun setelah penat menghabiskan waktu di Penang sehari suntuk, aku pulang ke rumah dan sampai di rumah baru aku sms "dia" untuk memberitahu aku sudah berada di rumah. "dia" pula membalas sms aku dengan penuh rasa marah dihatinya. bertubi-tubi soalan yang diutarakan seperti; pergi mana lama diam? nape tak jawab phone? nape tak reply msg? tapi aku tidak menjawab satu pun. aku tahu "dia" masih ada menyimpan saki-baki perasaan untuk aku tapi dengan menyoal aku begitu ia hanya akan menyukarkan aku kerana aku tidak suka dengan cara "dia" menyoal aku kerana semuanya berkisar tentang untuk menjaga hati "dia".

setelah beberapa jam aku mendiamkan diri dari membalas semua sms "dia", lewat malam "dia" call aku tapi satu pun aku tidak hiraukan sebagai tanda protes sehingga pagi tadi aku masih belum membalas sebarang sms "dia" tapi menjelang tengahari, aku mula menghantar beberapa sms bagi menjernihkan keadaan tapi hati aku masih tidak dapat terima cara "dia" menyoal aku seolah-olah aku milik dia!

TANPA AKU SEDAR, tindakan aku telah lukakan hati "dia" kerana mengikut amarah aku dan kenangan yang tidak sengaja aku bawa pulang bersama turut menjadi faktor penyumbang kepada rasa marah itu. ya, aku pulang dengan kenangan dan sisa-sisa cinta aku disana bersama...

bersambung...

14 comments:

AdiE said...

jgn la ikut perasaan...
(pandai nasihat org! dr sendr ikut perasaan)

juile said...

huhuh...
mencipta kenangan versam siapa...

niEna hailani said...

mungkin kamu bukan tercipta untuknya...

kdg2 melepaskan lebih baik..

mencintai x semestinya memiliki..

baim_wong said...

perghh..part 3!!!!
ko ingat kat ex lage ker..???

cousin_ko said...

weih....
baru blk kerja nie penat nyerr!!!
ko ge penang lage???
aper kata ko pindah duduk saner jer!
ko tk blh luper lage ex ko lage ker???

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Hmm...action speaks louder than word.Tapi skali skala kne la bertanya khabar yer.

bukan fasha_sandha said...

you tk baik buat kwn u mcm tu, tapi dia pun tk blh tk respek u kn..
pape pun u cari alr jln utk selamatkn keadaan

syaf said...

betul tapi kamu x rase ke tindakan kamu 2 kejam...aku pon pernah kene cam ko kene tapi nasib terbailk..aku plak yg call tanye nape die wat cam ni...kalu dah bagi harapan, tetapi tetibe je nk break ape cer..mainkan perasaan org...x bek...hancr hatinye...x kesah laki ke pompuan ke same je...kire die tanye cam 2 sebab die still syng kat ko..die x ley hidup tanpe ko..tapi kalu ko buat die cam 2, ko sebenarnye dah ambik separuh dari hati die...ko dah buat die betol2 down...sungguh kejam 2...x baik..x mo buat lagi ok...

padelkopak said...

sejujurnya.aku sangat tidak arif tentang cinta.disebabkan itulah aku sering gagal dalam cinta.sampai sekarang masih belum punya cinta.jadi.aku tidak tahu apa...

ajijul said...

tengku_fir..thanks for ur last entry..aku cubela carik lagu pejam matamu tu..mmg best..dan aku telah menyebarkan ideologi pejam matamu kat kwn2 aku..hahaha..thanks weh..lagu tu mmg cukup best!

Abir Abhar said...

thanks bro..

0sh!Nz 0n da bL0ck said...

haiyo2.. tak baik oh wat dia camtu.
kawanpun kdg2 tu risokan kwnnya gak.

*i follow u ya.. thanks follow me.

tengku_fir21 said...

adie-->
tak ikut sgt pun

julie-->
ko mesti sambil baca sambil bt benda lain kn...!

niena hailani-->
mmg dia tk tercipata untuk saya...(dgn yakin ni)

baim_wong-->
bersama ex aku lihat cinta...

cousin_ko-->
ingt nk pindah sana gk...wakakaka...
amik mase ler nk luper!

mohd fakhurazi jamaludin-->
mmg blh bertanya khabar..klu ari2...???

bukan fasha_sanda-->
dh jumper dah deside dlm part 3 tapi it's not enough i think!

syaf-->
ok!tapi baik kamu baca dari part 1

padelkopak-->
cinta itu subjektif...

ajijul-->
no need to thank...harap lagu tue mampu buat ko dgn kwn2 lbh kukuh darisegi relationship nyer!

abir abhar-->
sama2

onh!nz on da block
errmm...yeah betul tue...

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

cinta?? definisi nya hanya diketahui bila menemui si dia....