Thursday, July 30, 2009

HatI IngIn MemILIkI TapI saNgsi MeKaR tUmbUh di HatI

Salam 1 Malaysia ( dipinjam dari saluran berita nasional negara)
Bagaimana dengan agenda anda? Sudahkah semuanya telah dilaksanakan?

Kali ini aku ingin berkongsi perasaan "NAK TAPI SANGSI". Perkataan "NAK" yang aku gunakan merujuk kepada keinginan kita dalam kehidupan yang ingin kita miliki. Manakala, perkataan "SANGSI" yang merujuk pada situasi diri berasa tidak yakin, was-was, khuatir, walang hati, bimbang dan beberapa lagi perkataan yang merujuk kepada situasi berkenaan.

Aku ingin memilik sesuatu tapi perasaan sangsi tentang apa yang ingin aku miliki itu tumbuh mekar di hati aku, membuatkan aku tidak memutuskan keputusan tentang sesuatu perkara itu dengan pertimbangan yang wajar dan disertai keyakinan diri yang tinggi.

Sebagai contoh; Jika dalam sesuatu perhubungan, kita ingin sangat-sangat bercinta dengan seseorang tapi hati kita tidak yakin untuk memastikan adakah dia jua mencintai kita. Untuk tahu adakah orang berkenaan turut mencintai kita, perlulah kita bertanya ataupun meluahkan mahupun memberikan isyarat bahawa kita mencintai dia tapi dalam kita ingin membuat keputusan perlukah kita meluahkan isi hati kita itu lah yang membuatkan kita sangsi pada perasaan kita sendiri dan kita mungkin bertanya pada hati betulkah ''aku mencintai dia?".

Aku telah mengalami perasaan ini kebelakangan ini dan korang juga pernah rasa dan aku masih sangsi mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan ini. Andailah kehidupan kita semudah drama "impian" pasti mudah...huhuhu tapi kehidupan tidak begitu. Hidup di dunia penuh dengan rahsia yang saling berkait dengan perkara dan kehidupan orang lain. Dan itulah cabaran kehidupan seorang manusia yang menikmati kehidupan.

Apa-apapun bila hati ingin memiliki tapi rasa sangsi mekar tumbuh di hati perlu di atasi kerana ia bukan mengenai hari esok tetapi masa depan. Aku pun masih mencari bagaimana cara terbaik untuk mengatasi perkara ini dan untuk mendapat kepastian ia bukanlah mudah dan tidak datang dalam sekelip mata namun ada dikalangan kita cukup bertuah kerana tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kepastian mengenai sesuatu perkara, contohnya Suraya dalam masa tidak sampai sebulan dia sudah dapat kepastian mengenai perkara yang membuat dia sangsi.

Dan, keputusan telah dibuat. Kini, aku hanya menunggu apakah "TAKDIR" untuk keputusan yang telah dibuat itu.

***ketika ini mood mengasingkan diri dari manusia lain***


Yasmin Ahmad Dalam Kenangan

Minggu ini genaplah 7 hari pemergian Yasmin Ahmad. Tiada apa yang perlu diucapkankan lagi kepada beliau, kerana beliau telah membuka lembaran baru dalam lapangan perfileman negara kita, dan aku tidak pernah ketinggalan menonton karya beliau walaupun kebanyakkan kawan-kawan aku kurang meminati dengan alasan "tidak faham".

Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad.

"patah tak tumbuh lagi, hilang belum berganti kerana kau tersendiri"
-Lagenda, Sheila Majid-




Sempena bulan kemerdekaan yang bakal menjelma, aku telah melancarkan satu kempen yang bertemakan "Malaysia Kita". Kempen ini telah dilancarkan awal secara lisan tetapi baru rasmi di blog aku. Oleh itu, kepada korang yang nak ikut serta boleh ambil poster kempen ini tiada bayaran dikenakan. Ini cara aku menunjukkan rasa patriotik walaupun aku cakap patriotik itu subjektif namun ada ketika ia perlu ditunjukkan. Kempen ini adalah sempena sambutan Hari Pahlawan 2009, Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52, dan Hari Pembentukkan Malaysia ke-46.


p/s:
*mieza, kini aku rasa apa yang hang rasa ketika tulis entry "referendum untuk mak".
**Husna kuanrantin diri di rumah..hokey!
***Tengah giat mendengar lagu "The Climb" setiap jam
****Selamat menikmati Hujung Minggu. Aku akan nikmati hujung minggu yang SERABUT.
*****Jaga diri anda o.k.

adiosa ("-")

21 comments:

eiza in the house.. said...

salam...
minta izin utk mangambil ape yg telah diberi..=)
terima kasih.

oshinz said...

kalo hati suda suka.. just give a try. tak tanye tak tahu kan? jgn tunggu lame2.. sbb esok lusa kite tak tahu ape takdir kite.. gud luck ya?

cousin_ko said...

pergghh...
aku amik kempen ko nak buat sticker...
ala...pasti tak pasti keputusan tetap kena buat

kak joyah said...

kak joyah in da house
hehehe...
akhirnya ada jugak yasmin ahmad kat blog ko walaupun selit sikit pun tk per. kak joyah suka.

julie said...

Huhuhu...kali nie i lebih pantas dari baim
1.Al-Fatihah utk yasmin.Amin.
2.Ape yg u sangsikan?
3.I copy u punya kempen ok (nk lawan kempen 1 malaysia ker?
4.Thank q

syaf said...

wahh cma 2 skali semangat nye...
sangsi x sangsi, percaye x caye, malu meluahkan, sume 2 asam garam dlm percintaan..slalu garu2, takot bertepuk sebelah tangan n macam2 lagik...sungguh complicated...

kempen kemerdekaan, wah cam best jek

fahruzzaman.Ismail said...

tidak mudah....mukin mudah mberi cinta.
menerimanya bkn sesuatu yg boleh dpaksa.
harap takdir yg baek itu myebelahi kamu....hehe

myQza said...

erh... nak tapi sangsi...
macam mana tu? macam tak de keberanian saja?
cuba mulakan langkah pertama.. pasti langkah2 seterusnya.. akan yakin.

Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad

baim_wong said...

huh!!!
ju aku lambat berap jam jer :-p
nak tapi sangsi...

btul gk kata si...(komen atas aku 2)mcm tk de keberanian tapi aku rasa bkn keberanian yang nk dikatakan tapi konflik diri!betul tk?

nie aku nk tabik spring pada ko, ko muncul dgn cerita tentangyasmin ahmad ketika org tidak cerita lage pasal dia...ko mmg pandai susun strategi.

aku amik kempen ko nk by screensaver kul nk bt wallpaper nanti ader org ckp aku tiru pulak
hahaha...jgn marah cik julie

shazreen imani laila said...

haihhhh..disini rupenye nk komen..adoiyai....

King Of Single said...

tol tu.lagi if pompuan cam aku ni
malu kot nk mule trus trang dulu
n takut d reject oo
huhu
but..sokay..single is d best part in my life >_<

Anem Arnamee said...

Salam.

yerp, kdgkala kita mahu kehidupan seperti yang kita mahu, indah dan dapat apa kita nak, tapi jika itu bukan hidup namanya, itu di alam fantasi jer dapat. Jika benar nak indah - di syurga je jumpa, insyaallah.

cinta- berikan si dia tanda anda serius dan menyukainya, buktikan dan berdoa, berusaha pasti ada hasilnya.

Takziah juga to yasmin Ahmad.

&

patriotiknya kamu! Tabik ! ;p

Anonymous said...

thank q
sebab sedarkn saya

DanieL AdiE said...

mmm....industri perfileman negare kehilangan satu mutiara yg sgt bernilai...
die memberi perspective yg berbeza terhadap inductri kite..

al-fatihah utk arwah yasmin ahmad..

~~~...MenCari PeLAngi...~~~ said...

salam...

aku adlh org yg sgt mls utk komen huhu..
blja aku air je ritu hehe..tp xpe ari esk msih ada..
anyway aku dh amik kempen ang..hehe..
tq..

Unknown said...

eiza in the house-->
sama-sama kasih

oshinz da block-->
betul-betul

cousin_ko-->
silakan ambil...
betul tue keputusan telah di buat

kak joyah-->
hehe...gue pun minat dia jgk

julie-->
masa depan
tk per sila lar ambil
mana ada lawan 1 malaysia..hehe

syaf-->
memang kompleks!
klu berminat blh turut serta

fahruzzaman ismail-->
amin..kamu jugak di doakan yang terbaik dari saya

si ted...-->
langkah kedua akan menyusul selepas langkah pertama dibuat

baim_wong-->
silalah amk klu blh bagi 1 office
tk perlu tabik spring..hehe

sha shi shu-->
huhu..maaf ler menyusahkan

ekyn-->
me too single and available...

arnamee-->
di sana kita jumpa

anonymous-->
sama-sama

adie-->
pandai adie dh matang...hehehe

mencari pelangi-->
itu bukan perbuatan rasuah atau melobi ok...
hahaha

zazahashim said...

salam 1 malaysia..I'm proud to be malaysian..(motif ape ntah..haha)

avegalion said...

kes berat niee....

zoncapriku said...

sama ler kisah hidup ko ngn hidup aku..tp apa yg aku buat..kalo kita dh sangsi,samada adakah kita betul2 cintakn dia...so baik lepaskn jer dia coz nnt kita akn mnyiksakan diri kita n diri dia..so just buat2 biasa jer n selalu hepi...nnt kita jumpa yg terbaik tuk kita...:)

LavENDer Wind said...

Yasmin ahmad...suatu kehilangan yang besar rasanya...teringat setiap kali raya pasti iklan petronas yg menyentuh jiwa...yasmin contribute so much dalam periklanan...karya yang sentiasa touch...doa untuk arwah~al-Fatihah

Unknown said...

zaza-->
motif patritik...wakaka

avegalion-->
hurrmm...berat tap masih mampu tanggung

zoncapriku-->
errmm..owhhh

lavender wind-->
Al-Fatihah