Saturday, August 8, 2009

pRoGrAm rEaLiTi @ iNtErViEw?

Halloooooo...
Salam Sejahtera...
Bagaimana dengan kehidupan anda seminggu yang telah berlalu? Diharap semuanya ok. Sebab kehidupan aku untuk seminggu yang lalu amat mengujakan.

Pada bulan ini yakni minggu ini aku telah dapat satu sesi temuduga yang amat mengujakan. Tak perlu nak kongsi ler jawatan per sebab masa memohon jawatan tersebut aku hanya fikir bahawa aku mampu untuk buat kerja itu.

Bayangkan interview bermula pada pukul 9 pagi dan aku hanya fikir beberapa orang sahaja yang akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga terbabit. Tapi rupa-rupanya tidak, hampir 100 orang...aku ulang suara 100 orang! Dan perlu isi borang pengesahan kehadiran dan amik nombor giliran. 52 telah diberikan pada aku...aduh dari pukul 10.00 pagi hingga jam 2.30 petang aku tunggu. Dan aku telah sempat untuk pergi minum pagi, dan makan tengahari serta aku juga sempat "bersidai" di perhentian bus macam aku selalu buat masa sekolah dulu walaupun hujan turun kekadang lebat tidak menghalang aku untuk terus "melekat" di situ.

Setelah penat bersidai akhirnya urusetia telah menyebut nombor 50 sampai 55 boleh masuk. Tapi aku tidak masuk sebab aku was-was. Kenapa aku was-was? Aku was-was sebab kenapa aku perlu masuk bersama diaorang semua. Si cantik urusertia pun cakap "group interview"...Ouwhhh aku lupa pula salah 1 kaedah temuduga adalah "group interview". Jadi aku pun masuk bilik interview. Setelah diminta oleh penemuduga untuk memperkenalkan latarbelakang. Kami pun mengikut turutan memperkenalkan diri. Kemudian kami diminta meyatakan pemahaman kami mengenai jawatan yang dipohon. Apabila tiba giliran aku, aku minta kebenaran untuk menerangkan dalam bahasa inggeris dan mak cik sebelah aku pun secara spontan bersuara "isshh...muka melayu, cakap melayu fasih tapi nak cakap org puteh"...dan keadaan menjadi sunyi seketika dan sudah tentu aku terkesima apabila dengar "statement" mak cik tu. Tapi aku masih meneruskan juga niat hati aku tu.

Dan jujur aku akui, aku memang gagap ketika berbahasa inggeris sebab sudah lama tidak bertutur dalam bahasa asing tu. Setelah 30 mimit berlalu kami ber5 pun keluar dari bilik temuduga. Mak cik yang sama bersuara lagi, "cakap orang puteh pun gagap tapi nak cakap (sambil senyum setan)!". Kemudian cik urusetia datang dan berkata kepada kami ber5 "nombor 52, awak layak untuk temuduga peringkat ke-2". Aku secara spontan membalas "ouwwhh...ada 2nd stage ehh?".Cik urusetia temuduga menganggukkan kepala sambil mempersilakan aku masuk bilik 1 lagi dan sebelum melangkah pergi cik penemuduga menyambung ayat yang belum habis, "kepada yang lain boleh pulang terima kasih sebab datang encik dan cik tidak layak untuk temuduga peringkat ke-2". Melangkah masuk dengan penuh yakin, rupa-rupanya interview stage 2 memang menuntut kemahiran bertutur bahasa inggeris dan dengan bangganya kali ini aku mampu bertutur dengan cemerlang seperti "mat salleh". Dan 2 orang penemuduga tersebut memberi harapan yang tinggi mengunung seolah-olah aku akan dapat kerja tersebut. Tapi aku tak suka fikir sangat ada rezeki aku dapat.






p/s:
* aku masih meneruskan kempen "Malaysia Kita". siapa yang berminat anda boleh save/copy poster terbabit. Tiada bayaran dan caj-caj tersembunyi dikenakan. Kempen ini sempena sambutan Hari Pahlawan 2009, Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52 dan Hari Pembentukkan Malaysia ke-46.
**Cik Suraya jangan lupa belikan kek lapis sarawak untuk saya ok!
***Adie, ko geram ngan aku ker? sebab aku kuarkan statement yang aku turut merindui "RS', Nanti raya aku minta maaf ok!!!
****Entry akan datang adalah mengenai isu semasa, kalau ada sesiapa yang ingin meminta pendapat aku boleh kemukakan soalan di ruangan comment atau layangkan ke tengku.fir21@gmail.com (perasan dada penuh ilmu..uwekss!!!)

adiosa. jumpa lagi. jaga diri anda.

18 comments:

cousin_ko said...

owhh
dah interview baru ckp!!!
aku nk ko bg pendapat tentang penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar melayu...
aku tunngu!!!

ajijul said...

oh dah intebiu.gudluck..tp aku xpaham pasal macik tu..xpla abaikan..

julie said...

eloo...
dh interview ok lar tue...
i nk tahu bagaimana u nk bina bangsa malaysia klu u di beri peluang kembali pada masa silam

imHepPie said...

haha..tringin nak tgk cmne muka makcik tuh tyme ko dpt 2nd intebiu tuh..musti klako gile kan wahaha..erkk xbaek tol!!huuu

kak joyah said...

kak joyah in da house...!!!
ouwwhh tahniah dapat interview...
aper kes dgn mak cik tu...?
kak joyah ingin bertanyer apa pendapat kamu tentang seks bebas?

<< s| tED| >> said...

ko dapat tak keje tu fir.. kalau dapat jgn lupa banje aku makan.. la la la la

~~~...MenCari PeLAngi...~~~ said...

wah..wah..biar btul ang speaking????!!!
cm xcya je ang mmpnyai confdent yg sgt tnggi...!
tahniah..!! tahniah..!!

baim_wong said...

tahniah2 dapat interview
harap2 dpt kejer tue
mak cik tu laser btul!!!
aku nk ko jawab isu pesakit AIDS/HIV

bukan fasha_sandha said...

eikk!!
aper kena ngan mak cik tue..suke ati nk kata org lain tk sedar diri
i tk suke lerr

Sofi said...

whoa! tahniah ye ngan ur interview ittew...

sungguh patriotik ngan kempen merdeka hehe

adykiddo said...

hmmmm.
btw all the best. i hope u dapat jawatan tu.
btw i ok bila u dapat haha.
pasal makcik mulut longkang tu u just ignore.
haishh hehe

avegalion said...

hehee...
sure "makcik" yg bermulut puaka tu sentap gile coz tak dapat 2nd interview kan! kan!.. heee
apapun, wish u luck fir...

puteri salju said...

huhu..morning...
owhhh i selalu jadi org terakhir tahu u ge interview...
all the best

n@m@n said...

Sila ambil award ye..hehe

ber_uwang said...

bila la kita nak berbangga dengan bahasa melayu kita seperti jepun... mereka bangga dengan bahasa mereka walaupun negara mereka maju tapi tak mementingkan bahasa inggeris

putra said...

tahniah2 sebab dapat masuk 2nd stage..semoga mendapat kerja yang ko idamkan tuh..huhu

arnamee said...

Salam.

fir, awak dah blog tengok filem yasmin ahmad coklat di blog sye - b4 ni tak bleh :)

oh ya.. bestnyer pndai ckp b.i, mesti that makcik terkesima jika tgok fir time stage 2 tu;p

semoga berjaya taw:)

tengku_fir21 said...

cousin_ko-->
tunggu ehh...

ajijul-->
abaikan sahaja mak cik tu

julie-->
interview maner ok

imhepPie-->
huhuhu...aku pun tak sempat tgk muka mak cik tue sbb aku malu

kak joyah-->
owwhh thank q

ted-->
tak tahu lagee...aku tak berani ak janji

mencari pelangi-->
ceehh pandang rendahpada aku!!!
haha dari dulu blh speaking hg blh ker..???
kuikuikui....

baim_wong-->
kan bagus klu mak cik tue laser...blh laser ko yang blh tahan laser
wakakaka

bukan fasha_sandha-->
huhu..biar ler mak cik tu janji u suke i kn
hehehe

sofi-->
same-same

adykiddo-->
thank q

avegalion-->
hahaha tak tahu lersentap ker tk
thank q

puteri salju-->
tk per next post kena cepat

n@m@n-->
terima kasih
lain kali blh bg lage

ber_uwang-->
kita akan berbangga bila kita pasti bahasa itu mencapai fungsinya 100%

putra-->
terima kasih

arnamee-->
owwhh
sudah tgk...cerita nyer amat best