Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada ami yang bagi award kat aku. Tak pernah terfikir nak dapat award kat sini.
Huh...setelah melalui minggu yang panjang aku kembali mengepos entry baru dan kali ini aku nak berkogsi pasal J.A.R.I.
Apa itu jari? J.A.R.I. adalah satu prinsip dan slogan yang aku pegang dari aku di bangku sekolah lagi walaupun apa aku buat J.A.R.I. akan mempengaruhi setiap apa yang aku lakukan secara tidak langsung kerana prinsip ini juga aku ada apa yang aku ada sekarang kawan dan sahabat yang menyokong aku 100% dan kawan-kawan aku semakin bertambah bila aku menghadiri acara sosial bersama keluarga ataupun kawan-kawan.
J.A.R.I. adalah;
J : Jujur
A : Amanah
R : Respek
I : Ikhlas
Kenapa aku bercakap pasal J.A.R.I.? Sebab kebanyakkan dari kalangan kita akan kembali ke kampus dan kita perlu menempuh hari esok sebagai hari baru yang mana hari baru perlu lebih baik dari hari semalam. Entry ini aku tujukan kepada mereka yang tidak telus dalam hubungan sesama manusia. Sebagai contoh, mereka yang sentias tidak jujur dengan apa yang diperkatakan, tidak menghormati pandangan dan individu lain, tidak amanah kepada perkara yang di pertanggungkan serta tidak ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan.
Aku pula berusaha untuk menjadi setelus yang mungkin dalam persahabatan kerana bagi aku, lebih sedih hilang sahabat dari hilang seorang kekasih! Bukan untuk menbangga diri tapi, kerana prinsip ini aku masih berhubung dengan kawan-kawan sekolah rendah walupun kami sudah membawa haluan masing-masing selepas sekolah. Hendak percaya atau tidak itu terserah untuk perkiraan korang. Tapi bagi aku bila perhubungan itu mempunyai 4 eleman yang aku nyatakan ia mampu bertahan lebih lama dari jangkaan kita. Kalau tidak ada prinsip tersebut mustahil aku dengan suraya masih berhubungan dan kami berkenalan hanya secara kebetulan iaitu di satu seminar di Hilton Pj itu pun sudah 2 tahun berlalu.
Andai kata, kita tidak telus dalam perhubungan kita sesama manusia kita hanya akan dapat rasa kenikmatan itu sedikit sahaja dan segala memori yang tercipta akan berlalu begitu sahaja seperti daun kering di tepi jalan yang disapu dan di buang oleh DBKL. Kalau kita buat kebaikkan pun ia akan dihargai untuk 2, 3 hari sahaja dan selepas itu orang akan lupa kebaikkan yang kita lakukan.
Apa-apa pun prinsip kita haruslah membawa kepada satu titik yang boleh membuat kita menjadi tolenrasi. Jangan korbankan prinsip kita untuk sesuatu yang tidak berbaloi. Jangan kerana sesuatu nikmat kita gadaikan prinsip kita. Korang bentuk lah prinsip korang yang pasti prinsip itu akan bawa kita semua ke satu tahap yang tinggi dan di hormati. Kerana prinsip juga kita akan berjaya dengan iringan doa, usaha serta restu.

12 comments:
i am 1st!
yes2!!!
owhh kita ckp pasal prinsip aku ada semua tue tapi tk der prinsip
mcmner tue?
kak Joyah in da house
prinsip kak joyah ialah bekerja dengan sekuat hati dan seikhlas mungkin
i like one more word.."setia"..
yup2...
pershbtn mmg penting n aku stuju dgn ape yg ko ckp...
dalam hidup aku cuma satu word jer "ikhlas"
kreatif ler you...
J.A.R.I.
i punya prinsip buat baik berpada-pada
best article la, salam kenal je...
Kawan-kawan aku banyak yang dah lost-contact.Harapnya mereka juga xlost-contact dengan Tuhan.
i pun still contact dgn kawan2 i tapi only the selected person
i hope all my friends out there keep in touch...
kupasan yg menarik tentang jari
menarik... x pernah terpikir pula pesal tu. perkongsian yg sungguh berguna.. tq :)
baim_wong-->
huhu...ader sifat itu tapi tk der prinsip. Prinsip bkn hukum wajib
kak joyah-->
baguz itu
iyllienaz-->
"setia" berat perkataan itu
adie-->
sahabat adalah sebahagian dari segala
cousin_ko-->
ikhlas akan memberkati semua perkara
julie-->
buat jahat jgn sesekali...hehehe
patahati-->
terima kasih...
salam perkenalan...
mohd fakhrurazi jamaludin-->
sama-sama kita berdoa agar kita juga tidak "lost contact"
puteri salju-->
keep in touch...selected person tk per kwn dgn yg kite selesa
a.b geldofg-->
terima kasih tapi masih tidak setanding a.b
(pujian nie)
naz-->
sama-sama
kekadang kite tidak sempat nak fikir
Post a Comment