Saturday, July 18, 2009

seTEGUH mana Hati ini...

Haloo...Aloha...

Apa khabar teman-teman sekalian? Apa perancangan untuk hari ini?

updates diri sikit (* _*)

Minggu lepas pergi exam ader 170 soalan pada sesi kedua yang perlu di jawab dalam masa 45 minit dan bentuk soalan adalah mcq. Tapi apa yang paling best bila jawab soalan tak boleh fikir lama-lama, kalau ambil masa lama sudah tentu tak boleh jawab soalan seksyen lain.

Sedang sibuk melibatkan diri dalam kerja rekaan kreatif dengan aktif sekali. Juga sedang sibuk melakukan kajian pemasaran pengguna.

"syarikat kami tidak dapat menimbangkan permohonan tuan kerana kelulusan tuan tidak setara dengan spefikasi jawatan yang dipohon oleh tuan ini kerana kelulusan tuan tidak sesuai dengan jawatan yang kami tawarkan dan kami juga tidak mempunyai jabatan antarabangsa untuk menempatkan tuan"

Hahaha...itulah jawapan yang aku dapat selepas pergi interview di beberapa buah syarikat. Tapi yang peliknya aku mempunyai pengetahuan ilmu pengurusan yang lain kenapa mereka hanya nampak"commercialized and specialist in International Business"adakah pengetahuan antarabangsa aku tidak boleh buat kerja admin yang lain...? masih menjadi tanda tanya bagi aku...

Tak apa abaikan sahaja nanti rezeki lain akan datang lagi...peace!

Aku nak tanya korang semua, seteguh mana hati kita bila berhadapan dengan sesuatu perkara atau situasi tidak kiralah ia diluar kawalan atau dalam kawalan. Sebagai contoh kita berada dalam 1 perhubungan. Dalam setiap perhubungan sudah tentu ada pasang-surutnyakan. Ok, aku ada terlibat dalam suatu keadaan yang membuat aku tersepit di tengah-tengah sehingga aku tidak mampu untuk berkata walaupun sepatah. Dan itu membuat aku buntu, untuk berkata bagi pihak A apa kata pihak B. Memberi komentar bagi pihak B , pihak A mula cakap "aku ni siapa pada ko". Aduh sedangkan sebelum isu itu timbul sudah aku tetapkan pendirian yang aku akan menyokong pihak A sahaja bukan pihak B.

Jadi sekarang aku mencari seteguh mana hati aku bila berhadapan dengan situasi yang membuat aku goyah dan jatuh pada cabaran walaupun aku kuat, aku tetap jatuh. Dan aku rasa bukan aku seorang sahaja yang berhadapan dengan keadaan ini, suraya pun berhadapan dengan keadaan sebegini, husna juga berhadpan dengan kejadian sebegini dan kami memerlukan sokongan dan mampu membuka ruang untuk kami berfikir dengan lebih jelas bila berhadapan dengan rintangan sebegini.

Seteguh mana hati ini bila diuji dengan sedikit perkara terutama yang berkaitan perhubungan sesama manusia.

menjawab tag zetty! 1st time dapat tag

1. bekas kekasih saya adalah...?
perlu ker nak jawab...tettt!

2. saya sedang mendengar...
lagu "Tiba-tiba" dendangan Amer Munawar & Dayang Nurfaizah

3. mungkin saya patut...
sambung research aku

4. saya suka...
ermmm...makan, tidur, jalan-jalan dan berangan

5. sahabat-sahabat baik saya...
ermm...aku anggap mereka sahabat-sahabat aku man, mieza, husna, suraya, adie, k-rul dan beberpa lage yang ader dalam diari.

6. saya tak faham...
seseorang itu gagal menyampaikan sesuatu dengan baik

7. saya kehilangan...
telefom bimbit motorola yang boleh berpusing sebanyak 360 darjah

8. ramai yang kata aku...
senget sedikit dan kekadang sengal dan childish

9. makna nama gue...
pendiam tapi hakikinya tidak wakaka...

10. cinta itu adalah...
subjektif! ada orang kata cinta itu buta, cita itu pekak, cinta itu bisu...

11. di suatu tempat seseorang sedang...
memerhati gerak-geri gue...(perasaan)

12. saya akan cuba...
memcapai segala impian saya

13. perkataan 'selamanya" membawa maksud...
hingga akhir nanti

14. telefon bimbit saya...
sudah 4 tahun bersama aku

15. bila saya terjaga dari tidur...
cepat-cepat bangun mandi

16. saya paling meluat bila...
orang yang suke mengata belakang,

17. pesta/parti adalah...
majlis keraian

18. haiwan yang paling comel saya pernah jumpai...
huhuhu...upek (upik dalam filem Geng Pengembararaan bermula)

19. peringkat umur paling seronok...
remaja dan ketika bergelar pelajar u

20. hari ini...
sabtu, lepak umah jer

21. malam ini saya akan...
menonton peti televisyen bersama famili

22. esok saya akan...
bekerja dan bekerja

23. saya betul-betul inginkan...
studio apartment

24. ketika saya melihat wajah di pagi hari...
terasa hensem dan comel giler....uweeksss

25. tempat membeli-belah...
maner-maner sama jer cuma tinggi bangunan dan luas kaki persegi jer tak same

26. makanan barat atau jepun
barat....lorr saya tak suke makan makanan mentah

27. bilik yang terang atau gelap...
terang....semua blh lihat dgn jelas

28. makanan segera....
ermm...sebulan sekali jer

29. ayat terakhir yang biasa dikatakan pada seseorang...
thank q and takecare...

30. siapa yang anda mahu TAG
hahaha..nie best
sape komen untuk entry nie secara automatik kena amik TAG nie tiada caj tersembunyi dikenakan. man, mieza adie, husna, syuk dan kawan-kawan lain tolong jawab nyer.

pesanan
* tahniah buat syuk...ucapan anda meresap ke dalam jiwa
**aizul cool ok, aku doakan ko dlm sejahtera selalu
***suraya tarik nafas jgn tension semasa handle training
****man aku amat teruja dengan robot hg yang berwarna gold tue
*****adie good luck utk presentation this monday





19 comments:

kak joyah said...

kak joyah in da house...
huhuhu begini rase nya bila jadi first reader

Sofi Zainuddin said...

hiks.. sofi baca, tp x buat gak tag ni hehehehe

myQza said...

panjang entry.. harapsemuanya ok...

baim_wong said...

huhu
dapat tag...
panjang tue entry kali nie

zetty said...

bgus2...dh buat tag...hehehe..rajin2...nie y leh bg lg nie...hahaha

cousin_ko said...

hahaha
kena tag...
ko nie blh pula layan2 tag...

DanieL AdiE said...

hahaha..ingat gak ko psl presentation aku...
thanx k dude..
tgh prepare r nie smbil tu lyn blog ko kejb..
oh ye, terharu siot ade name aku sbgi 'shbt' ko..
nnti aku belanje 'sky juice' k..
minum la bape byk yg ko nak...

Unknown said...

keteguhan hati cuma bisa kita rasa sendiri, tak sangguppun paling menangis dihati, takde sorangpun tau...

Unknown said...

ekekke.. xpe2. cube lain kali. bagus.. melayan tag.. ekekke

julie said...

ermm
seteguh hati..??
hati i pun kekadang tk teguh maner pun..
jadi no komen

bukan fasha_sadha said...

oppss...
hati i goyah bila bicara tentang cinta

puteri salju said...

ermm
puteri rase seteguh hati nie susah nk paham

Anem Arnamee said...

salam.

baca je ea, leh?
gatai tgan nak komen gak.

lalala;p

~~~...MenCari PeLAngi...~~~ said...

haha..nice shot..~~!!!
steguh hatii....
emm....susah gak kn bla pkir...
perlu semngat dn hati yg cukup cekal dn tabah..~!!!
xsuma org mampu...!!!
yg pasti kwn kta si puteri tu mampu lakukan..~~!!heheh...soo...ikutlah jejaknya..!!

p/s:aku sniri pn mampu..~~!! aslkan ada org nk tlg dgar apa yg aku nkbleter nk luahkan nk muntahkn..dn smestinya ORANG itu adalah ang..~~!!!! hehehe..tq frend..~~

afzainizam said...

salam singgah kat blog kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

kami tengah baca.. kamu ni mmg popular.. nice blog.. kamu ni kat mana2 blog mesti ade ko

zazahashim said...

zaza saje jek komen..sbb nk jwb tag..haha

Sofi Zainuddin said...

bile nk update lg ni? hohohoho

@Ra^Da PiNko StoRy said...

pjgnye tagggg~~~~~

Unknown said...

terima kasih pada kesemua yang memberi komen
dan saper yang jawab tag
tahniah diucapkan
huhuhu