Saturday, October 31, 2009

CeRiTa SATU: Episod 1 [kontroversi]

Salam Sejahtera,
Apa khabar kawan-kawan semua...? Harapnya sihat sejahtera sepanjang masa. Pejam celik- pejam celik sudah melewati 3 minggu aku tidak post entry baru. Amat malas rasanya disamping kesibukkan dengan rutin seharian.

"kontroversi itu ada harganya"
-tengku fir,bradford-

Tema untuk post kali ini ialah "kontroversi". Entry lepas telah menyebabkan talian sms aku menjadi sesak dan ramai kawan-kawan meninggalkan komen mengenai Nana (subtitle:Dia Masih Comel Seperti Dulu).
Antara sms yang diterima:
"saper Nana...?Erkk..."

"Entry yang menekan jiwa aku"

"Tajuk entry sangat mengujakan...bila baca aku tersedar betapa admire & sayang nyer anda pada dia"

"Sangat terkejut dengan entry kali ini"

"Aku tidak dapat terima statement yang mengatakan 'dia' manja semulajadi!"

Bila dapat pesanan - pesanan begitu, membuatkan aku bertambah sedar yang dunia ini luas dan kita mempunyai persepsi yang berbeza mengenai sesuatu perkara. Oleh itu, aku hanya mampu memberikan respons begini "mana ada aku admire kat dia".

Jadi disini, aku ingin membetulkan persepsi mereka yang mengatakan "aku admire giler-giler pada Nana". Sebenarnya, aku sempat berfikir terdapat beberapa ayat yang tidak patut aku gunakan di dalam entry lepas kerana penulisan ayat tersebutlah ianya mengundang kontroversi yang suam-suam kuku itu. Antara ayat terbabit ialah:

1. manja secara semulajadi
2. i miss you & takecare yourself baby
3.Menikmati menu tengahari bersama

Ok...mereka sepatutnya "dapat menangkap" makna disebalik cerita dan ayat terbabit kerana apa yang terzahir itu adalah perasan mereka yang pernah melalui musim berkasih dengan Nana. Dan apa yang pasti mereka masih peduli pada Nana. Aku hanya memberikan 1 signal halus kepada diaorang yang kini bersama dengan mereka yang pernah menikmati musim bunga bersama Nana dahulu. Jadi, aku harap perkara ini telah jelas. Bukanlah setiap hari aku keluar makan tengahari dengan Nana. Ini kerana, aku suka keluar dengan orang yang berbeza setiap hari. Kadang-kadang dengan Suraya, kadang-kadang dengan Husna, kadang-kadang dengan Dalilah dan ramai lagi.
Tamatlah segala kontroversi ini kerana aku amat kurang selesa dengan perkara ini.

Kemenangan yang kontroversi
Ini lagi 1 cerita yang akan diceritakan dengan pendek. Pada 24 Oktober yang lalu aku telah menyertai "Pertandingan Mencari Harta Karun" sempena Sambutan Hari Anti Dadah Sedunia (HADA) Malaysia. Memandangkan aku memang seorang aktivis dalam isu penyalahgunaan dadah dan penyebaran Hiv/AIDS semenjak di sekolah lagi, jadi aku dijemput menyertai pertandingan terbabit. Terdapat 30 pasukan yang telah bersaing untuk memenangi pertandingan terbabit. Setiap kumpulan mesti mempunyai ahli seramai 5 orang dan kumpulan aku disertai Rahman, Hizami, Boy, Afiq. Dengan berbekalkan kereta MyVi milik Rahman, kami memulakan pengembaraan kami dengan cermin hadapan kereta yang pecah dan retak 1000. Ekoran itu, kami amat membimbangkan muka kami andai terjadi sesuatu. Tapi syukur tiada apa yang terjadi. Dan Kami menjadi pemenang yang penuh kontroversi kerana kami asyik bertelingkah mengenai soalan yang ditanya, kami asyik menyalahkan Afiq sebab tidak bawa kamera mahal dia, kami tidak puas hati dengan kumpulan "Juara" yang "main kotor". Tapi kami masih boleh bekerjasama dan membuktikan kami adalah juara yang sebenarnya.

p/s; nota penting:
*Man, sabarlah menghitung 40 hari lagi di Qatar
**amat gilerkan "gossip girls" tapi bukan obses sepertimana nizam yang mempunyai kawan-kawan yang obses pada dia.
***good luck kepada kawan-kawan yang akan menduduki exam
****adakah membaca blog aku seperti membaca buku teks sekolah???
*****tahniah Cik Suraya telah naik pangkat.
******amat "ketagihkan" dadih.
dadih yang berlapis dan berwarna-warni



Terima kasih sudi membaca
Semoga jumpa lagi
Jaga diri anda
Adiosa





36 comments:

Sofi said...

dadih mmg sungguh sedap hahahaha

sI tEDI said...

nana itu wujud kan??

ayat ko yg buat kontroversi.. so lain kali sila guna ayat yg agak skema sket.. ekekekek..


aku x pernah buat dadih warna warni.. agak leceh juga..

Bintang Hati said...

hye,

terliurnya tgk dadih tu..
sedapnya bila mkn sjuk2..
wa hani nk balik umah cm nih..
wndunya msakan mummy..
ops brbalik pada nana..
bia lah nama apa pon..
huhuhu..

aZizoLlaoshii said...

dadih tu mak ko bawak dari kedah ke??? eheh

zetty said...

cermin kete retak seribu...
cmnerr leh jd mcm tue...hahaha...
nasib muke masing2 masih ok yerr...klu x..jatuh saham....hehehe...
urmmm....dadih..memang sedap...nak satu!!!...

tengku_fir21 said...

sofi-->
memang SEDAP
makan dadih adalah 1 nikmat

tengku_fir21 said...

si tedi-->
sudah tentu dia wujud kalau tidak wujud mana mungkin dia menjadi KONTROVERSI

anda patut mencuba nyerr...

tengku_fir21 said...

bintang hati-->
huhuhu
...memang sedap pun
cepat balik umah suruh mummy buat dadih

tengku_fir21 said...

azizollaoshii-->
hahaha...of course (sebut dalam nada seperti iklan p1 wimax)
hohoho...(*_*)

tengku_fir21 said...

zetty-->
hahaha...di hempap buah kelapa
tu ler nasib baik MUKE ok (hahaha..budget encem padahal hancem)

nak dadih..???singgit 1

rAy jR...@...Aliff said...

k0ntroversi..?..

its fun 2 have th0se..well, kinda of.."i'm a celebrity"..haha..

perkasan said...

ada dadih lebih tak.....ha3x

fotonaman said...

kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi



buat dadih senang je kan???

modal tak sampai pun sepuluh ringgit utk berpuluh-puluh cawan dadih

AdiE said...

diam2 ubi berisi...
diam2 layout bertukar lagi...

(pantun 2 kerat nie..)
bls jgn x bls..

(komen xde kene mengena dgn entry anda..sory)

KJ-kun said...

mcm pelangi dadih tu...

* slalu je aku singgah tp x pernah drop comment je hehehe

Budak Jahat said...

menarik..blog ini jugak

tengku_fir21 said...

ray Jr...@...alif-->
hahaha...it's fua at the begining!!!

tengku_fir21 said...

perkasan-->
ader...ader...singgit 1...
huhuhuhu

tengku_fir21 said...

fotonaman-->
mcm pernah dengan jer moto tue..huhuhu...
hahaha macam pernah buat jerrr

tengku_fir21 said...

adie-->
2...3...kucing berlari
mestilah berubah sbb dh tiba harijadi

hahaha...amacam
blh masuk pesta pantun tk???

tengku_fir21 said...

kj-kun-->
huhu tk per komen itu 'hukum' nyer tk wajib
hahaha
thank q sbb singgah

tengku_fir21 said...

budak jahat-->
blog anda pun menarik...

n@m@n said...

baru aku paham yg ko komen entri tu tajuk je..

rupanya kalau tekan tajuk entri,isinya tak keluar..harap maklum

syaf said...

aku suke part kemenangan berkontroversi 2...
sepatutnye kan...

bace blog kau ni bukan macam bace buku teks tp macam bace artikel dalam surat khabar..heheheh

tengku_fir21 said...
This comment has been removed by the author.
tengku_fir21 said...

n@m2n-->
hahaha
paham pun...
aku ikut arahan ko yang lepas "klik tajuk utk lanjutan"
that i doing a wrong thing..???
hahaha

tengku_fir21 said...

syaf-->
hahaha
really..thankss..
hahaha
mcm bace artikel dlm newspaper ker..
huhuh
aku pernah bermimpi utk jadi kolumnis

hatim a.r said...

hoh gosip girl best ah haha.series tak tipu

tengku_fir21 said...

blh jadi hilang arah klu miss 1 episode kn..kn..

rAy jR...@...Aliff said...

uitss...xde cter baru ke..?...hahaha..

tengku_fir21 said...

ray jR@aliff
on "der" way ler nie...
hahaha

arnamee said...

Salam fir:)

biasalah itu:)
ayat memang kena jaga, melainkan seseorg itu sengaja:)

menunjukkan masih ramai yg baca blog dan ingin tahu tntg fir.

p/s: same lah, minat dadih , tapi anem suke plain.

tengku_fir21 said...

arnamee-->
w'salam...
huhu betul2 ayat kena jaga...
huhu ramai ker yg bace...
owwhh suka dadih jgk..lgpn least ianya lebih murah dari yougart

Tunjuk Bintang said...

aq disini seketika
melihat ramai teman2 mu
menjadikan aq kerdil untuk terus lama
lantas aq harus pergi..

setelah terngiur dek dadihmu..
hehehhheehee

tengku_fir21 said...
This comment has been removed by the author.
tengku_fir21 said...

-->tunjuk bintang
huuhu
susper jerr...
meh sini alamat umah nk post dadih....