Wednesday, February 24, 2010

CeRiTa SATU : Episod 5 [ KL 12 ]

Salam Bertemu Malaysia...

Diharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat serta berada didalam rahmatNYA.

Aku ingat KL sudah berubah tapi masih sama seperti dahulu tiada bezanya. Pada jam 2,3 pagi masih kelihatan anak-anak remaja yang bermain disekitar di Jalan Raja Laut. Dari tingkap hotel, aku dapat lihat dengan jelas betapa "bebasnya" mereka bermain diwaktu-waktu sebegitu. Aku mula berfikir, tidak mengantukkah mereka itu. Hati seperti ingin pergi bertanya tapi lebih baik tidak kerana asalkan mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk seperti remaja perempuan yang aku jumpa di Jalan Ipoh. Ianya merupakan sesuatu yang memalukan yang pernah aku lalui setelah sekian lama tinggalkan KL. Aku faham, mereka membesar di Chow kit dan semua sedia maklum bagaimana kanak-kanak di kawasan itu membesar, ia sungguh menyedihkan. Tiada kesempurnaan walaupun "sempurna" itu adalah sesuatu yang subjektif tetapi mereka berhak untuk "alami perasaan sempurna" itu.

Bagi aku, mereka perlukan perhatian yang lebih dari pelbagai pihak walaupun ada dikalangan mereka menolak perhatian yang ingin diberikan namun kita harus berfikir pantas dan tekadkan hati untuk terus memberikan perhatian kepada mereka.

p/s; nota penting:
*aku telah pulang ke KL beberapa hari yang lepas atas urusan kerja
**ambil peluang makan KFC di outlet Jalan Raja Laut
**singgah ke Kolej 1@UM dan PASUM untuk mengimbau kenangan
****doakan kejayaan saya.

ikhlas dari hati,


24 comments:

AkU said...

all the best for u bro..

bout the kids..hmmm..aku lihat pe yg kau lihat..sedih aku tgk..but..nowaday..who can predict the outcome??
hmmm...~~

n@m@n said...

itulah penangan globalisasi


kan best kalau dpt makan KFC


..best tak pantun 2kerat tu..huhu

e. indah said...

semoga mereka membesar menjadi orang ...
tak seperti ada yang sempurna dan merasa kesempurnaan, kerna leka sempurna, tetap hilang arah jalan ...

syaf said...

dtg kl x bagi taw..kalu x bley jumpe

hurmm standard r remaje skung nih,ko ni paham2 jerk
tapi sekejap jek...t pandai2 lah dieorg nk berubah
dunie skung ni memang dah paten nyer cam tuh..nk wat cam no g

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

kadang kadang aku rasa nak tampau laju laju jer bebudak sekolah rendah yang malam malam merayau.aku dulu nak kuar main bola petang petang pun kena buat appointment.

iyllienaz said...

tempat mengimbas kenangan dulu2..hehe

pizlimw said...

Good luck brader..

zetty said...

awk kat nerr skrg nie??bkn kat kl ke??huhhu..xtau...
pengaruh skrg terlalu byk dan kuat...cume diri sndiri jerr dpt melawan...klu kuat..dye akan brjaya..klu lemah...hurmmm

Adam said...

kat kL ke? bercuti? balik cni x gtau...

rAy jR...@...Aliff said...

laalalalla...cisss..xmo doakan kjayaanmu..biar merangkak2 cari jalan sndri..hahaha...

nyway, hang sihat kaaa??..hahaha

aZizoL said...

doakan kejayaan bersama di bulan mac ini..

tengku_fir21 said...

to: aku
betul-betul tidak perlu menilai mereka pada waktu ini tapi perhatian perlu diberikan.

*terima kasih...all the best for you too...

tengku_fir21 said...

to: n@m@n
hahaha sebab globalisasi kita dapat makan kfc melebihi 35 tahun

*boleh masuk pesta pantun nanti

tengku_fir21 said...

to: e.indah
betul itu
sayangilah anak bangsa kita

tengku_fir21 said...

to: syaf
yer bebut itu tapi perubahan perlu dicari bukan dinanti

tengku_fir21 said...

to : mohd fakhrurazi jamaludin
hahaha..ko kan duduk hostel dari form 1 bukan tiap-tiap petang ko main bola kat padang ker..???

tengku_fir21 said...

to: iyllienaz
huhuuhu, tempat bermain-main mata
wakakaka

tengku_fir21 said...

to: pizlimw
terima kasih...

tengku_fir21 said...

to: pizlimw
terima kasih...

tengku_fir21 said...

to: zetty
semangat dari dalam dan jatidiri perlu kuat

tengku_fir21 said...

to: adam
ada perkara yang perlu diselesaikan

tengku_fir21 said...

to: ray jr @ aliff
cehhh..tak baik ko buat macam tu dekat aku...

*aku sihat ler weih.
ko sihat tak..????

tengku_fir21 said...

to: azizol
itu suatu yang pasti.bersabar kita menanti kemenangan kita

tengku_fir21 said...

to: azizol
itu suatu yang pasti.bersabar kita menanti kemenangan kita